Wednesday, March 11, 2009

dari fikiran seorang aku..

Bismillah..

Kecewa. Bagi aku ni satu cabaran yang kita perlu sama² sahut. Tp kebanyakan dari kita berpendapat ia satu cara yang bakal membunuh Bahasa Malaysia yang kita sayang. Jgn jadikan isu pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris sebagai faktor utama kepupusan Bahasa Melayu kerana kita sebenarnya lebih banyak menggunakan Bahasa Malaysia. Aku terlibat dalam penerbitan buku-buku sekolah utk pasaran Malaysia turut terpaksa berdepan dengan masalah penggunaan Bahasa Malaysia dalam subjek Bahasa Malaysia itu sendiri. Sehingga terkadang kumengeluh, mengapa susah benar memahami/ menggunakan Bahasa Malaysia yg menjadi bahasa ibunda… yang menjadi bahasa pertuturan harianku ini, sehingga saban tahun ada saja yang berubah?

Andai saja anda tahu/ perasan.. dalam 2-3tahun kebelakangan ini pemilihan untuk menggunakan istilah BAHASA MELAYU atau BAHASA MALAYSIA sudah beberapa kali menjadi isu, namun ia kurang diambil perhatian. Lihat sajalah, hanya dua perkataan, sudah bisa memeningkan kepala. Contoh lain; ‘bahagian ini mengandungi n soalan…’ dan ‘bahagian ini mengandung n soalan’. Pernah berdepan perbezaan ini?? Mahu lagi? ‘baharu’ dan ‘baru’... -masih mahu bereksperimen atau apa?

Berpijaklah di bumi nyata, bukan niat mengangkat bahasa asing, tp sebagai insan yang pernah bergelar (dan akan sentiasa bergelar..) pelajar, aku yakin, tak akan kita rugi walau sedikit pun jika terus diberi peluang menimba ilmu menggunakan apa bahasa sekalipun.

Andai ada yg tidak perasan atau terlepas pandang, kebanyakan subjek lain yg diajar masih menggunakan bahasa Malaysia: Bahasa Malaysia, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Biologi, Kimia, Fizik, Pendidikan Seni, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas… mana datangnya kerisauan yg diperkatakan, masih aku tercari². Malah aku berpendapat sudah seharusnya subjek sains spt Bio, Kimia dan Fizik turut di ajar dalam Bahasa Inggeris (maaf, hanya pandangnku). kerana bagiku bahasa hanya berperanan sebagai medium penghantaran ilmu kepada sang pencari ilmu. yang perlu dipelajari adalah faktanya, bukan 'literature' bahasa yang digunakan. cuma pendapatku lagi, subjek² sains ini lebih mudah dipelajari dalam Bahasa Inggeris kerana 'availability' sumber rujukannya.

Kebimbangan GMP ada asasnya. Dan aku hormati usaha dan perhatian yg ditunjukkan mereka. Namun aku juga punya pendapat sendiri. Bahasa Melayu sebenarnya perlukan Kesusasteraan Melayu. Satu-satunya subjek yg bagiku sebenarnya mengangkat kedudukan Bahasa Melayu. Yang mempersembah keindahan Bahasa Melayu. Coba tonton cherita² lama. P. Ramlee dan yang sewaktu dengannya... mungkin sebelum itu lg... Hikayat² lama?

Kiranya beban yg terpaksa digalas oleh pelajar menjadi kebimbangan, statistik sudah menunjukkan perkembangan yang baik utk kedua-dua mata pelajaran ini. Nah, kebanyakan dari mereka yang terlibat dalam hal ini berusaha mengikut rentak suatu anjakan yg baik dalam proses pembelajaran, dan telahpun menunjukkan hasil yang baik. Sekiranya ditangani dengan baik, peningkatan pasti positif. Mengapa graf ini perlu diganggu. Sekiranya alasan bahawa penggunaan Bahasa Inggeris menyukarkan sebahagian pelajar utk memahami dengan baik, di sinilah usaha dan kebijaksanaan para pendidik sejati dituntut. Kebijaksanaan dan idea utk menjadikan apa jua subjek yang diajar lebih menarik. Ciptakan suasana dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang 'fun' utk mereka. BANTU, BIMBING, dan SOKONGLAH mereka. Jangan pandang rendah akan kebolehan anak-anak ini. Andai ada yang terlupa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Aku, tak pernah berpeluang belajar di sekolah harian biasa. Bersekolah di sebuah sekolah asrama penuh, alhamdulillah segala kebajikan dan kemudahan pembelajaran sangat lengkap dan terjaga. Terima kasih kerana adanya jadual harian yang ketat ;) Matapelajaran Matematik dan Sains masih diajar dalam BM. Isu begini mungkin tak timbul dalam diri pada waktu itu, namun aku punya adik² yg belajar di sekolah harian biasa. Ada beberapa perbezaan yg kulihat yg memungkinkan pelajar seperti adik² hilang minat untuk belajar dan aku sedikit marah jika terpaksa memikirkannya. Berdepan dengan perbezaan kualiti, kredibiliti seorang guru dulu dan kini. Maaf, hingga saat ini aku masih lagi dipersembahkan dengan 1001 kepincangan ciri seorang guru yg punya tanggungjawab mendidik pemimpin masa depan. Tak dapat kuberikan penghargaan yg sama seperti mana yg telah kuberikan kepada guru-guru yg bertanggungjawab mendidikku dulu. Namun tidak pula aku nafikan kewujudan guru² yang sememangnya ikhlas terlibat dalam profesion perguruan. Jangan jadikan profesion ini sebagai alternatif. Jalankan tanggungjawab ini dengah HATI. Terima kasih. Masih lagi aku berterima kasih atas ilmu yang telah dicurahkan buat adik² dan generasi muda kini.

