Monday, September 27, 2010

surut sudah amarah, kesal berpanjangan..

manusia biasa, kerap tersilap, kerap jua terkhilaf, itulah aku.. masih mencari kekuatan.. masih cuba berhikmah dalam bicara.. tapi sabarku terlalu tipis. kerap sekali terkoyak, kerap itu juga berusaha kujahit koyaknya. bila agaknya proses itu dapat aku noktahkan. kesal lagi.

tatkala amarah itu terpaksa aku lampiaskan. banyak hati yg mahu mendengar, pasti terguris. bukan itu yang aku mahu. yang ku mahu supaya kau membeli sedikit nasihat dalam kesalku dengan masa yang maha pencipta pinjamkan kepadamu. dan anggap saja ia sebagai sedekah kamu kepada diri jika tak mampu niatkan kpd makhluk selainmu.

aku. aku tak mampu memikirkan kemungkinan itu. tak mahu jika rasa kesal dalam kemungkinan itu benar² berlaku.

sungguh, jangan kau redha air mata ini menitis dek rasa kesal kerana memikirkan betapa kau tidak berusaha membawa bekal yg secukupnya menemui tuhanmu nanti. betapa kau tidak berusaha meyakinkan bahawa kau seorang yg mentauhidkan pencipta seumur hidupmu. betapa aku gagal membuat kau faham bahawa kita ini hamba. dan peranan seorang hamba.. tak pernahkah kau maknainya?

berikan aku peluang menangisi pemergianmu kerana redhaku atas usahamu untuk dekat kepada dia.. bahawa sesungguhnya kau pergi bersama syafaat atas perkara baik yg telah kau perbuat semasa hayatmu. bahawa kau telah sampaikan ilmu yg membawa manfaat kepada insan yang telah mengisi ruang hidupmu.

namun, satu perkara yang aku yakin.. kau atau aku tak mungkin tahu mana satukah antara dua itu, destinasi kita selepas hayat ini.. bukan aku atau kamu yang tentukan.. pintaku cuma satu, agar kita sama berusaha..

"selagi kita berpegang kepada keduanya"

2 comments:

  1. hidup sesudah mati..itulah destinasi kite sume..

    *hidup ini cume main2..mmg rugi klu kite terleka di sini kan..emm..

    **kdg2 tewas jga...=(

    ReplyDelete
  2. same je ng pemilik blog ni. harap sentiasa ada yang mengingatkan =)

    ReplyDelete

Press