Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

Maafkan Aku Dunia Akhirat..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Maafkanlah..
buat kesekian kalinya..

atas segalanya
apa saja dari tingkah, bicara, 
gurauan, pesan, nasihat
yang mungkin saja 
mengguris sekeping hati milik kamu

sungguh
aku cuma sesosok insan
yang sentiasa mencuba
jadi yg terbaik untuk semua
namun batas manusia
penuh khilaf
penuh tiada daya
untuk penuhi semuanya

MAAFKAN AKU..

Salam Ramadhan
Izinkan kami rebut rahsiamu..!

Tuesday, May 11, 2010

blessed again.. :)

--syukran ya Allah..

why?

sebab ni;


oops, bukan twice i have disappointed u, but so many times kn? cik noor datang balik saat sy sedang memikirkan tentang hal yg satu tu. thank you so much cik noor. harapan yg sama utk cik noor. but i guess da pn. noor sekarang kn? bukan cik noor seorang, baru² ni alang turut tibe² bertanyakan berkaitan hal yg sama, buatkn sy seperti bersemangat utk teruskan perjuangan yg belum selesai tu. sebelum tu juga, dalam satu diskusi, sy turut berkongsi cerita yg sama dgn sekumpulan sahabat yg baru kira² 2-3 bulan sy kenali. dan salah seorang telah memberi pandangan yg membangkit semangat sy.

keadaan sepertinya memihak kpd apa yg kufikirkan sekarang.

sebab ini juga (bukan sepenuhnya, tp ia membantu), coz it defines me as ai very well;
You've never been all that afraid to be different, and it's just that quality that helps you ensure that your radical ideas are implemented. Others are afraid to change, but you're a visionary who can see which way the tide is turning before almost anyone else. It's time for you to stand apart from the pack and rely on your ability to think ahead and consider what can make things better in the long run.
and the one i was looking for baru td dapat cara utk contact balik. i will need his help to help me through this. it's time..
"Setiap perkara baik yang tidak didasari dengan: Bismillahir Rahmanir Rahim, maka ia terputus (keberkatannya)-Riwayat Abu Daud
mungkin kerana Basmallah itu, that it's happening now. semua yg kurasa ini bukan dtg dari mimpi atau vision yg penuh keraguan, tp aku sgt yakin Allah telah datangkn mereka ini kepadaku utk tunjukkan jalan kepada harapan yg telah aku sandarkan padaNya.
Al A'raaf 7:56. Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.
Dan sebab yg paling utama;
hati tak pernah sekuat ini bila bicara tentang hal yg satu ni. siapa yg punya kuasa untuk gerakkan hati ni? aku tak perlu paksa, orang lain pn takkan berjaya memaksa, tapi berkat doa dr yg tersayang..inilah yg aku rasa..

Alhamdulillah. :)

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru | Salam Maal Hijrah

1431H | 1432H (updated on dec 6, 2010)

cedokan dari site ni :) -cedok saje
sini pun boleh jugak :)

Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah ya Karim ya Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.
Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”. 

Press