Thursday, July 29, 2010

runsing aku runsing..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

sy tertarik nk habiskan bacaan sy pd entri saudara Long Haffiz Long Hassan. Thanks for the entry, dan sy juga dah memberi sedikit komen, deep inside, sy komen dgn emosi juga, tp Alhamdulillah sy rasa, telah mendahulukan akal sebelum emosi :)

saya pula tak runsing sgt pasal orang melayu.. sbb by being a true melayu pn tak bawa kita dekat dengan Pencipta SELAGI tidak berusaha menjadi muslim yg sejati kn? InsyaAllah, demi AGAMA kita akan bersatu, tp melihatkan MELAYU sekarang, melayu yang macam mana ye yg boleh menyatukan kita? 

Urm kamu! ye, kamu yg sedang baca entri sy ni.. cube sekejap je, perhati sekeliling kamu.. kamu rasa akan selamat dalam dunia ISLAM yang bersandarkan Al-Quran dan Sunnah Rasul (sepenuhnya) atau dunia MELAYU yg berlandaskan.. ape ye..? sekarang??

erk.. ape pn sy masih melayu, dan saya harap saya membawa contoh/peribadi yang baik utk bangsa Melayu yang teguh dengan Islam. dan sebagai insan yang sgt normal, kelemahan, kekhilafan masih temani saya.. 

berharap sangat entri ini mencambahkan fikiran yang lebih baik antara kita, dan Allah Maha Mengetahui. Amiinnn.. 

Wednesday, July 28, 2010

sedang menjaga emosi..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

sedang tenggelam dalam kesunyian yg dicipta sendiri
sedang menghindar dari lambakan emosi manusia yang sentiasa cuba menyapa
sedang cuba memikir yang tak sepatutnya difikir
sedang lari dari bondongan isu yang tak lelah mengejar
sedang cuba aman dalam dakapan resah
sedang mengeras dalam situasi remeh yang perlukan perhatian
sedang cuba berasa gembira dengan tawa yang mereka palsukan
sedang memujuk diri berasa ok dalam setinggi harapan yang disandar
sedang ketawa menabiri tangisan yang hanya hati dapat gambarkan,
sedang hanya Dia yang tahu
sedang menurut walau tiada daya agar terbias cahaya di wajah yang tersayang
sedang menelan pahit hempedu dengan rasa manisnya madu di ruang minda
sedang membenarkan apa yang sejelasnya kekok untuk dibenarkan
sedang berperang dengan kekusutan jiwa yang terlindung dek riak yang menenangkan
sedang melukakan sedangkan kau tak layak untuk dilukakan
hanya kerana proses ini..
merubah diri mengikut acuanMu..
sedang juga menjaga emosiku supaya emosimu tidak terganggu
dek suatu yang aku tidak mahu jangkakan..

Sunday, July 25, 2010

Aku sebatang pensel

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

100% BUKAN dariku.. cedokan dr blog saudari ferasavanila

Aku. Aku adalah sebatang pensil. Setiap kalian akan berkarya pasti kalian membutuhkan jasaku. Aku sama seperti manusia, sama-sama diciptakan oleh penciptanya. Manusia diciptakan oleh Tuhannya, Allah SWT, sedangkan aku diciptakan oleh si pembuat aku. Tuhan kalian memberikan pesan kepada kalian sebelum kalian dilahirkan untuk selalu beribadah kepada-Nya, menjalankan segala perintah-Nya, dan menjauhi larangan-Nya. Begitu juga aku. Sebelum aku dikemas dalam kardus kardus kecil, si pembuat aku pun memberiku pesan tentang tugas tugasku. Si pembuat aku mengatakan:


“Pensil, tugasmu yang pertama dan utama adalah membantu manusia untuk menulis, menggambar dan berkarya. Kamu boleh melakukan tugas, fungsi atau kegiatan apapun tetapi jangan pernah lupa dan meninggalkan tugas utamamu sebagai alat tulis. Kalau kamu gagal berfungsi sebagai alat tulis, maka...

Baca seluruhnya.. [klik²] --> http://voxivera.blogspot.com/

**and aku azalinya memang meminati pensel kayu -menulis dengan pensel kayu.. selalu kuperhatikan keindahan ciptaannya (walaupun suatu yg ringkas).. tiada tahu mengapa pensel kayu itu sangat bermakna untukku. Namun, kini setelah membaca artikel sahabat saudari ferasavanila membuka sedikit minda.. tentang kualiti, impak besar yg mampu sang pensel kayu berikan dari susuknya yang mungkin tak terpandangkan..

all is from Him..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
When times are hard, or at least complicated, you often get clues via seeming coincidences, wild dreams or the appearance of people who provoke certain unique emotions within you. Right now, it's up to you to figure out what it all means and what to do with the info. You know you can do it -- if anyone is an authority at unwinding such things, it's you, so go for it.

Saturday, July 24, 2010

Life After People

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

..maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya.. -Al Maidah 5:54
:) ntah knp masa asyik dgn video ni, teringat kat janji Allah yg ini.. teringat jugak kisah nabi Nuh dan bahtera yg dibina membawa sebilangan kecil manusia yg betul² beriman.. agaknya keadaannya macam ni selepas banjir besar dulu.. hancur semua.. kemudian bumi bermula dari zero, semakin indah, aman. tp kemudian akhirnya kita jua yg menjadi musuh.

apa pun ini imaginasi dan dari logik fikiran manusia.. namun ilhamnya masih dari sumber yang satu itu.. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati. 

Wednesday, July 21, 2010

Nyanyian dan Hiburan dalam Islam

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

  1. Islam bukanlah satu agama yang mengharamkan segala bentuk kegembiraan dan hiburan dalam hidup manusia
  2. Tumpuan hidup insan bukan kepada hiburan, tetapi kepada mengabdikan diri kepada Allah
  3. Pandangan cetek tentang hiburan boleh menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam
  4. Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan
  5. Hiburan juga ada disiplin dan batasannya
  6. Seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun dia secara individu mungkin tidak menggemarinya. Hendaklah amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini.
  7. Di samping tidak wajar hidup ini disibukkan dengan hiburan sehingga melupai tujuan hidup yang sebenar. Hiburan hanya diambil dengan kadarnya sahaja, jangan dijadikan tumpuan hidup. Jika dijadikan tumpuan sehingga melupai tanggungjawab Islam, maka hiburan itu akan membawa kepada dosa dan maksiat kepada Allah.

said so..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

said so..
that i will never be addicted to you
even my flesh and blood made fun of me when i decided to start committing
and i will definitely hold on to this, for the sake of --

but it really was a joy ride ;p
and still, life is a roller coaster [trail], just gotta ride it ;)
and i will deal with it [definitely will]
despite the subsiding excitement

pahitnya rasa baru saja terluah
yg memberatkan fikiran baru saja dilepas
senangkah hati??
belum pasti
tapi sedikit dari yang melelahkan itu, sudah berlalu..

terima kasih semua.. :D

Press