Wednesday, August 24, 2011

getting somewhere..

mula dari mana? emosinya berkecamuk sekarang.. tapi yang cerah menguasai kegelapan hatinya.. dia cuba masukkan lagi yang baik-baik. bersyukur, dia diletak dan dipertemukan dengan pelbagai 'jenis' manusia.. supaya mahu dia belajar sepanjang hidup.. selagi diberi peluang.. InsyaAllah..

dia perlu lupakan dan sedang berusaha lari keluar dari lorong yang bising dengan gelak tawa, indahnya sekadar duniawi yang akhir destinasinya GELAP.. dan untuk terus berkata-kata tentang kegelapan itu tidak menjadikan dia lebih baik.. dia perlu lupakan semua bisikan hati yang cenderung negatif..

dan perasaan benci yang telah sang pencipta letakkan dalam hatinya terhadap KETERLAMPAUAN manusia.. menjadikan dia apa adanya.. perasaan benci yang indah.. perasaan benci yang menjadikan dia lebih positif.. ماشاءالله

tepat waktu imsak, dia dikejutkan.. bukan oleh siapa, bukan jua dengan siapa.. tapi dia terjaga oleh sepi yang menyegarkan hati dan mata.. terasa sungguh disayangi.. diberi peluang mengambil berkat bersahur dengan 3biji kurma dan beberapa gelas jus oren.. ;) الحمدلله

hari ni dia awal juga ke sekolah.. yang ini sedikit membanggakan.. ;) mungkin dengan berkat 3 ulas kurma subuh tadi jadual yang padat terasa sangat membantu emosi..

and hadirnya anak-anak di masjid siang tadi buat hatinya hidup.. dan mungkin akan bersedih seketika.. esok hari terakhir peluang mereka bersama dalam usaha membenih dan mencambahkan kalam allah dalam diri masing-masing..
semoga mereka terus membesar dan menjalani hidup dengan mencintai bukan saja kalamMu ya Allah.. lebih lagi mencintaiMu..
dia mahu ingat semua mereka.. qalam bukhari, adam zee, adriana, hani, farra, natasha, aleeya, ithqan khadijah, adniin, nafeesah.. semoga ramadhan kali ini bukan yang terakhir.. إن شاء الله

yang ni pulak 'mak limah junior' yang malu bergambar dan malas mengeja.. iman irdina ;)

cikgu curi-curi snap gambar dia masa dia leka buat kerja ;) --terpaksa curi..

2 comments:

  1. ....bersabarlah sayang.........


    *bce 2 kali baru masuk dan dpt menafsir isi catatan ini wahai isb*

    -ys`isb-

    ReplyDelete
  2. hai la cik @Anonymous.. ;) tafsirkan seadanya ye.. kurang takpe, terlebih jangan.. :)

    ReplyDelete

Press