Tuesday, August 23, 2011

tangguh bertangguh..

setiap perkara yang tertangguh, dia tahu alasan disebaliknya.. tiada kemahuan yang kuat untuk selesaikan isu tersebut sebelum masuk ke dalam kategori 'tertangguh' itu. sememangnya bukanlah sesuatu yang membanggakan dirinya sendiri. 

Manusia sekeliling biasa meletakkan dia dalam kategori 'tenang' apabila banyak (tidak semua) perkara ditangani tanpa pergerakan fizikal yang jelas. Dia biasa mendiamkan diri dan ambil tak endah keadaan sekeliling yang menekan.. mereka nyata tiada punya kelebihan menafsir emosi. Dia tak selalunya tenang, kerana biar dalam luaran yang tenang, jiwanya sedang berperang, sedang cuba menang atas situasi yang kebiasaannya tak mahu serah kalah.. dan dia biasa keletihan kerana itu.. mereka fikir dia lelah kerana gerak fizikal..

Di laman twitter dia berpaling, bila mana terdetik suara halus dari sisi lemahnya mahu didengari ruang sibuk yang sunyi itu.. Di sana dia bermonolog.. berpuas hati kerana kematangan kebanyakan tweeps dan lebih kebebasan dalam berkomitmen yang ditawarkan.. bebas seperti burung ;) 

Perjalanan ke hospital petang tadi mengingatkan lagi dirinya.. bahawa ingatannya tak sekuat dulu.. dan dia harus terus menulis dengan jujur.. supaya emosi dalam tulisan itu mampu dirasa walau dalam seribu tahun.. supaya apa yang bermain di jiwanya tak hilang ditelan masa.. kerana dia sangat faham, kebolehan ruang memori apa gajet pun ada hadnya.. dan dia tamak untuk memiliki memori sepanjang hayatnya.. dia tamak dan dia tak mampu.. jadi ini yang harus dia teruskan.. menulis..

dia sebenarnya terkilan kerana penangguhan itu.. kad raya dan kad ucapan khas dari Adriana, si comel yang dikenali belum pun cukup sepurnama.. penghargaannya harus berterusan dan ingin sangat dia kongsikan bersama rakan dari segenap rangkaian sosialnya.. tapi belum pun sempat dimuatnaik.. kedua-duanya tak dapat ditemui lagi.. entah ke mana perginya.. :( sedih dan ralat perasaannya..

apapun.. sekalung penghargaan buat teman blogger jauh di selatan sana, atas layangan kad ucapan syawal.. awal hadirnya..


--ini juga entri tertangguh.. lagi ;) semalam dia habiskan marathon tahajjud cinta di http://www.tonton.com.my/. citra is awesome.. dia sangat sukakan citra..!

2 comments:

Press