Monday, February 4, 2013
Sangkaan baik kadang mengecewakan..
Saturday, February 2, 2013
Dia ayahku..
Kasih ayah tiada banding
Tapi nyata tidak melebihi kasih AlRahman pada hambaNya
Namun kasih ayah dariNya juga kan
Memberi tanpa perlu diminta
Mendengar tanpa bicara
Sentiasa tahu bila diperlu
Terbukti satu persatu
Allah, pelihara dia.. Aku mohon
Sebak
Menuju senja, mungkin tingkahku lain dari biasa. Disogok masakan yang enak-enak pun tak laku. "Angah naik dulu, penat hari ni. Nak tidur jap. Malam nanti Angah turun balik." Sampai sudah, aku tak turun. Lena.
10:30pm marah bila lampu bilik dipasang. Amir kejut suruh makan. Ayah kirimkan nasi goreng. Panas lagi, beserta teh o ais limau..
Dia ayahku..
Wednesday, November 14, 2012
Rezeki Maal Hijrah. Alhamdulillah..
Monday, October 29, 2012
Building a beautiful mind..
Friday, August 17, 2012
Salam Aidilfitri 1433H
Mendoakan kesejahteraan dan kegembiraan buat semua. Ambil kesempatan cuti panjang kali ini mengeratkan, juga menghubungkan kembali silaturrahim sesama kita..
Buang yang keruh, ambil yang jernih.. Tak selamanya kita akan berada dalam situasi ini. Biar suka mahupun duka..
Selagi hidup sebagai manusia/hamba kepada tuannya yang satu itu.. Kita pasti akan terus diuji.. Berbahagialah dengan ujian itu.. Sesungguhnya Dia sangat hampir, memberi perhatian.. :)
Allahu Akbar!
Sunday, August 12, 2012
Tak Mahu Serik Memberi..
Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Salam Ramadhan.. Dah nak ke penghujung.. I am sure gonna miss a lot.. Things have been quite brutal these days towards the inner me.. BUT Alhamdulillah the peace I need has been granted back to me.. Thank you Allah..
Mashaallah.. Kuat sangat meminta sejak kebelakangan ni.. BERASA sedang diberi perhatian.. and I am loving this goodfeeling.. :-)
Janji DIA benar.. I asked for them.. tak semua DIA beri.. tapi aku sudah sepatutnya bersyukur bila masih diberi peluang untuk merendahkan hati, serendah-rendahnya untuk terus meminta.. Alhamdulillah, cukup KAU tempatkan ketenangan di hati ini.. untuk aku terus bersabar.. kerana yakin, KAU bersama mereka yang SABAR.. Maka jika aku mahu bersamaMU sentiasa.. Aku perlu didik hati yang mudah panas ini.. berSABAR..
Hari semalam. Banyak juga KAU buat minda aku bekerja.. Terima kasih Ya Rabb..
Dari manjanya PIA, sakit tapi cekalnya seorang tua berbangsa cina (girlfriend ayah ;-) yang sedang merelakan sel² kanser memakan tubuhnya yang kecil itu.. Ya Allah, mudahkan ia.. Aku jadi hidup.. Mahu terus hidup begini ya Allah.. Mahu terus hidup dengan mata hati yang celik ini..
Mahu terus merasai rahmat, kasih sayangMU yang Maha Luas ya Rabb.. Mahu terus diberi peluang untuk TIDAK SERIK MEMBERI dan TIDAK BERHARAP untuk sekalipun MENERIMA.. biarkanlah aku terus redha dengan apa yang telah, sedang dan akan KAU tetapkan yang terbaik untukku.. in form of shine or rain.. :-) semuanya pasti bersama HIKMAH..
Sent from Catch Notes for Android https://catch.com