Showing posts with label wishlist?. Show all posts
Showing posts with label wishlist?. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Calling for Charity..!! | Jualan Amal Yayasan Salam @Tesco Rawang, 18-19 December 2010

ahha cam biase ar..
click to enlarge ;)
sharing with my beloved readers these inspirational quotes :) i love you.. 
While earning your daily bread, be sure you share a slice with those less fortunate. ~Quoted in P.S. I Love You, compiled by H. Jackson Brown, Jr.
We make a living by what we get, but we make a life by what we give. ~Winston Churchill
hi kawan-kawan..! meraih perhatian insan² terpilih..! cewahh.. eh betulla ni.. kamu semua adalah antara yang terpilih untuk terima khabar gembira ni.. 

urm.. nk bgtau.. ni kami nak jual saham.. tp tempoh matangnya di akhirat kelak :)

kpd kawan² yang punya masa and tergerak hati nak membantu, membeli, beramal.. mehla join kami.. haishh asik sibuk memikir diri saje.. apa kata for at least once.. kita fikirkan saudara²/kawan² kita yg kurang bernasib baik/memerlukan sedikit perhatian/masa dari kita..?? 
Al Hadiid 57:11. Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak.
sungguh, kami tak mampu nak balas atas apa jua yg anda sumbangkn.. semoga Yang Lebih Berhak memberikan balasannya nanti ye.. insyaallah..

**yg berminat, bleh la refer butirannya dlm mesej di bawah :) atau ke website atau facebook Yayasan Salam

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------- *

Salam untuk semua sukarelawan.

Yayasan Salam Malaysia (SALAM) melalui sukarelawan Special Interest Group Community (SIGC) akan menganjurkan jualan amal seperti berikut:

Tempat: Tesco Rawang
Tarikh: 18 Dec - 19 Dec 2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 9.00 a.m. - 9.00 p.m.

Oleh itu, kami memerlukan bantuan para sukarelawan untuk menjaga kaunter dan booth jualan amal tersebut mengikut shift seperti berikut:

Tugasan mengikut shift: 3 orang/shift
  1. Shift 1 : 9 a.m.-12 p.m.
  2. Shift 2 : 12 p.m.-3 p.m.
  3. Shift 3 : 3 p.m.-6 p.m.
  4. Shift 4 : 6 p.m.-9 p.m.
Sila hubungi Irnie (012-2965165) atau emel: irniesb@yahoo.com untuk membantu. Bantuan sukarelawan sangat diperlukan.

Para sukarelawan juga dijemput ke jualan amal ini untuk membeli sambil beramal. Kutipan dari jualan amal ini akan disalurkan untuk membantu keluarga-keluarga daif terutama di Kuantan, Pahang.

Wednesday, July 29, 2009

bermain kelah..

yep nk tido.. siang tadi tak sempat nk post ape pn, walhal dalam kepala ni banyak sungguh perkara yg nak dikongsi bersama.

tetibe mggu lepas angah teringin nk main kelah. keinginan membuak² walhal perkara ni dah lama angah aim. tetibe malam ahad tu, angah ckp ng alang and along nk plan pi kenyir tuk family trip tahun ni.. and dorg cam bese on jek. so since da gtau awal², angah da plan a few things (of my own) tuk jadikan trip tu nnt better than previous. ahha.

rasenye thn ni lom sempat bcuti kot, kecuali lari ke pulau kapas tuk komit ng thinkout candat awal june lepas. tu pn angah n along je yg pi. consider personal trip le. and pasal kelah tu, angah da search, port u main ng kelah tu da melambak gak kt malaysia ni. so psl tempat, xde masalah kot.. eeee geramnye tengok kelah² tu. tunggu kau! angah da kegeraman nih.
and angah da bukak cite ng izhar. jiran depan umah kat kg, ajak family die skali join. wah klu jadi best nih.. pastu alang² da kat sane (andai takdirnye nnt kami ke sana..) bleh gak try umpan arapaima yg misteri kat kenyir tu. dengar kate reward RM10K tu lom ade pemiliknye lagi.. ehhe..

Bintang AI:
Ambition can be pretty heady, like an expensive perfume or that new car smell, and you're both drawn to it and a little afraid of it. Ambition, like most strong forces, is an excellent servant but a bad master. As long as you remain aware of your ambition and make sure it doesn't get too outsized, you should be just fine. So go ahead and reach for the stars -- they're reaching back.

Wednesday, May 27, 2009

bawa aku ke sana...

ehhe sungguh poyo pilihan tajuk kali ni.

erni, pembantu ayah kat gerai selalu kuajak bercerita tentang kampung halaman di indonesia sana. xingat pulak ape name tempat tu.. semakin selalu mendengarkan ceritanya semakin aku teringin ke sana. apit ng apau pn nampak berminat utk turut sama merasai gambaran suasana itu.
"jauh di pedalaman, di kaki gunung, punya sawah seluas pandangan, boleh saja berkejaran dengan kumpulan arnab liar, udara nyaman (maklum saje dikelilingi tumbuhan menghijau), jarang sekali telinga tercemar dgn bunyi enjin bermotor, sumber air dr alam yg aslinya sejuk..."
semalam. tetibe tgh makan lauk yg erni masak (masak lemak nangka gn ikan masin), aku suarakan pd ayah, "angah betul² teringin nk pi kampung erni". lalu tema perbincangan kami seterusnya ialah "kampung erni" ehhe...

pagi td. tgh dok layan ns lemak sotong ng nescafe ais sorg² (sbb aku hr ni luarbiase awal n alang plak xsampai lg), aku terdengar ayah bertanyakna erni perihal kg (dgn lebih lanjut) dalam bhs pilihan mereka (bahasa jawa)... dan aku agak faham ape yg mereka bualkan walaupun kedudukan mereka dan aku yg keseorangan agak kurang jauh... ;D

hati sedikit tersentuh bile pd akhir perbualan, aku terdengar ayah memberitahu erni (masih dalam bhs jawanya) akan keinginan aku utk ke sana (yg mana sebenarnya erni sudah maklum akan keinginanku itu sejak kali pertama dia membuka cerita ttg kampungnya)

kenape tersentuh...? biar aku simpan saja jawapan utk persoalan itu... yg nyata aku semakin hargai insan yg memenuhi ruang hidupku...

Press