Tuesday, August 25, 2009

sepi

Ramadhan Day 4

2 hari yg sepi tanpa entry. masa kurang mengizinkan. diizinkannya dengan hal lain pula. weekend di rumah mak ng ayah. banyak hal perlu angah ambil tahu. adik²? macam biasa. semakin membesar. klu tidak diingatkn jumlah umur yg dorg bawak skrg, rasenye angah masih akan terus melayan mereka sama seperti dulu. seperti waktu mereka berada di sekolah rendah. seperti mereka membawa status kanak² yg belum 'mimpi basah' ;p ehhe.

dah besar rupenye adik² kesayangan. amer da tingkatan 5, syafiq di tingkatan 3. papau, si bongsu darjah 6. weekend lepas, selepas melayan jejak rasul kat tv3, angah melayan soalan² papau berkenaan 4 kitab² suci yg diturunkan kepada nabi² allah. kebetulan episod kali itu membawa kami ke tempat suci penganut kristian di jordan dan byk juga salasilah dan riwayat nabi dipersembahkan oleh hj mohd nor.

nasib baik angh ingt lg ilmu yg dituntut mase sekolah rendah tu, ada juga cerita yg boleh disampaikan. byk betul soalan apau petang tu. sehingga tersentuh gakla cerita kemunculan nabi isa a.s. dan dajjal di akhir zaman nnt (menyentuh kepentingan azan dan pilihan manusia utk ikut jalan yg betul atau yg nyata salah). soalan dipanjangkan smpai angah xberapa pasti untuk beri jawapan, maka angah cadangkan apau bertanyakan hal yg tersebut kepada ustazah atau ustaz di sekolah. atau mungkin dia sendiri perlu cari tahu sendiri daripada terjemahan al-quran. tp apa yg angah hargai petang tu, rasa ingin tahu yg ditunjukkan oleh apau. n sekurangnye bila angah beri jawapan, apau memberi reaksi yg sangat baik, iaitu, bertanya lebih banyak lagi soalan. dan angah sedar, pada waktu seperti inilah respons angah perlu betul untuk menjaga dan membetulkan persepsi kanak² tentang hidup mereka yg masih panjang. kita perlu pelajari sejarah supaya kita tak buat lebih banyak kesilapan.

sebab sekarang, banyak pihak pencetus kontroversi dan provokasi sebab mereka menterjemahkan fikiran tanpa rujukan pd sejarah. dan andai kata ada membuat rujukan dan kajian pun, mereka lebih berminat untuk lebih mementingkan keuntungan sendiri daripada memelihara keamanan.

perasan atau tidak, kadangkala kita (manusia) nampak bodoh bila berusaha keras menonjolkan kebijaksanaan.. bg angah kebijaksanaan tu perlu dibawa dan dipersembahkan seadanya. tak perlu berusaha lebih/terlampau utk memaksa org mengatakan yg kita ini bijak..

No comments:

Post a Comment

Press