salam. my blog is no longer syndicated to facebook.. reason why.. i need a little space to express myself .. i need to revert to the state where i felt that having a blog provides freedom to be myself when the realworld failed to offer the same.. i have limited the syndication to twitter.. i trust the #tweethearts more, it seems :)
kadang terasa membogelkan diri sendiri dengan luahan perasaan yang bersifat.. entah.. lalu perkara yang berbau seperti itu kurang sekali menjadi mainan di ruang status.. hipokritkah aku..?? lebih selesa rasanya menyampaikan perkara yang baik.. kerana walau pahit bagi segelintir sahabat (bagi aku jua..).. Allah berikan kemanisan lewat dugaan yang datang bersama komen-komen yang kadang menduga.. teguran dan ingatan bukan sahaja utk sahabat yang membaca tapi mereka takmengerti bahawa kebanyakannya untuk #tweetreminder pada diri sendiri supaya tak mudah lupa.. kerana manusia itu fitrahnya juga mudah melupakan..
aku manusia yang banyak berdosa.. banyak! ini pengakuan.. bukan kepada sesiapa.. tapi inilah aku.. dan Allah SWT maha tahu akan hal ini.. tapi aku telah diperingat.. walau sebanyak mana dosa.. tanggungjawab utk saling memperingati tak pernah lucut selagi aku waras menghidupi jasad ini.. aku manusia berdosa yang mahu melaksana tanggungjawab 51:56.. kerana kelemahan ini.. aku menjadi manusia yang mahu sentiasa dekat dengan redha tuhanku..
mamanya telefon tadi.. ini kisah lain.. kami berbual lama.. bantuan yang diminta membuat aku terus memikirkan sikap manusia.. yang diberi tanggungjawab.. tapi disangka telah diberi kuasa.. kadang kita lupa.. anak-anak ini perlu didengari baru mudah diajari.. minat belajar harus disemai.. mereka perlu sokongan untuk itu.. teringat jasa guru tahun 80-90-an dulu.. aku jadi rindu.. dan turut bersemangat mencontohi.. tapi (ampuni aku ya allah kerana masih bertapi..) suasana semasa sedikit memperlahankan usaha itu.. tapi aku yakin Allah akan kuatkan aku.. selagi mana aku sedar bahawa setiap kita perlu bersikap adil dan bertanggungjawab.. kuatkan semangat.. katamu mahu jadi sang murabbi ;)
belum tonton.. baru mahu mula.. :) yuk!!
No comments:
Post a Comment