Tuesday, November 29, 2011

"kalau ternyata kita cuma punya hari ini, dan besok belum tentu ada, bagaimana..?" #tentangdia2005

Longing to be.. 

Saat ini.. sedang jari bermain kekunci maya di hp.. mata di skrin laptop.. layani 'tentang dia' (indonesian movie 2005).. aku jadi rindu..

Ya, sekarang aku dikelilingi ramai.. insan yang sedia terima hadirku dalam hidup mereka.. semenjak bergelar pendidik, lagi hidupku jadi penuh :) 

Jauh dari mahu dikata tidak bersyukur dengan yang ada, aku cuma rindu.. 

Rindu pada kesepian, kebergantungan penuh pada diri sendiri.. lewat malam berubah fikiran mahu tidur di sarang yang satu lagi.. lalu memandu sendiri.. menikmati suasana malam menyelusuri trafik yang baik sekali.. sendirian.. ditemani lampu jalan.. yang kadang tak berfungsi ;)

Dan satu-satunya si kecil merah kesayangan.. yang menyampaikan aku ke mana saja hati mahu jasad ini berada.. thank you love..

Aku mahu hatiku memujuk akal.. hatiku bicara terus dengan akal.. berdebat dan menyaksikan hati yang kerap menangi akal.. 

Aku mahu ulangan.. berhasil ulangi semua rasa yang pernah singgah.. sendiri.. sendiri.. 
"kalau ternyata kita cuma punya hari ini, dan besok belum tentu ada, bagaimana..?" #tentangdia2005

Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, November 28, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

2 tahun tak lupa tinggalkan entri bersempena tahun baru hijrah. Bercerita saja tentang apa saja. Kurangkan tentang orang lain sebab itu cerita mereka. Tapi adakalanya cerita mereka dan cerita aku bersatu menjadi cerita kami. Dan semuanya bakal menyeronokkan selepas itu ;)

Setahun selepas sambutan 1432, di sini lagi aku. Mencurah seribu rasa. Yang telah lalu dan mungkin juga yang bakal terjadi. 

Azam. Tak boleh terpisah dari berada dalam lingkungan cerita tahun baru. Aku..? Nak jadi lebih baik. Macam tahun-tahun lepas. Tapi kali ni nak lebih serius. Dua tahun yang berlalu, proses bina kekuatan. Kekuatan nak bawa diri yang sentiasa dalam hijrah. Diri yang kerap tewas dari menang. Lawanku tiada yang lebih hebat dari diri sendiri.

Mendidik hati. Bukan kerja mudah. Tapi tak juga sukar. Sayang kalau tak cuba. Sayanglah bila kita tahu akhirnya nanti, biar madu atau pun racun, sendiri yang pilih

Oleh itu, mereka yang faham amat tahu, aku sangat mencintai diri. Untuk segala kekurangan yang aku cuba dokong selagi daya. Kerana tiada yang lain dapat mendokong kekurangan itu sebaik aku. Yang kerana adanya yang kurang itu menjadikan aku MANUSIA. Aku manusia yang dari lahirku bergelar HAMBA. Hamba kepada yang menciptakan. Yang diciptakan sempurna fizikal bersama akal. Dan aku tak mungkin dapat menafikan bahawa aku dilahirkan ISTIMEWA sebagai insan yang.. ISTIMEWA kerana apa yang ALLAH kurniakan kepada diriku sebagai IRNIE SHARIMA BASIR.. the one and only.. dan kesempatan dijadikan seunik ini, aku cekal menjadi diri sendiri.. sempurna dgn kelebihan dan kekurangan.. 

Bukan aku seorang sahaja dilahirkan unik. Kamu juga, tapi selalu kita terlupa.. masih mahu jadi seperti peribadi lain.. langsung menjadikan kamu tidak ASLI.. maka hilang identiti.. cenderung salahkan TAKDIR.. :(

Jom. Kita bersama ulangi SHAHADAH. Bahawa ALLAH tuhan kita, MUHAMMAD pesuruhNYA.. Dalam apa juga tindakan.. ALLAH, MUHAMMAD.. Itu juga yang tok selalu ingatkan :)


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 27, 2011

I see lives without souls.. wishing mine would not be the same.. 


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, November 24, 2011

informative.. ke?

my blog is so not informative lately.. yup it has been informative if you would wanna know about the writer :) tq.. dear blogwalkers.. that was so lovely of you to have visited me and dropped some nice words.. you guys are so much welcome.. and that has made me inspired.. motivated to relive this part of me.. 

school break. and i feel so alive.. school days were not some burden to me.. unlike my previous school holidays, all I did was nothing much fruitful.. but this time.. i am so proud of myself (of course not as proud as the peacock) to have much to do during the school break.. tuition classes.. part time job at my previous workplace.. a self-made jubah to accomplish ;)

already sent to maklong (a lady next door) to 'jahit tepi' (stitching along sides of the fabrics ;)

Thursday, November 17, 2011

UPSR 2011

nothing much <---mukaddimah yg tak berapa sesuai.. i actually have so much in mind that makes it even harder to organize words.. :)

UPSR results came out today.. pretty poor for my subject.. but ALHAMDULILLAH.. 100% passed :) without a D.. but the mission now is to motivate the not-scorers.. long way to go kids.. ALLAH, DIA yang MAHA ADIL.. dan DIA lebih tahu kesan dari aturanNYA.. INSYAALLAH.. jangan pernah putus usahakan yang lebih baik.. DIA bersama kita.. always!! :)

Monday, November 14, 2011

dekat tapi jauh

Ya Allah.. fahamkan dirinya akan tingkahku.. jelaskan pandangannya akan situasiku.. moga antara kami kurang sengketa.. jauhkanlah jasad kami kalau memang sukar pendapat bersatu..tapi dekatkanlah hati kami agar saling memiliki


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, November 12, 2011

a hectic day

Bukan saje anak-anak kena marah, siap dengan rakan guru pun turut terkena tempias. Hari yg sangat menduga.. tapi Alhamdulillah.. semuanya berakhir baik.. semua faham emosi kita sama-sama rapuh dalam situasi.. 

