Sunday, January 15, 2012

aku maafkan kamu

saudaraku..
untunglah kamu kalau boleh bertindak lebih berani..
kerana baiknya kita sama-sama akan dapat..
untunglah kalau kamu berani suarakan isi hati..
kerana baiknya kita sama-sama akan dapat..
untunglah kamu kalau tak terus berkata yang tidak terkata itu dibelakangku
kerana dinding yang kau sangka tuli itu mendengar
tiang yang kau sangka buta itu melihat
patung yang kau sangka bisu itu berbahasa

untungkah menjadi aku?
bila kau saudaraku..
tiada berani bersuara berdepan aku

untungkah menjadi aku?
bila dinding, tiang dan patung sangkaanmu tuli, buta dan bisu itu..
datang memberi khabar..
dari apa yang didengar
dari apa yang dilihat..
akhirnya bersuara mengasihani aku..
memberi aku ruang menilai kamu saudaraku..
tanpa dipaksa mereka rela..
supaya aku lebih kenali kamu
kerana hadirnya kamu, dugaan untukku..

untunglah kamu kerana aku terdidik menjadi aku..
untunglah aku kerana diduga sebegitu..

Katakanlah  (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai hari Subuh. Daripada kejahatan makhluk ciptaanNya. Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap. Dan daripada kejahatan wanita-wanita ahli sihir yang meniup pada simpulan tali. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melaksanakan kedengkiannya." -Al-Falaq 1-5.
..dan demi Tuhan yang menguasai hari Subuh/makhlukNya.. aku maafkan kamu..


terima kasih kepada @jila_azila untuk #untunglah :)

3 comments:

  1. aku suka coretan kali ni.. 5star..=)


    jom baca sekejp..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/berkata-dengan-lemah-lembut.html

    ReplyDelete
  2. Suka juga...mcm ade kena mengena je....hmmm...

    ReplyDelete

Press