Salam semua,
Thanks to sender, dinda for the sharing..
(part of email attached at the bottom of entry)
Maaf kalau ada tersalah faham dgn niat sy.. and kalau ada yg tak betul (itu 100% kelemahan sy), mohon dibahaskan dengan perkataan yg baik.. spy sama² kita dpt manfaat..
بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
uhmm.. ni sekadar pandangan, sy pn tak punya ilmu yg banyak utk lebih banyak bincangkan tentang hal ini.. tp ada yg sy nk kongsi.
Dari surah Al Muzammil (Orang yg Berselimut)
Surah ketiga diturunkan sesudah Al Alaq, Al Qalam
PETUNJUK-PETUNJUK ALLAH KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W. UNTUK MEMPERSIAPKAN DIRI DALAM BERDAKWAH
Kewajiban shalat malam atas Nabi Muhammad s.a.w.
1. Hai orang yang berselimut (Muhammad),
2. bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari[1525], kecuali sedikit (daripadanya),[1525]. Sembahyang malam ini mula-mula wajib, sebelum turun ayat ke 20 dalam surat ini. Setelah turunnya ayat ke 20 ini hukumnya menjadi sunat.
3. (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit.
4. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.
5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat.
6. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
7. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).
8. Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan....
20. Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, karena itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Macam mana ya?? uhmm.. sy petik drp terjemahan [klik] al-quran digital yg sy install dlm mi lappie.. setelah menyedari yg selama ini sy sibuk mencari pahala membaca al-quran dgn tajwid, (sambil mencuba sedikit taranum ehhe) tanpa menjadikan al-quran itu sebagai hudan/huda (petunjuk), macam manalah sy nk jadikan quran sbg petunjuk kalau tak faham maksud? maka kini saya sedang berusaha memahami spy sy boleh memfungsikan kitab yg selama ini dijunjung :) dan dlm hal ni sy tidak melakukan sendirian.. sbb..
An Nahl 16:43. Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,
Al Anbiyaa' 21:7. Kami tiada mengutus rasul rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.
berbalik kpd soal penggunaan istilah solat/sembahyang.. apa yg penting nawaitu (sahaja aku..).. kalau selama ni kita solat/sembahyang, ..kerana Allah taala.. maka sebenarnya siapa yg tentukan amalan solat/sembahyang kita diterima/tidak?
At Taghaabun 64:4. Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati.
spt yg dinyatakan awal² td, ilmu sy terlalu sikit dlm bab agama ni, nk mengulas lebih pn takut tersalah pulak, jd sy biarkan ayat² Allah tu berjalan sendiri.. tak pernah berubah dari dulu lg..
dan satu hal lg, ini pandangan bersifat peribadi jua, selagi kita faham tujuan kita melakukan sesuatu yg baik tu, disertai niat yg betul, dan tawakkal, insyaallah nikmatnya akan dapat kita rasa..
istilah itu ciptaan manusia, (malah terjemahan ini juga diusahakan oleh manusia.. yang ingin menyampaikan suatu naskhah yg wajib kita amalkan kandungannya, suruhan mentauhidkan Allah) yg penting sejauh mana kita nk 'manipulasi' apa jua istilah ciptaan manusia itu (dalam bahasa yg kita sendiri faham) ke jalan yg diredhai Allah.. Allah Maha Mengetahui segala isi hati.
والله اعلم
THE E-MAIL
Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."
Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."
Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."
Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."
Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya
Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
kita diciptakan hanye utk beribadah padanye terpaling utama SOLAT!
ReplyDeleteyup, yg penting niat kite tu nk sembah ALLAH s.w.t.. tp lbh manis klu kite gunekn pkataan solat kn.. =)
ReplyDeletehanya nk kongsi.. komen sy di blog seorg rakan blogger, saudari erna masih isu 'solat atau sembahyang..'
ReplyDelete-------------------------------------------
istilah lg yg jd isu ye.. :)
persoalan: perkataan sembahyang TIDAK digunakan seDUNIA ;) hanya di nusantara perkataan itu digunakan..
Quote | Org Buddha pergi ke tokong, Org Hindu pergi ke kuil dan Org Kristian pergi ke gereja mggunakan istilah “SEMBAHYANG”
betul ke istilah yg mereka guna 'sembahyang'..? semua mereka berbahasa melayu/indonesia?
apa pn sy percaya, semuanya bergantung kp niat.. setiap kali solat/sembahyang pn kita telah berniat bhwsanya apa yg kita hendak lakukan itu hanya kerana allah.. jd kpd allah sahaja kn..?
maafla. cuma pendapat dr seorang yg 'BUKAN PAKAR BAHASA' ;) klu ada yg kurang selesa, sy mohon jgn simpan dlm hati ye..
cuma tertarik berkongsi dr laman emjay panjang lebar huraian, dgn situasi sekali:
Nabi telah bersabda mafhumnya:
“Katakanlah : “Setiap orang itu beramal menurut bentuk kehendaknya”
yang bermaksud seseorang itu membuat sesuatu perkara menurut apa yang menjadi niatnya dan bukan sebaliknya. Apabila seseorang berniat nak duduk, maka ia akan berusaha untuk duduk. Apabila seseorang ingin berjalan maka ia pun berjalan. Pokoknya setiap perbuatan adalah berdasarkan kepada niat .. Adakah terdapat mana-mana perbuatan yang dilakukan tanpa niat?? Sebenarnya setiap perbuatan dimulakan dengan niat, lain dengan perbuatan mengigau waktu tidur dan perbuatan tidak sengaja seperti tersepak kaki orang sewaktu kita berjalan. Mengigau dan tersepak kaki orang ini adalah perbuatan yang dilakukan tanpa niat.
sekian.. wassalamualaikum.. :)