angah baru sahaja habis melayani luahan perasaan atau lebih kpd luahan hati seorang yg insan yg sedang murung lewat masalah yg sedang melanda. yang pasti, hal² yg datang dlm hidup (dalam bentuk dan keadaan apa pn..) menjadi pendorong spy kita lebih kuat menghadapi masa depan yg bukan utk kita tentukan (namun kita masih perlu merancang).
diri ini telah ditemukan dgn berbagai jenis manusia normal. normal kiranya seorang insan itu mahu belajar dari kesilapan yg pernah dilakukan, lalu dijadikan panduan. normal juga kiranya seorang insan itu melakukan kesilapan yg sama berulang kali di luar sedar (belum bersediakah dia utk belajar?). normal juga seorang itu andai sedar akn mengulangi kesilapan yg sama namun memlih untuk kalah pada nafsu (tiada akalkah untuk mengawal nafsu?). normal juga seorang insan itu kiranya itu... dan ini.. dan.. serba serbi..
ye. semuanya normal. ia akan menjadi tak normal bila angah mula menafikan sebarang kemungkinan itu.
angah sendiri hidup dgn masalah. kadang cepat juga melatah. melatah juga adalah normal. namun seperti lenka, cuba jadikan masalah sbg rakan yg boleh mendorong diri menjadi lebih positif ttg hidup. tambah bersyukur bila boleh meminjamkan telinga dan memberi perhatian kpd insan yg memerlukan. sekurangnya ada juga tempat utk mereka mengurangkan segala macam hal yg (kebiasaannya) negatif dlm hati/fikiran.
setiap kali, ada satu momen yg angah cukup hargai dan angah nantikan setiap kali 'sesi' berlangsung.. -lirikan senyuman yg pertama di saat hati sedang dalam keresahan. sumbangan yg sgt hebat dgn hanya mendengar (tanpa sebarang kos).. dan mungkin juga dgn sedikit kata² keramat..
wah, cmni leh r luahkn perasaan kt kanda kn..
ReplyDeletesayang kanda.. :)
boleh jek.. ape gune ade 'kanda' kalau tak boleh nak diharap.. insyaallah, boleh la sekurangnye mendengar :)
ReplyDelete