Tuesday, October 4, 2011

ahmad kesayangan.. ;)

dah agak.. cerita-cerita macam ni, kalau terbit dari dia, pasti mengundang ceria teman-teman rapat. dia sangat faham.. sebab tu sengaja mahu dicuit rasa ingin tahu teman seperjuangan yang banyak kenal hati budi, pelbagai sisi  kisah empunya badan.. gelak maha besar dalam hati.. juga turut sama gembira mempermain rasa ingin tahu.. 

tentang dia ;) di antara perlu dan tidak.. dia sedang mengintip. cuba lagi mengorek sedalamnya kisah ahmad kesayangannya.. tentang latar belakang keluarga, isteri dan anak-anak yang sangat dicintainya.. erm.. "suami orang..?" isk.. perlukah diteruskan mendedahkan yang "sepatutnya"..?

dalam sedar.. sedang jari mengetik papan kekunci, sambil mata menunggu satu persatu huruf terzahir di skrin monitor seiring rancak hatinya berkata-kata.. tangannya MENGGIGIL!! jantungnya berdegup diluar kebiasaan.. sedang berlaku..

hentikan sandiwara. tak sanggup lagi mempermainkan.. mohon seribu kemaafan.. 

..ketika Nabi Adam memohon ampun kepada Allah SWT, baginda berdoa, "Ya Allah, demi kemuliaan Muhammad, ampunkanlah dosaku.." Allah SWT bertanya kepada Nabi Adam, "Bagaimana engkau kenal Muhammad, sedangkan dia belum aku ciptakan?" Kata Nabi Adam, Aku pernah melihat tertulis di singgahsanaMu, 'TIADA TUHAN YANG DISEMBAH SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH', jadi, pasti dia insan yang mulia hinggakan Engkau meletakkan namanya selepas namaMu." Allah SWT membenarkan kata-kata Nabi Adam itu, kemudian mengampunkan baginda berkat dari rahmat Muhammad SAW.  
"sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." (At-Taubah 9:128)
lihat saja betapa dalamnya kasih Ahmad kesayangan Allah kepada umatnya.. siapa yang tak jatuh sayang..?

semuanya dek cinta pandang pertama terhadap karya Ibnu Rijal. Khutbah Terakhir Rasulullah (sebuah analisis pedoman dan harapan..). musread Sdn. Bhd. 2011. sedang membina rasa cinta yang mendalam terhadap kekasih Allah. kamu sudi berkongsi kasihnya Ahmad dengan dia..? :)

1 comment:

  1. slmt membace cikgu

    Yang sangat dipuja, atau yang paling dipuji; Kepelbagaian nama Muhammad........

    ReplyDelete

Press