Sunday, May 7, 2017

Tokmad, Susu dan Cuping

Uniknya dia pada tidurnya.
Kalau ngantuk, bukan bantal yg dicari.

Buatkan susu. Hulurkan cuping telinga, biasanya Sara jadi mangsa. Maka mudah dia belayar ke alam mimpi.

Sedikit tentang Tokmad.

Sekarang ni masa tidurnya. Sambil dia habiskan susu, Ummi belanja cuping kiri ni pada dia. Biar Ummi tuliskan entri ini, buatmu anak.

Besar nanti biar jadi kenangan manismu membesar dgn Ummi. Ditakdir sempat tua bersama kamu, ceritakan pada Ummi ye.

Si kakak masih liat tak mahu lelap. Dengan Awwal, berdansa depan TV.

Sara, kejap golek ke kiri, kejap ke kanan. Sama, masih berjaga. Masih mampu senyum bila dipanggil.

Ok. Ummi ngantuk. Jom tidur.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Press