Monday, November 28, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

2 tahun tak lupa tinggalkan entri bersempena tahun baru hijrah. Bercerita saja tentang apa saja. Kurangkan tentang orang lain sebab itu cerita mereka. Tapi adakalanya cerita mereka dan cerita aku bersatu menjadi cerita kami. Dan semuanya bakal menyeronokkan selepas itu ;)

Setahun selepas sambutan 1432, di sini lagi aku. Mencurah seribu rasa. Yang telah lalu dan mungkin juga yang bakal terjadi. 

Azam. Tak boleh terpisah dari berada dalam lingkungan cerita tahun baru. Aku..? Nak jadi lebih baik. Macam tahun-tahun lepas. Tapi kali ni nak lebih serius. Dua tahun yang berlalu, proses bina kekuatan. Kekuatan nak bawa diri yang sentiasa dalam hijrah. Diri yang kerap tewas dari menang. Lawanku tiada yang lebih hebat dari diri sendiri.

Mendidik hati. Bukan kerja mudah. Tapi tak juga sukar. Sayang kalau tak cuba. Sayanglah bila kita tahu akhirnya nanti, biar madu atau pun racun, sendiri yang pilih

Oleh itu, mereka yang faham amat tahu, aku sangat mencintai diri. Untuk segala kekurangan yang aku cuba dokong selagi daya. Kerana tiada yang lain dapat mendokong kekurangan itu sebaik aku. Yang kerana adanya yang kurang itu menjadikan aku MANUSIA. Aku manusia yang dari lahirku bergelar HAMBA. Hamba kepada yang menciptakan. Yang diciptakan sempurna fizikal bersama akal. Dan aku tak mungkin dapat menafikan bahawa aku dilahirkan ISTIMEWA sebagai insan yang.. ISTIMEWA kerana apa yang ALLAH kurniakan kepada diriku sebagai IRNIE SHARIMA BASIR.. the one and only.. dan kesempatan dijadikan seunik ini, aku cekal menjadi diri sendiri.. sempurna dgn kelebihan dan kekurangan.. 

Bukan aku seorang sahaja dilahirkan unik. Kamu juga, tapi selalu kita terlupa.. masih mahu jadi seperti peribadi lain.. langsung menjadikan kamu tidak ASLI.. maka hilang identiti.. cenderung salahkan TAKDIR.. :(

Jom. Kita bersama ulangi SHAHADAH. Bahawa ALLAH tuhan kita, MUHAMMAD pesuruhNYA.. Dalam apa juga tindakan.. ALLAH, MUHAMMAD.. Itu juga yang tok selalu ingatkan :)


Published with Blogger-droid v2.0.1

3 comments:

  1. Bukan aku seorang sahaja dilahirkan unik. Kamu juga, tapi selalu kita terlupa.. masih mahu jadi seperti peribadi lain.. langsung menjadikan kamu tidak ASLI.. maka hilang identiti.. cenderung salahkan TAKDIR.. :(

    *suka ayat penyata ini*

    ys-isb ^-*

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. semoga ada manfaat ye uchi :)

    ReplyDelete
  3. erkk...emm...ngee

    *tersipu senyum garu kepala*

    ys-isb

    ReplyDelete

Press