Friday, October 1, 2010

sedang senyum dan syukur

ada sebab.. semalam lepas sekolah terus ke hosp. jenguk uwan. dah boleh nafas sendiri melalui lubang di leher. masih tak mampu walau untuk membuka mata. tapi kondisi jauh lebih baik dari jumaat lepas. 

bila jemari menyentuh kulit uwan yg terlantar atas katil hosp. tu, nampak turun naik dadanya semakin laju. aku berandaian bahawa dia sedar akan kehadiran kami cuma masih belum kuat utk kembali. doc kata kalau keadaan uwan kekal/ lebih baik, pagi ni dia bakal dipindah ke wad biasa atau mungkin juga boleh diusahakan untuk balik ke semula ke hosp. kawasan kl. lega :D

balik rumah semalam, sunyi, bancik sorang, air terjerang, dia baru makan megi, amer belum balik.. aura, udara, keadaan dalam rumah? never been homier :D masuk bilik terus.. zzzzz.. mimpi..

skrg di sekolah.. tiada kelas, struggle on exam paper tuk akhir tahun nnt.. tak lama lagi.. dapat pulak sampul berisi dari sorang parent. alhamdulillah.. akan aku infak sebahagiannya.. :D

malam ni, nak sambung balik kelas. lepas lama aku tinggalkan.. come what may..
bismillah..
maka kerana itu, aku sedang senyum dan syukur.. 

1 comment:

Press