بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
- Islam bukanlah satu agama yang mengharamkan segala bentuk kegembiraan dan hiburan dalam hidup manusia
- Tumpuan hidup insan bukan kepada hiburan, tetapi kepada mengabdikan diri kepada Allah
- Pandangan cetek tentang hiburan boleh menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam
- Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan
- Hiburan juga ada disiplin dan batasannya
- Seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun dia secara individu mungkin tidak menggemarinya. Hendaklah amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini.
- Di samping tidak wajar hidup ini disibukkan dengan hiburan sehingga melupai tujuan hidup yang sebenar. Hiburan hanya diambil dengan kadarnya sahaja, jangan dijadikan tumpuan hidup. Jika dijadikan tumpuan sehingga melupai tanggungjawab Islam, maka hiburan itu akan membawa kepada dosa dan maksiat kepada Allah.
No comments:
Post a Comment