Esok, lusa jadual penuh.. tuisyen dari pagi sampai ke petang.. lepas asar perlu pulang ke sarang kami adik-beradik di teluk, kenduri arwah to attend.. then shortly after, berkampung di Muzium Shah Alam utk persiapan Konvo anak-anak.. 

And malam ni pun macam ada yang minta dimarah. Dia tahu manusia ini menyampah sungguh kalau dibiarkan tersia menunggu. Bagus untuk kamu diamkan diri. Aku tak mahu mula membuka mulut.. Ini lemahku.. Masih cuba baiki :(


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, November 10, 2011

a little freedom | sang murabbi..

salam. my blog is no longer syndicated to facebook.. reason why.. i need a little space to express myself .. i need to revert to the state where i felt that having a blog provides freedom to be myself when the realworld failed to offer the same.. i have limited the syndication to twitter.. i trust the #tweethearts more, it seems :)

kadang terasa membogelkan diri sendiri dengan luahan perasaan yang bersifat.. entah.. lalu perkara yang berbau seperti itu kurang sekali menjadi mainan di ruang status.. hipokritkah aku..?? lebih selesa rasanya menyampaikan perkara yang baik.. kerana walau pahit bagi segelintir sahabat (bagi aku jua..).. Allah berikan kemanisan lewat dugaan yang datang bersama komen-komen yang kadang menduga.. teguran dan ingatan bukan sahaja utk sahabat yang membaca tapi mereka takmengerti bahawa kebanyakannya untuk #tweetreminder pada diri sendiri supaya tak mudah lupa.. kerana manusia itu fitrahnya juga mudah melupakan..


aku manusia yang banyak berdosa.. banyak! ini pengakuan.. bukan kepada sesiapa.. tapi inilah aku.. dan Allah SWT maha tahu akan hal ini.. tapi aku telah diperingat.. walau sebanyak mana dosa.. tanggungjawab utk saling memperingati tak pernah lucut selagi aku waras menghidupi jasad ini.. aku manusia berdosa yang mahu melaksana tanggungjawab 51:56.. kerana kelemahan ini.. aku menjadi manusia yang mahu sentiasa dekat dengan redha tuhanku.. 

mamanya telefon tadi.. ini kisah lain.. kami berbual lama.. bantuan yang diminta membuat aku terus memikirkan sikap manusia.. yang diberi tanggungjawab.. tapi disangka telah diberi kuasa.. kadang kita lupa.. anak-anak ini perlu didengari baru mudah diajari.. minat belajar harus disemai.. mereka perlu sokongan untuk itu.. teringat jasa guru tahun 80-90-an dulu.. aku jadi rindu.. dan turut bersemangat mencontohi.. tapi (ampuni aku ya allah kerana masih bertapi..) suasana semasa sedikit memperlahankan usaha itu.. tapi aku yakin Allah akan kuatkan aku.. selagi mana aku sedar bahawa setiap kita perlu bersikap adil dan bertanggungjawab.. kuatkan semangat.. katamu mahu jadi sang murabbi ;)

belum tonton.. baru mahu mula.. :) yuk!!

Tuesday, November 8, 2011

serabut.. :(

mahu jadi pilihan | husnul khotimah


Pilih aku untuk terus kuat hadapi dugaanMu
Pilih aku untuk terus tunduk pada kuasaMu
Pilih aku untuk tidak leka dengan nikmat yang Kau berikan
Pilih aku untuk istiqamah menjalani hidup dalam hidayahMu
Pilihlah aku untuk pengakhiran yang baik ya Allah..
Pilihlah aku.. 


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 4, 2011

rezeki

Andai kita tahu bahawa BAHAGIA itu juga REZEKI.. berterima kasihlah kepada yang membuka jalan kepada rasa itu.. bersyukur  kepada yang berhak.. dan kita sama-sama lebih tahu siapa yang berhak.. :) ALHAMDULILLAH..

Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 2, 2011

bestfriend | loneliness


the girl and her bestfriend, loneliness..

Only now, at this very moment that she realized, she had lost and now misses her bestfriend, so much so that at times, her heart stops beating, stop living.

the undescribable moment started when she got to know Annie W. and has only been a day.. when all she did was listen to her life story.. and evaluate her own.. and they seem to be reflected semi-perfectly ;)

and tonight her emotion took her closer to her long lost best friend.. as much as she would love to embrace the moment together, her present companies would not let her go back to her old good time.. and she had to admit life is sometimes has to be left unexplained..

when loneliness manages to find sorrow behind her smiles, words behind her silence and love behind her every anger.. why would she ever think of separating herself from her loneliness..??

Press