Wednesday, October 26, 2011

menangi kelemahan

..dalam usaha memberatkan timbangan yang kanan.. tapi ada yang sedang tunjukkan jalan ke jahannam.. doakan aku diberi kekuatan,  menangi kelemahan diri..

Friday, October 14, 2011

suka

i am so loving this new template design. simple jek.. kurang serabut pun.. blogging made easy :) and tetiba rasa nak share gambar from recent activities.. ;)

we went to tesco kat scottgarden belakang umah.. bunyi je cam dekat.. mmg dr tingkap pun bleh nampak.. tapi kenyataannya.. nk ke sana kena sabarkan diri drive a long way utk uturn :( 

we did some groceries.. birthday girl sibuk nak jamu cikgucikgu with nasi kerabu.. and dah jadi sejarah pun saat ni.. i was crazy over the fish yang elok tersusun bersama ais that i can't help myself.. snapsnap :) sangat lovely diorang ni..

 

 

birthday girl in action..
siapa tak tergoda ngan warnawarna cam kat bawah ni.. HARUSLA!! ;) i was so excited that i managed to prepare a hundred cups of these.. nyaman.. ;)


 

dia temankan cikgu balik semalam.. replacing tugas mummy dia melayan si driver yang membosankan.. kesungguhan dia bercerita tentang apa juga isu terpamer pada kerutan di wajah..

 

adam hakimi

hasil
by: cikgu farhana
tastes so good.. ;)

ok.. all ends here.. gtg tosleep.. 

btw.. bulan cantik malam ni.. tak penuh tapi sangat cantik! :) love

Thursday, October 13, 2011

Pesan

Seharusnya sudah ke alam mimpi sekarang tapi skrip hidup yang baru dilewati masih tergenggam rapi. Tak mahu pula perginya.

Malam tadi seorang lagi wanita berusia yang baru saja disapa memberi gambaran bahawa mereka akan mula bersahabat. Bertitik tolak dari perbualan tentang 'jeli kelapa'.. di salah satu lorong sibuk yang tak pernah sepi di pasar malam chowkit..

Wanita tua itu nampak seusia emak. Di pertemuan kali kedua.. dia mula rancak bercerita tentang keluarga yang jauh duduknya. Seperti sukar untuk akhiri, dia terpaksa jua berhenti sambil menitip pesan.. "Amalkan Tahajjud di malam hari nak.. Allah pasti akan beri setimpal dengan keperluanmu.."

Dia bahagia. Bukan kerana harapan yang diberi oleh wanita seusia emak itu, tapi kerana kemurahan hatinya menitip pesan. Dia berasa hatinya mula hidup kembali setiap kali. Pesan mereka yang sentiasa mahu dia bawa dirinya menghampiri Ilahi.

Teringat seorang rakan, yang rajin berpesan untuk sentiasa 'bertahajjud cinta'.. Tkasih ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 4, 2011

ahmad kesayangan.. ;)

dah agak.. cerita-cerita macam ni, kalau terbit dari dia, pasti mengundang ceria teman-teman rapat. dia sangat faham.. sebab tu sengaja mahu dicuit rasa ingin tahu teman seperjuangan yang banyak kenal hati budi, pelbagai sisi  kisah empunya badan.. gelak maha besar dalam hati.. juga turut sama gembira mempermain rasa ingin tahu.. 

tentang dia ;) di antara perlu dan tidak.. dia sedang mengintip. cuba lagi mengorek sedalamnya kisah ahmad kesayangannya.. tentang latar belakang keluarga, isteri dan anak-anak yang sangat dicintainya.. erm.. "suami orang..?" isk.. perlukah diteruskan mendedahkan yang "sepatutnya"..?

dalam sedar.. sedang jari mengetik papan kekunci, sambil mata menunggu satu persatu huruf terzahir di skrin monitor seiring rancak hatinya berkata-kata.. tangannya MENGGIGIL!! jantungnya berdegup diluar kebiasaan.. sedang berlaku..

hentikan sandiwara. tak sanggup lagi mempermainkan.. mohon seribu kemaafan.. 

..ketika Nabi Adam memohon ampun kepada Allah SWT, baginda berdoa, "Ya Allah, demi kemuliaan Muhammad, ampunkanlah dosaku.." Allah SWT bertanya kepada Nabi Adam, "Bagaimana engkau kenal Muhammad, sedangkan dia belum aku ciptakan?" Kata Nabi Adam, Aku pernah melihat tertulis di singgahsanaMu, 'TIADA TUHAN YANG DISEMBAH SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH', jadi, pasti dia insan yang mulia hinggakan Engkau meletakkan namanya selepas namaMu." Allah SWT membenarkan kata-kata Nabi Adam itu, kemudian mengampunkan baginda berkat dari rahmat Muhammad SAW.  
"sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." (At-Taubah 9:128)
lihat saja betapa dalamnya kasih Ahmad kesayangan Allah kepada umatnya.. siapa yang tak jatuh sayang..?

semuanya dek cinta pandang pertama terhadap karya Ibnu Rijal. Khutbah Terakhir Rasulullah (sebuah analisis pedoman dan harapan..). musread Sdn. Bhd. 2011. sedang membina rasa cinta yang mendalam terhadap kekasih Allah. kamu sudi berkongsi kasihnya Ahmad dengan dia..? :)

Press