Tuesday, December 14, 2010

Aku | Sudah Melukakan

Aku..
sudah melukakan
mungkin juga sudah terwujud jurang
yang tidak terbina dalam sedar
yang tidak terbina dalam inginku

bagaimana mahu dilelapkan mata

bila hati hilang tenang
bila akal, faktanya berperang..
antara yang tersurat dan tersirat
bila yang senang tiada lagi senang..


masih berfungsikah diri
tiada ku tahu..
perlukah aku ambil tahu..
fikirku perlu..

kerana
kita berbeza..
bukan dari apa yang kau nampak
bukan jua dari yang aku nampak
bukan dari apa yang mereka nampak
bukan dari pandangan siapa pun

tapi kau pun tak bisa menafi
bahawa kita memang berbeza
kau dan aku
aku dan dia
dia dan kau

tapi pentingkah persamaan tanpa beza?
pentingkah perbezaan tanpa sama?

maafkan aku.. kerana berterus terang..
menzahirkan apa yang aku rasa

apa jua yang membezakan kita
status kita tetap sama
tanggungjawab tiada beza

lima satu lima enam
terciptanya kita bertujuan
dan kau lebih arif tentang itu
maafkan aku..

9 comments:

  1. "usah bersedih & kosongkan perasaan kechiwamu dlm hati dan isikanlah hati yg kosong itu dgn kalam suci...wahai cik irnie sharima basir..."




    -uchi-

    ReplyDelete
  2. @Anonymous: sejak kenal dia, hati tak pernah kosong.. cuma bila datang emosi mcm ni, kekurangan sifat manusia tu terserlah juga..

    ReplyDelete
  3. tapi kau pun tak bisa menafi
    bahawa kita memang berbeza
    kau dan aku
    aku dan dia
    dia dan kau

    ???
    sabar ye...

    ReplyDelete
  4. @soffya cik bulan: tafsiran kita mungkin berbeza, asal saja keduanya terarah kpd menjadikn kita lebih baik... alhamdulillah.. thanks soffya :)

    ReplyDelete
  5. payah nk merawat luka hati yg rawan sis..ehmm..

    ReplyDelete
  6. salah or tak salah tetap rase bsalah.. :(


    p/s:mok2~

    ReplyDelete
  7. bersabarlah .. ini mungkin dugaan untuk bulan december 2010 ..

    ReplyDelete
  8. @cikebum: perlu juga cuba merawat kn..? tak boleh dibiar kn syg..?

    ReplyDelete

Press