Saturday, December 31, 2011

tuhan..

assalamualaikum.. :)

malam ni.. penuh dengan fikiran. macam-macam. tentang cuci kaki masuk ke dewan yang bakal kusyurgai agar terpaut hati anak-anak itu kekal di dalamnya, tentang kata-kata yang kurang baik yang ternyata menjadi doa tidak termakbul.. membuat aku sangat bersyukur dan mahu terus usaha baiki diri.

ya tuhan.. aku berdosa.. namun tak banyak yang kulihat, yang aku nikmati melainkan lebih banyak rahmat yang kau tebarkan sepanjang jalan yg telah aku lalui dan laluan yg bakal aku jalani. ya allah rasa ini.. rasa semanis ini.. ku pohon agar kau letakkan juga ke dalam hati insan-insan yang aku sayang dan juga di hati insan-insan yang turut menyenangi aku..

HAJAR. ampuni aku ya ALLAH.. kerana telah berburuk sangka.. namun telah KAU sedarkan aku secepat ini untuk melihat potensi sesusuk tubuh kecil itu utk menjadi lebih baik dari yg dulu.. doaku, semoga kau terus menebarkan rahmatMU ke atas dia.. semoga dia membesar menjadi wanita solehah untuk selayaknya dicontohi oleh saudaranya yang lain.. segala puji bagiMU..

ya tuhan.. sebagaimana dia memberi senang dan rasa bahagia ini kepada kami.. KAU bahagiakan dia ya ALLAH.. mudahkanlah urusannya.. jauhi kami dari godaan dan bisikan syaitan yang direjam.. jauhi kami dari fitnah.. sesungguhnya KAU MAHA MENGETAHUI segala yang tersurat juga tersirat dari usaha yg kami lakukan..

3 comments:

  1. pabila baca setiap inci catatan ini,walhal sudah kuketahui lenggok bahasa,jiwa ini merusuh cemburu,kufikir inilah nilai setiap keikhlasan yg hadir dari budi yg luhur seorang penulis sejati..irnie sharima basir ^-*

    ku ucapkan,selamat maju jaya untuk lembaran tahun masihi 2012..

    ReplyDelete
  2. `pabila baca setiap inci catatan ini,walhal sudah kuketahui lenggok bahasa,jiwa ini merusuh cemburu,kufikir inilah nilai setiap keikhlasan yg hadir dari budi yg luhur seorang penulis sejati..irnie sharima basir ^-*'

    hamba punya rasa yg sama sperti pengkomen diatas..

    ReplyDelete

Press