Showing posts with label dr. maza. Show all posts
Showing posts with label dr. maza. Show all posts

Monday, November 1, 2010

Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru : Minda Tajdid

Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru : Minda Tajdid
Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi.
artikel penuh di minda tajdid ;)


Wednesday, July 21, 2010

Nyanyian dan Hiburan dalam Islam

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

  1. Islam bukanlah satu agama yang mengharamkan segala bentuk kegembiraan dan hiburan dalam hidup manusia
  2. Tumpuan hidup insan bukan kepada hiburan, tetapi kepada mengabdikan diri kepada Allah
  3. Pandangan cetek tentang hiburan boleh menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam
  4. Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan
  5. Hiburan juga ada disiplin dan batasannya
  6. Seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun dia secara individu mungkin tidak menggemarinya. Hendaklah amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini.
  7. Di samping tidak wajar hidup ini disibukkan dengan hiburan sehingga melupai tujuan hidup yang sebenar. Hiburan hanya diambil dengan kadarnya sahaja, jangan dijadikan tumpuan hidup. Jika dijadikan tumpuan sehingga melupai tanggungjawab Islam, maka hiburan itu akan membawa kepada dosa dan maksiat kepada Allah.

Press