Friday, April 23, 2010

Sex, to be teached in school?


Uhmm.. not necessary. Melihat kepada sebab kenapa isu ni tiba² jadi hangat. Tak lain apabila kita sudah mula membaca keadaan masyarakat kita sekarang secara serius, maka kita jadi risau. Bukan saja dengan kes buang bayi yg semakin menjadi², dera kanak², malahan masyarakat (yang kononnya beragama) sekarang diserang pelbagai penyakit sosial yg kronik. Sangat kronik!

Melentur buluh biar dari rebungnya. Seperti juga kita, manusia, perlu diberi didikan agama dari awal zaman kanak² lagi spy bila meningkat dewasa dah ada foundation yg kukuh utk menjadi perisai dari serangan penyakit sosial (hasil bisikan syaitan) seperti yg di depan mata kita sekarang. Dan untuk hidup beragama, tidak boleh tidak, kita perlukan 2 perkara ini, yg telah Muhammad SAW wasiatkan kpd kita iaitu, Quran dan Sunnah Rasul

 Kalau bicara tentang agama, rasanya tak patut wujud istilah lewat untuk kita mulakan, tak kira pd peringkat umur yg mana pun. Sebab Allah itu, Maha Pemurah, Maha Penyayang (antara 99 sifat Allah). Asal je kite nak dekatkn diri dengan Dia, insyaAllah.. kita takkan dibiar terus sesat.

Al Baqarah, 2:269. Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).

Jadi bila isu pendidikan seks di sekolah menjadi bualan, angah terpanggil utk menyatakan rasa kurang setuju. Demi Allah bukan kerana akan bertambah tanggungjawab utk membuat anak² ini faham tentang isu yang satu ni, tp angah rasa kalau asas agama pn tak cukup kuat di dada anak² ni, curahlah sebanyak mana pun ilmu tentang itu, mampukah dia gunakan ilmu itu dengan cara yg sepatutnya?

Dari kerusi yg angah duduk sekarang ni, melihat keluar dari jendela yg angah pilih ni, dari sini angah mendapat pelajaran tentang didikan awal kanak² yg ibaratnya kain putih ni. Tentang teladan dari ibu bapa dan guru yang bakal mencorak peribadi anak² yang masih naif ini. Yang tersangat penting untuk diberi perhatian adalah tentang akidah (pegangan). Dan kita sama² bertanggungjawab atas apa yang perlu disampaikan kepada anak² ini. Dan bagaimana kita perlu bina kefahaman tentang apa yg disampaikan kepada mereka. Dan apabila penyampaian ilmu itu diberkati, insyaAllah mereka akan mampu menyampaikan pula.

No comments:

Post a Comment

Press