Thursday, September 29, 2011

Surat utk Kak Cik..

Dear cousin.. mak dah bising sgt.. "dah, tak payah sibuk nk beli baju lg, yg ada dlm lemari tu pun ko tak pakai" (angah: mana taknye.. asik dok ulang baju yg sama je.. asal selesa pd badan dan perasaan yg kadang terperasan ;) ..lagi, "dah, tak payah ko nk membeli kain pasang lg, yg dah ada tu bila nak jadi baju..?" (angah: nanti le.. orang nk buat jubah le kain tu..) ermm, skrip berusia lebih sedikit dr setahun ;) uhhu berangan nk wat jubah sendiri.. mak kata angah mengarut ;( ada gak kebenarannya.. so now angah da merajuk dgn diri sendiri.. nk anta kain-kain tu ke rumah kak cik.. biar mak tak bising lg.. biar nnt raya haji boleh ditayang dpn mak, raya haji tahun ni lg meroyan si angah dr raya puasa yg lepas.. mak tunggu ye.. kak cik, tolong..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 25, 2011

Perasaan itu kalau diturutkan..

mahu dibawanya diri ke suatu tempat. Dikelilingi hidupan yang punya suara tanpa dapat difaham. Biarkan ayam bicara dengan itik. Itik kemudian bicara pula dengan si kura-kura. Bising. Riuhnya bersahut tapi maksud selamat di punca. Apa pun tak ketahuan. Atau biar saja manusia yang ada, hanya sekumpulan kanak-kanak yang penuh perhatian dan kasih-sayang, penuh rasa cemburu tapi semuanya masih indah.

Dan kalau dia silap atau marah. Tiada jiwa lain yang wajar dimarahi melainkan diri sendiri. Tidak bakal terlalu menyakitkan.

Dan kalau dia gagal atau lelah.. tahulah dia dari sebab apa dia tewas.

Tapi.. akhirnya bertanya dia pada diri, "kenapa harus menentang hukumnya alam? Menidakkan fitrah manusia?" Pandai saja nasihati jiwa lain.. bila tepat di batang hidung sendiri.. selalu juga tewas..

Jangan berangan mahukan dunia yang difikir indah kerana yang indah sifatnya.. hanyalah syurga milik Allah.. cuma sebagai manusia, hanya mampu mensyurgakan apa jua yang tercapai dek deria pinjamannya.. agar hidup tidak mendekati derita neraka.. dalam usaha tersebut, kita bakal jatuh.. berulangkali.. luka pasti akan berbekas.. namun, jangan pernah lupa berusaha seperti mana pentingnya untuk kita tidak lupa untuk bernafas.. ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 18, 2011

perjalanan

Dia didakwa 'kuat berjalan' tanpa dibenar bela diri ;) Dakwaan tersebut tidak sedikitpun melukai hati.. kerana dia faham mereka tak diberitahu.. kerana dia faham bahawa mereka lebih senang faham dgn apa yg mereka nampak.. kerana dia tahu, sendiri pun biasa silap faham.. selagi ketidakfaham ini tidak memberi mudarat.. let it be.. let it be.. ;)

Perjalanannya mendalami erti hidup mati,
Perjalanannya mencari ruang dia mengenal tuhan, dari setiap makhluk yg dicipta.. lantas berusaha baiki diri
Perjalanannya menghadiahi ketenangan kepada jiwa dek keserabutan dari langkah yg terkadang pincang..
Perjalanannya mungkin jauh, mungkin juga sangat dekat,
Perjalanannya itu pasti ada kesudahan.. entah bila
Cuma yg pasti doanya kepada tuhan, supaya kesudahan perjalanannya nanti terpelihara.. jauh dari aib yang mungkin bercambah dari khilafnya semasa bernyawa.. dalam atau di luar sedar.. :)

dan dia sebagai manusia.. sebagai hamba.. memberi maaf sekiranya hatinya terluka oleh/kepada mereka yang melukakan.. ;)


Saturday, September 3, 2011

dia berkecil hati lagi

mudahrajuknya tak pernah susut. mujur bijak dia memujuk hati. sedang panas tadi, mujur dijauhkan diri dari telefon, jauh dari laptop. kalau tidak, aibnya bakal dibuka sendiri, semaksima amarah di benak.

dia masih berkecil hati. dan dia tak mudah lupa. lantaran hasrat hati yang dihenti. tanpa alasan kuat. langsung tidak mencabar rasional fikiran. dia pasti ingat. sebaiknya penyebab dia tersakit hati, jauhi kelibat dari sisi. takut tersalah langkah nanti. akibatnya kamu tak tertanggung sendiri.

kerana dia manusia. jauh lebih biasa dari biasa. tak manis langsung perangai begitu. tapi katanya, luahan itu untuk dia ingatkan diri, di kemudian hari.. wajar atau tidak tindaknya.. wajar atau tidak dijadi teladan.. lebih bersifat ingatan.. bahawa dia pernah berfikir jahil, pernah bertindak bodoh.. atau wajarkah dia untuk kesekian kalinya berfikir bodoh, bertindak jahil..? tunggu saja, akan tiba waktu di mana kisah lalunya bertindak sebagai kata-kata nasihat buat diri suatu masa nanti..

marahnya tiada lagi. tapi, perhatikan tingkahmu.. kerana dia manusia, tidak sempurna..



Published with Blogger-droid v1.7.4

Press