Hidup ini kalau pengaturnya tuhan. Dan kau sebagai hamba akur dgn ketentuanNya, untuk buat pilihan bukanlah sukar.
Faham dulu apa yang kau rasa. Kerna tuhan yang beri kau rasa itu. Mau manis atau pahit. Pasti akan terselit hikmah. Biar pahit dulu. Sabar yang kuat biar terhapus dosa² yang lalu. Tahankan diri dalam kesabaran kerana janji tuhan, kau takkan rugi.
Andai tak mungkin lagi dapat bersabar. Andai takut nanti kau yang akan musnah menurut bisiknya syaitan. Istighfar terus. Lalu sujud pada tuhanMu. Taubat dan istikharah. Kau bakal dipandu memilih. Walau jalannya kelihatan sukar, apa lagi pada pandangan mata pemilik lain yang bukan kau. Yang bukan di bahu mereka terpaut beban yang kau sendiri tanggung. Mudah sekali kau dapat putuskan pilihan dan teruskan perjalanan hasil pilihanmu itu.
Kerana tuhan juga yang kata kau takkan dibebani sesuatu diluar kemampuan. Kerana tuhan saja yang akan bersama saat manusia lain tak mampu faham persoalan mengapa jalan itu yang kau ambil.
Teruskan senyum. Kerana mungkin dengan sedekah itu mampu kurangkan gundah yang kau rasa. Yang mampu tambahkan rasa syukur terhadap selautan nikmat yang telah tuhanMu berikan.
**fefeeling lama tak menulis di blog. Baru lepas habis marathon akadku yang terakhir. Layan online je. Episod 3-12 hari ni. Hehe. Takdelah semua adaptasi novel tu membosankan. Naskah yg ini antara yg memberi kesan. Tergantung kepada mata² yg menonton dan hubungannya pada kondisi hati masing² pada ketika yg tepat. Yg ini tepat sampai ke hati. Memberi inspirasi dan semangat juga. Watak Rania betul² membisik semangat.
**pinjam dp whatsapp sbb tak tau nak relate nukilan hati and gambar yg betul sesuai. Apapun kedua²nya antara nikmat yg wajib ummi syukuri. Alhamdulillah.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)