Thursday, March 5, 2009

Alang’s new obsession

Bismillah...

Aku pernah digelar tak normal oleh adik²ku bile kutakan aku jatuh hati pada benda yg secara logiknya tidak hidup. Tapi tak pula aku serik menyatakan kebenaran ini. Biar apa jua anggapan orang, aku percaya setiap yg wujud fiziknya, punya nyawa –in a way :) lebih lagi sesuatu itu biasa berdamping dengan diri. Seperti mana kenderaan yang diguna sehari². Ade kejadian yang tak dapat tidak, boleh dijadikan bukti akan kebenaran ini. Tp mungkin juga suatu kebetulan. Tidak mungkin aku sangkal.

Alang – pernah miliki kriss yang menjadi harta pertamanya. setelah beberapa tahun menjadi tunggangan harian ke kelas, ntah bagaimana terlintas di fikran untuk miliki motosikal jenama lain. Instalment belum pn habis dilangsai dah berangan nakkan yg lain. Nak dijadikan cerita selang beberapa minggu, motornye di rembat oleh manusia tak berakal di dalam kawasan UM. Namun tindakan pantas alang dan sekutunya membantutkan usaha si penyamun yang tak cukup pengalaman tu. Malang si penyamun, motor tersebut kembali kepangkuan tuannya semula. Namun nyata kebahagian alang bersama kriss kesayangan tak bertahan lama. Mungkin kerana jodoh tak kuat (ataupun ketidaksyukuran alang telah mengguris ‘hati’ kriss), sekali lagi, kriss di culik (atau..menyerah diri untuk diculik..? ;p), dalam jarak waktu sesingkat 30 minit. Di kawasan flat bukit angkasa, disitulah kali terakhir alang melihat kelibat kriss kesayangn. Huhu.. pemergian kriss memaksa alang dalam masa singkat perlu mendapatkan pengganti kerna situasi pada masa tu memerlukan alang bertindak demikian. Pengganti kriss adalah sebuah (atau seekor? :D) panther yg nyata lebih memeningkan kepala. Fuel sucker. And maintenance…? Uhhu sosak dado. Nah, akibat tidak bersyukur :)

Bancik – sepanjang belajar di politeknik, ayah beri kebenaran untuk dia membawa kancil, bagi memudahkan pergerakan (beruntung budak² sekarang. Aku dulu, tahun kedua baru miliki pengalaman merempit ke kampus. Zen, pembonceng setia tak kire hujan atau panas…). Cerita bancik, kancil ayah tu perlu dimandikan selang 3-4 hari sekali. Gagal berbuat demikian, poket mesti kering. Ada saja yg perlu diganti. Ada saja ragam perlu dilayan. Disebabkan karenah kancil yang boleh dijangka, maka bancik perlu mengikut rentak. Mandinya perlu konsisten. Mane taknya, kedudukan poli sultan idris yg agak² strategik untuk sesi pembelajarn (29km perjalanan melalui kampung yang permai dari pekan) bakal memberi masalah sekiranya sang kancil terguris hati. Ehhe.. dan sepanjang 3tahun kehidupan bancik kat sana, kancil has been a good companion to its thoughtful temporary master. Tak salahkan klu kutakan yang tak punya nyawa juga punya perasaan?

Obsesiku. Sebelum aku bercerita tentang obsesi baru alang. Hati aku telah jatuh pada camera sejak aku miliki satu (olympus dengan ciri asas sebuah digicam) semasa jalani tempoh pengajianku di kustem. Tanpa fungsi optical zooming, aku suda cukup berpuas hati dengan ciri digital zoomingnya (ehhe teringat akan kelas Data Image Processing). Apa yang penting, ia dapat mengabadikan kenangan suka duka pahit manis aku bersama teman dan alam. Tanpa ketepikan kepentingan kamera pertama milikku, aku berusaha miliki sebuah lagi (kini nikon dgn ciri yang sedikit lebih baik dari olympus pertamaku) untuk kepuasan diri (disamping memberi peluang kepada adik² menanam minat yang sama –ternyata mereka juga mempunyai bakat dan subjek yang tak kurang hebat :)) percaya atau tidak, ke mana jua aku pergi, salah satu atau keduanya, sentiasa di sisi. Walau sedang memandu pn, kiranya ada subjek yang menarik minatku, tidak akan aku sia²kn ia. Seperti ini:

Dalam perjalanan penuh syahdu ke office. Pagi yang indah melalui npe.


Juga semasa dalam perjalanan balik ke teluk. Kejadian berlaku di kesas.

Sekarang, aku bergantung dgn CSL ku. Nikon kini perlu dibaiki. And ths has been the tragic reason:


His mother yang gesa aku untuk capture ni. Ths got to be nikon's last shot when the battery went empty. Cepat aku replace ngan battery yg then, tgh charging. Mgkin of the heat. Skrin went blank uhhu…tu la, tak baik aniaya budak. I guess nikon also tak setuju dipergunakan seperti itu, and tak setuju denagn kenakalan kami. Sori ye cousin, if not because of ur mother yg gila² tu, kak ngah tak kan wat cam tu and risked my nikon (..and aku hampir gila kerana kehilangannya ehhe ;p).

Skang aku masih dgn obsesi ni, Cuma kini ditemani kembali olympus pertamaku dan CSL. Low res, tapi masih boleh diharapkan. Tggu la bila ada bajet nnt baru kuhantar nikon utk dibaiki. Beli yg baru? Nnt dulu, padaku nikon masih lg boleh mencurah bakti, cume kini ia sedang kuberi rehat yg panjang :).

Obsesi alang yang terbaru? Ya, mengikut jejak si angah.. die juga kini denagn fotografi, cume lebih agresif. Terus bermula denagn sebuah slr olympus for a beginner. Yeay…bole tumpang senang :D sudah lama kuimpikan….lallalala…kini aku sedang mengupdate flickr sebelum bertemu yg lebih bagus (givin him my 100% unconditional? support –ehhe I doubt)… sedang juga mencuba picasa, photopages…dlm proses pemilihan…any recommendation??

3 comments:

  1. ~~ AI for Angah Irnie or Artificial Intelligent??ihi...
    ~~merempit bsama2 nikzu,bazu,kak azie.....

    ReplyDelete
  2. thanks ano.. been there :)
    ..yeah very inspiring. thanks

    ReplyDelete
  3. beloved PGT :) thought so ehhe..
    AI may represent ape je yg baik² k ehhe..
    Adobe Illustrator pn layan gak ;p

    ReplyDelete

Press