Monday, November 28, 2016

Knock! Knock!

Selepas hampir dua minggu ketiadaan cucu² yang menghidupkan suasana dengan jerit pekik nangis tawa. Mujur ada si Comel peneman setia.

Tuhan tuliskan utk kami cerita yang sempurna. Seperti ceritera hidup setiap insan yang lain.

Atuk sentiasa berteman sekarang. Sepanjang anak² ikut Ummi berpantang di rumah Atuk pun, terlalu banyak hikmah yang terjadi. Rezeki anak², kami turut merasa. Terima kasih, Tuhan.

..intai² my insta ;)
Ini kisah Atuk dengan kucing. Singkat tapi bermakna. Untuk dikongsi. Betapa sepanjang kami di sana, ibu si Comel sentiasa dimarah Atuk. Bukan sengaja marah tapi sebab selalu bikin hal.

Semenjak Comel sudah berani keluar dari tempat sembunyi. Setelah sudah boleh berjalan sendiri dengan baik. Peranan anak² sebagai peneman Atuk, Uwan dan pakcik² kini digalas Comel.

Kuasa Tuhan. Atuk berlembut dengan Comel. Seperti baiknya Atuk dengan Aisha. Sampaikan Comel nak keluar rumah, lepak di beranda sendirian pun tidak dibenar. Sebab Comel memang sangat comel. Manjanya seperti Muhammad tapi belum lagi senakal dia.

1 comment:

  1. Pokies Online | Play Pokies Online | Kadang Pintar
    Play online pokies online with kadang งานออนไลน์ pintar - Kadang pintar. Try free pokies for fun. Get up to 제왕 카지노 200 FREE 온카지노 pokies today!

    ReplyDelete

Press