salam.. dah agak lama terjeruk. cuma malam ni, tergerak hati nak menulis juga.. bukan niat menjelaskan, sekadar memberi sedikit kefahaman tentang jalan yang terpaksa aku lalu dari penghujung ramadhan sehingga saat ini. nampak belum ada sudahnya..
bunyi macam mengeluh?? tak juga.. cuma keberatan menjadikan semuanya alasan melepas diri dari kata dan janji yg ditabur sebelum segalanya bermula.. sungguh ini bukan alasan, bg semua yg terjejas.. maafkan..
9 ramadhan - pi jenguk uwan (nenek) kat umh mak lang.. uwan nmpk berisi, selera makan -kalah org sihat. malam tu singgah beli mi hailam atas permintaan org sakit. sodap :D katenye..
10 ramadhan - uwan mula masuk wad, lepas pengsan kat umah maklang.. -baru semalam tgk uwan ok jek. makan selera.. hari ni..?
lepas 4-5 hari kat spital, dalam masa tunggu result darah kuar, uwan jatuh dr kerusi.. retak pula tulang paha..
2 hr lepas tu uwan pindah ccu.. cuci darah.. buah pinggang tak mampu berfungsi baik..
30 ramadhan - aku and azri bermalam raya kat spital, tggu uwan. maknenye pagi raya aku and azri beraya di hospital (ppukm).. menggantikan yg lain yg lagi lama stay kat spital.
2 syawal - dgn niat menyambung kembali silaturrahim, aku ke kedah. bukan kampungku. tp tempat mereka yg banyak membantu dalam perjalanan aku mencari diri tak lama dulu. dr kepala batas ke kuala nerang.. jumpa jugak keluarga angkat ;)
4 syawal - seorang insan yg ku kira bakal menemani perjalanan hidup salah seorang adikku dijemput pulang. kemalangan motosikal. baru sekali aku dipertemukan tp entah kenapa berita pemergiannya begitu memberi kesan. dia yg istimewa itu namanya anuar. arwah anuar. kawan baik apit (shafiq). umur 16 tahun. semoga allah melimpahi rahmat ke atas rohnya. amin.. melihatkan apit tanpa kelibat teman rapatnya itu, buat aku sedih. apit mungkin lagi sedih, tp tidak terzahir. doa aku, semoga dia dipertemukan lagi dengan seorang sahabat yg punya kualiti seperti arwah, supaya aku juga tenang..
5 syawal - dikejutkan panggilan telefon sepupu kami, kimi menyampaikan berita bahawa abangnya kibal (arwah iqbal) pergi meninggalkan kami mengejut.. umur 20 tahun. semoga allah melimpahi rahmat ke atas rohnya. amin..
6 syawal - meneruskan plan, aku ke endau.. kenapa masih pergi? jawapannya biar aku simpan sendiri.
14 syawal - uwan boleh keluar hospital. bawak balik ke rumah mak lang.
15 syawal - uwan pengsan lagi! telefon ambulans.. berkampung lg kami di ppukm.. peluang 50-50 kata doktor. uwan bergantung kpd mesin untuk bantu dia bernafas. dan dia perlu dipindahkn dari kecemasan.
16 syawal - lebih kurang 1pagi. ambulans bawa uwan ke hospital di slim river, perak. paling dekat katenye. doktor kata, icu area kl, selangor, seremban yg ada required equipment da full.. tiada pilihan.
22 syawal - hari ni. semalam leher uwan ditebuk utk uwan cuba bernafas normal. doktor kata ok. cume sedang monitor perkembangan seterusnya..
dr 16 syawal smpi hr ni, mak kat hospital tunggu uwan. majlis tunang ika (my only sis) minggu depan jek. apa nk difikir lagi??
pembantu kemboja yg dua orang tu, lari pulak pagi semalam. ayah pening pikir majlis nk dekat, sape nk tolong masak sume.. allah maha mengetahui.. isnin lepas makcu jmpe pembantu ayah yg lama (ain) dlm tren.. masyaallah.. perancangan dia sangat sempurna :) rabu depan ain akan kujemput di kl sentral utk membantu majlis.. hal kemboja yg dua orang tu, biarkan mereka.. tak perlu ayah pening fikirkan mereka lg.. ada perkara yg lebih penting yg perlukan perhatian..
p/s: doakan spy uwan spy cepat sembuh, dan perjalanan majlis ika supaya lancar, kesihatan rohani dan jasmani utk keluarga kami, rahmat allah atas arwah anuar dan kibal..
sayang untuk semua :)
barakallah..
jln berliku itu sungguh sadis namun siapalah kite..sy dah lalui detik2 itu di hdpn kpala mata sendiri...
ReplyDeletemoge2 awk & skluarge kuat utk terima sume ini...
*senyum & syukur*