Tuesday, June 28, 2011

Biar miskin, tak sentiasa kehilangan..

Murah rezeki. Bukan hanya babitkan RM. Hadirnya boleh jadi dalam bentuk material. Itu dah biasa.

Hari ni. Di sebalik material yang sampai, fikiran lebih jauh mensyukuri nikmat 'silaturrahim', 'understanding' yang diterima lewat kebanyakan pertemuan. Senyum. Tak salah rasanya menerima kenyataan bahawasanya hidup ini lebih indah kalau diberi sedikit ruang dan masa untuk diam. Dan senyum.

Biar saja dilihat seperti si gadis yang kehilangan warasnya. Individu yang artistik, (bilang si Fatin 'anak perempuan' ayah yang satu lagi itu).. memang beginilah aku. Kurang 'disiplin', tak sukakan peraturan.. Setuju sangat tapi, satu perkara yang harus kebanyakan terima, aku jalani hidup dengan tafsiran yang biasanya beza dari fikiran kebanyakan.. dan pandangan yang bersifat negatif mahupun positif yang tiada aura membina, maaf, terpaksa kutepis mudah, tak berminat ku ambil kisah. Senyum lagi, sedikit menyakiti hati ;-)
Biar sukar sifatnya menyenangkan
Biar mudah sifatnya jauh menyeksakan
Biar kaya tak sentiasa memiliki
Biar miskin tak sentiasa kehilangan
View taken on the way home after school. Sunset. 
Akhir kalam.. Yang di atas, pesanan untuk diri terutamanya. Kalau diberi kesempatan untuk terus diberi peluang melihat sejauh ini.. Semoga menjadikan aku lebih baik, dan jika sebaliknya, harus diakui adalah normal menjadi selemah ini.. Allah lebih tahu apa yang aku perlu.. Perlu dapat, dan perlu sumbangkan. Dan segala kebaikan adalah dariNya jua.. Senyum.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, June 27, 2011

telah aku biarkan mereka bunuh rasa riaku..

Kenyataannya malam ini
Aku membosankan
Aku menjengkelkan
Aku menyakitkan hati
Bagi mata lelah yang memandang

Aku memuakkan
Aku mudah saja mendatangkan marah
Kepada tenaga yang tinggalnya separuh

Dan aku nekad matikan apa jua anjakan yang bisa saja dilaku
Walau biasanya sedar, hati ini kuatnya sukar dimengertikan
Punya upaya mencair ego sendiri
Detik ini, upaya itu sengaja dimatikan
Enggan dipamer langsung
Kepada mata-mata celik yang buta itu!
Kepada telinga-telinga yang tuli itu!
Aku, matikan diri.

Teganya kau, bikin diri ini cemburu..
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sunday, June 26, 2011

"Jangan". Kata nafi bukan pilihan.

Jangan ganggu privasiku..
Jangan ganggu baik emosiku..
Jangan cemburu ceria hidupku..
Jangan sentuh keras prinsipku..
Jangan segan datang padaku..
Jangan terbiasa menghakimi..
Jangan pernah perbudakkan matang fikirku..
Jangan sangka aku tak mampu..
Jangan akui kita sama..

Jalan Manggis ;-)
Jangan PERASAN tahu segala..
Jangan ingat aku tak tahu..

"Jangan" ini pasti bersambung..
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, June 21, 2011

I like your father lei..! -Chris

As his biological daughter, how should I be feeling like? ;-) Call my ayah, AYAH.. I won't mind.. there are thousands of good reasons why I am happy to share my ayah with everyone.. I want nothing, but 'doa's in return.. boleh kan? 

What ever on his mind.. I wish I know..
Kundasang ;-)

..and me, signing off to sleep ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.1

Monday, June 20, 2011

me and Fith feat. Fatin

Before I fall asleep. Penuh hari ni. went to Selayang Mall to see my darling girlfriend, Fith. Last time we met was in Ramadhan last year. Lama dah kan. Cam busy sangat je, padahal Selayang and Pantai Dalam only a half-an-hour drive.

Was fun. Wonderful. We got to know her parents yang sangat happening ;) Tq darling! Kan Fatin? (who was behind the photo



And these photos are meant to sow the jealousy seeds in the heart of an online friend, cik Ali ;-)

Ok bubbye.. nak tido.. ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.1

Sunday, June 19, 2011

350ml of mine.. not anymore ;-)

Dear isbland.. Wah, lama tak guna.. erm ape ye.. Hehe.. cam #kerangbusuk. Saje nak share ni.. 


Ehhe.. FREE GIFTS! I like free gifts ;-) walaupun hampir kecewa td, sampai je ke tempat kejadian, masing-masing da pakat-pakat kemas.. hampa gila. Mujur ada pasangan akak and abang dari wardieburn yg turut sama kecewa bgtau mereka suruh ke pusat darah negara #pdn which is situated nearby.. #thankyou kakak.

Hangin jugak kot. Tulis dari kul9 sampai 3. Tp lom kul 3 lagi da siap kemas. Akak tu lagi haru.. kul 1 sampai pun da tutup kaunter.. iskisk.. terkilan gak.. da siap tukar plan nak pi layan movie je.. but da tertulis cecair merah berisipadu 350ml tu tak mahu lagi berada dalam sistem isb walau utk sehari saja lagi.. ;-) di depan gate pdn, kereta ku hala masuk.

Selesai. Tertunai niat. Tapi ada pulak insiden.. ehhe.. takleh share part ni.. unless diberi keizinan oleh empunya diri. Apa pun semua tu pengalaman. Harusnya telah mengajar sesuatu.. and semoga semuanya baik-baik saje ye..

And to the non-muslim doctor, Dr Win(?) who could convey a beautiful Islamic advice to us.. aku sangat mendoakan agar kamu dikurnia hidayahNya.. Amin..

--Ramadhan terasa dekat sudah.. ;-) 


Ini my sister.. Christina.. She is stronger now. Wish she will not break lagi.. And I thought she was not that serious about that vacation ;-) now I guess, I have to save another date. Aku mengharapkan doa, agar dia bergelar saudara kita.. satu hari nanti.. aku mohon kekuatan dan pertolongan tiada yang lain dariMu ya Rahman..
Published with Blogger-droid v1.7.1

Thursday, June 16, 2011

becoming more human

Talked to an astro subcon.. learnt how an unwise boss killed his former employee by firing him despite the job well done.. all because of practicing egoism.. #stupid. Kasar sikit. Maaf.

Ingat je. Apa kita tanam (buat) sekarang, itulah yg bakal kita petik (balasan/hasilnya) nanti. And sebelum sampai waktunya, tak payah peningkan kepala memikior.. sebab, sebesar zarah pun kita tak tahu yang pasti.

Aturan hidup ni dah cantik. Yang berlaku depan mata.. bukan sekadar peristiwa.. semuanya pelajaran kepada yang mahu mengambil tahu.

Cuma selang beberapa jam.. foto ni mencuri perhatian. Mujur di tangan, Andy sedia beri khidmat. Saksikan.. ;)

"Majikan perlu hormat HAK & SUARA pekerja. Demi menjamin keharmonian industri"
Isunya mmg tak lari.. mari memikir tanpa perlu menjatuh hukum ;) Ingat, mudah mahu ke syurga..?
Published with Blogger-droid v1.7.1

Press