Sunday, March 10, 2013

Antara Yang Terindah

Akan kekal rahsia
Tapi takkan lama
Lambat laun pasti kamu jua akan dimaklum :)

Rahsia cuma di sini ;)
Di ruang maya yang satu lagi.. lebih terbuka tapi.. anonymous

Dua hari yang lepas.. antara yang pertama.. sukar diproses otak, kan? :) Ehhe.. biarlah rahsia.. Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Tidak dia hadirkan semua ini, tersia-sia..

Wednesday, February 6, 2013

Sejenak Di Persimpangan

Di persimpangan antara dua pilihan..

Ya bersangka baik
Tapi perlu ada sedikit perubahan pada tindakan.
Baru tadi baca.
Mahathir kata. Melayu perlu berani untuk merdeka.
Kita perlu berani.
Bukan Melayu sahaja. Sebagai manusia juga.
Muslim, apa lagi.  Beranilah untuk merdeka.
Maafkan aku, Ya Ghaffar.
Aku berkata menurut fikiranku saja.

Mereka mungkin salah anggap.
Usah dimarah.
Hati mereka rahsia mereka.
Hati kamu rahsia kamu.
Hati aku, peti rahsia antara aku dan tuhanku.
Siapa saja boleh bersangka.
Tapi tak siapa yang pasti.

Yang aku tahu.
Jalan hidup yang sedang dilalu ini tiada jaminan sentiasa kan lurus tanpa halangan.
Pilihan pasti perlu dibuat.
Dan ini bukan akhirnya.
Mungkin saja membuka peluang baru.
Siapa tahu? Hanya Dia.

Allahua'lam.

***Azan Maghrib. Let's answer His call :) Allahu Akbar..

Monday, February 4, 2013

Sangkaan baik kadang mengecewakan..

Sering pilih untuk bersangka baik. Walau selalu juga hati ni cenderung menurut bisikan yang sesat jalannya. Biasalah manusia. Tapi selagi diberi peluang bernafas menikmati hidup bertuhan, cepat juga tersentak. Istighfar. Inilah takdirnya.

Akhiran kepada sangkaan baik kita mungkin disalahtafsir manusia. Mungkin juga sendiri yang salah tafsir. Manusia.. Imannya berbolak balik. Hmm.. Iman atau hatinya..? Betulkah manusia juga yang menentukan akhirannya..? Hati ini meyakini.. "TIDAK"

Bukan manusia penentunya.. Kita mungkin salah, selalu juga terperasan betul.. Tapi yakinkah apa yang betul atau salah yang dicatit oleh malaikat di kiri kanan ini seiring dengan betul atau salah sangkaan kita..? Allahu a'lam..

Aku cuma bertindak. Berusaha. Hati ini Allah yang pegang. Gerak hati ini Allah jua yang tentukan. Kamu buat aku gusar, aku buat kamu gusar.. Allah juga yang izinkan.. Jangan perasan sendiri.. Ini ujian, buat aku dan kamu. Tak usah berkira siapa betul, siapa salah. Yang menghakimi cuma Dia. Kita sama-sama hamba. Sama-sama punya dosa.

Jadi pesanan untuk diri terutamanya.. Berusahalah.. Allah will do the rest.

Saturday, February 2, 2013

Dia ayahku..

Kasih ayah tiada banding
Tapi nyata tidak melebihi kasih AlRahman pada hambaNya
Namun kasih ayah dariNya juga kan
Memberi tanpa perlu diminta
Mendengar tanpa bicara
Sentiasa tahu bila diperlu
Terbukti satu persatu
Allah, pelihara dia.. Aku mohon

Sebak
Menuju senja, mungkin tingkahku lain dari biasa. Disogok masakan yang enak-enak pun tak laku. "Angah naik dulu, penat hari ni. Nak tidur jap. Malam nanti Angah turun balik." Sampai sudah, aku tak turun. Lena.

10:30pm marah bila lampu bilik dipasang. Amir kejut suruh makan. Ayah kirimkan nasi goreng. Panas lagi, beserta teh o ais limau..

Dia ayahku..

Wednesday, November 14, 2012

Rezeki Maal Hijrah. Alhamdulillah..


Rezeki Allah beri. Bahagia ini juga rezeki. Dia yang beri. Dugaan yang berlalu juga rezeki. Kita ambil sebagai bekal untuk melangkah ke hadapan. Sahabat juga rezeki. Mak, ayah, adik-beradik juga rezeki, yang menjadikan kita sebagai diri kita yang sekarang. Baik atau buruk semuanya rezeki dari Dia. Pokoknya kita sendiri yang wajib mencari hikmah dari setiap satu perkara yang Allah rezekikan.. 

Melangkah ke tahun baru.. Aku mohon sajikan aku dengan yang baik-baik. Yang pahit takpe.. Asalkan yang menyembuhkan seperti ubat.. atau.. lebih baik DIAM.. :) 

Datangi aku dengan niat mendorong aku menjadi #akuyanglebihbaik. Aku doakan untukmu kebaikan yang berkali ganda dari tuhanmu.. Agar sama-sama kita mendapat redhaNya.. Agar dinoktahkan tugas kita di bumiNya ini dalam keadaan baik.. 

Salam Maal Hijrah buat semua. 

Monday, October 29, 2012

Building a beautiful mind..


Is it a hard process? Or is it not? 
Just spare spaces for good things and never let the bad things come closer.

A struggling is in need. Everytime. No one helps if it is not from Him. You walk the path alone at the startline. But no one tells if at the end of road, you will be holding hands.

All from him. Possibilities in every options. Bismillah. Grab His love and mercy. We will be fine. Insyaallah.

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Mendoakan kesejahteraan dan kegembiraan buat semua. Ambil kesempatan cuti panjang kali ini mengeratkan, juga menghubungkan kembali silaturrahim sesama kita..

Buang yang keruh, ambil yang jernih.. Tak selamanya kita akan berada dalam situasi ini. Biar suka mahupun duka..

Selagi hidup sebagai manusia/hamba kepada tuannya yang satu itu.. Kita pasti akan terus diuji.. Berbahagialah dengan ujian itu.. Sesungguhnya Dia sangat hampir, memberi perhatian.. :)

Allahu Akbar!


Press