Saturday, April 17, 2010

Buat Mak, Ayah, Cikgu..

What a wonderful world of education would we have for the children.. Buat apela menuding jari. Mangsanya siapa?

Parents-teachers,
Sayangkan professional ego.. Atau sayangkan masa depan si cilik penghuni syurga tu? Bukan niat berpihak kepada siapa, tp pilihanku pada si cilik tu. 

Teringat kenangan waktu awal pengalaman mengenali strangers. Yang kemudian menjadi kawan. Cerita mak. Mulanya aku dihantar ke sebuah tadika Methodist kat jalan gasing. Tepi federal hi-way. Masih angah ingat, mak ayah seronok belikan gown warne warni :D mase tu xde uniform. budak² datang skolah sume pakai gown or skirt. Pegi ayah anta. Balik kadang cik lan yg amik. Ape yg angah tau memang seronok ke skolah. Selalu bersemangat. Tp..

Tp mak ng ayah tak seronok. Sebab kate ayah ng mak, angah kerap dipinggir cikgu. Sebab tak paham bhs inggeris. Maklum je, kat umah cakap melayu. Sikit pn tak tau bhs inggeris. Masa tu umur angah 6 thn ok. Apela yg cikgu² ni jangkakan? Angah tak nampak ape yg mak ng ayah nampak. Yg angah tau cume seronok pi skolah. Pastu mak keluarkn angah dr sane. 

Mak registerkan angah kat kemas, kg kerinchi. Blok ape ntah. Tak ingt name tp angah ingat lg kat mane tadika tu. Tp skrg da takde kot. Mgkin da pindah. Kat situ, angah antara pelajar yg selalu dapat hadiah ehhe. Sedihnya, angah tak ingat sape cikgu tadika angah tu. Ape pn angah nk ucap banyak sgt terima kasih sbb nampak potensi kami, tak menidakkan hak kanak² mcm angah dulu utk terima pendidikan yg sama rata. Semoga penghargaan ni tercatit dalam ‘buku’ cikgu nnt. Sbb ilmu yg cikgu ajar dulu, skrg angah berpeluang buat perkara yg sama cikgu buat utk angah dulu. From zero to where I am now. Semoga Allah berikan rahmat yg besar kpd cikgu! (sepertimana angah mengharapkan yg sama).
An Nisaa' 4:9. Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar 
Terima kasih gak kat tadika Methodist tu, sbb klu tak kerana layanan yg tidak adil itu dan pernah menjadi mangsa, tak mungkin angah nampak bahawa menjadi guru itu satu ‘tanggungjawab’ bukan sekadar profesion.

And terima kasih yg tak terhingga jugak kpd mak ng ayah, sebab hantar kami ke sekolah (pagi-akademik, petang-agama). Timba ilmu yg mak ng ayah tak dapat nk bagi masa kami sibukkan masa dgn bermain/bergaduh adik beradik kat umah. Dan semoga jugak dgn amalan tu, pahala mak ng ayah bertambah dgn amalan² yang mendatangkan pahala yg kami (anak-anak mak ng ayah) buat. Sebab tu jugak, angah cuba buat yg terbaik utk anak² orang lain, supaya bila sampai hari yg Dijanjikan tu nnt, mak ayah akan dapat syafaat daripada ilmu yg angah smpaikan kat dorg. Amiinnn..

Lagu ni angah dedikasi utk mak ngan ayah. from Glenn Fredly - Sekali ini Saja
Bersamamu
Kulewati
Lebih dari seribu malam

Bersamamu
Yang kumau
Namun kenyataannya tak sejalan

Tuhan bila masih ku diberi kesempatan
Izinkan aku untuk mencintanya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini
Hidup untuk sekali ini saja

Bersamamu
Kulewati
Lebih dari seribu malam

Bersamamu
Yang kumau
Namun kenyataannya tak sejalan

Tak sanggup bila harus jujur
Hidup tanpa hembusan nafasnya

Tuhan, bila waktu dapat kuputar kembali
Sekali lagi untuk mencintainya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini
Hidup untuk sekali saja…

No comments:

Post a Comment

Press