Sekiranya isu ini menyentuh hal perlembagaan, maaf… Belum lagi aku layak memperkatakannya secara ‘whole’. Tapi sekiranya, yang dituntut dalam perlembagaan itu seperti ini… “Bahasa Malaysia sebagai bahasa yang menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini”. Tolonglah tunjukkan, di mana rasionalnya isu perpaduan ini dikaitkan dengan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris? Belum ada lagi kes yang dilaporkan di mana wujud pergaduhan di antara kumpulan pelajar yang memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa India, (..atau lain-lain bahasa masing-masing). Kerana walau apapun, Melayu, Cina, India, Bumiputera -kita sudah pn menjadi satu bangsa Malaysia yang hebat, yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam 1001 bahasa.
Ape pn, aku anggap setiap yg kita lalui, selagi nyawa dikandung badan adalah cabaran. Hidup ni perlu cabaran untuk kita (atau aku saja?) berasa lebih ‘HIDUP’. Jadi kuanggap isu ini juga suatu cabaran dan tak sepatutnya kita sia-siakan. Asal saja cabaran itu tidak mendatangkan mudarat.
Kini aku tertanya-tanya kpd siapa pn tidaklah ku tahu… andai benar berkeras mahu kembali menggunakan Bahasa Malaysia utk subjek yang menjadi isu, kenapa tidak dicadangkan menterjemah (cukupkah sekadar menterjemah?) kebanyakan rujukan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia secara serius? Dan teruslah berharap agar rujukan yang ditulis dalam Bahasa Malaysia (hasil terjemahan...;p) akan mendapat perhatian bangsa asing untuk dirujuk. Belum dapat lagi kulihat USAHA yg SERIUS utk mengatasi masalah kekurangan rujukan ini, selain isu penghasilan tesis yang diketengahkan (tesis yang buat masa ini bilangannya amatlah kurang -untuk rujukan pelajar sekolah?). Sinis atau Cabaran? :D

Ape pun kesudahannya isu ini nanti, aku sangat berharap agar apa saja yg diperjuangkan oleh siapa saja.. akan mendatangkan hasil yang baik. Berbeza pendapat itu tiada salah, tp perlu rasional bila perlu menghadapinya. Jgnlah keterlaluan, takut nanti terserlah kebodohan di sebalik kebijaksanaan (maaf terkasar bahasa) Pendapatku, kebanyakan kita sebenarnya bukan bimbang akan kedudukan Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia yg bagiku teguh dan tidak mungkin akan tergugat dengan isu ini, tapi lebih kepada perasaan takut berdepan cabaran.. takut pada yang tak sepatutnya… kerugian yg sangat besar, sayang…
bukan payah nak susah, tak juga mudah untuk senang...

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakitlah dahulu, sebelum senang kita kemudian :)

**
Aku,
Seorang Melayu yang sangat Melayu.
Jgn nafikan kemelayuanku…
Jgn langsung diusik kemelayuanku…
Aku,
Bangsa Malaysia yang sangat merdeka…
Jgn pertikai kemerdekaanku…

2 comments:

  1. aku ske ng pndpt ko ni. aku pn pnah gak sembang2 psl topik ni mase lpk2 ng cikgu hilmi, cikgu azril, cikgu jai n 2-3 org mmbe len. cm2 pndngan yg keluar tp 3org cikgu ni sume sokong usul penyampaian dlm b.melayu n aku ng mmbe2 yg len sokong english. jd kesimpulan aku kebanyakan cikgu2 skang ni cume nk idup snang mkn tdo mkn tdo je. pe nk jd ng murid2 lantak dieorg la. aku rase2 la. ^_^

    ReplyDelete
  2. thanks :p cume luahkan ape yg kurasa, berdasarkan pengalaman, pemerhatian... ape yg ko kate pasal ckg² skang tu pn mmg jadi pd adik aku...xterima bulat² apa yg adik² ckp sbb sbg yg dewasa perlu adil dan lebih rasional...so aku pi skola my brother utk figure out sendiri...
    hasilnye: dlm kes adik aku tu..mmg die tak menipu...tp,aku percaya masih ada golongan pendidik yg betul² ikhlas bukan sekadar MENGAJAR tp juga cuba BELAJAR... peace ;)
    **yan eh?

    ReplyDelete

Press