Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

Aku | Sudah Melukakan

Aku..
sudah melukakan
mungkin juga sudah terwujud jurang
yang tidak terbina dalam sedar
yang tidak terbina dalam inginku

bagaimana mahu dilelapkan mata

bila hati hilang tenang
bila akal, faktanya berperang..
antara yang tersurat dan tersirat
bila yang senang tiada lagi senang..


masih berfungsikah diri
tiada ku tahu..
perlukah aku ambil tahu..
fikirku perlu..

kerana
kita berbeza..
bukan dari apa yang kau nampak
bukan jua dari yang aku nampak
bukan dari apa yang mereka nampak
bukan dari pandangan siapa pun

tapi kau pun tak bisa menafi
bahawa kita memang berbeza
kau dan aku
aku dan dia
dia dan kau

tapi pentingkah persamaan tanpa beza?
pentingkah perbezaan tanpa sama?

maafkan aku.. kerana berterus terang..
menzahirkan apa yang aku rasa

apa jua yang membezakan kita
status kita tetap sama
tanggungjawab tiada beza

lima satu lima enam
terciptanya kita bertujuan
dan kau lebih arif tentang itu
maafkan aku..

Monday, November 1, 2010

silly me..!!

tgh sangat  marah. sebab tu air mata ni temani.. aku manusia biase je kan..? and manusia bukan malaikat kan..? yg boleh sentiasa patuh.. yang boleh bertahan.. ng apa pun.. kannn!!! n skrg, mase aku..


kamu tak tau kn..? klu boleh balik dr chowkit td klu boleh aku nk cepat² cr katil, nk rehatkn badan aku yg sakit² ni dr pagi td.. tp hampe giler bile kamu kate nk benda tu mlm ni gak.. macam tak sempat².. dr subang ke chowkit, singgah pantai dalam.. dh naik pn 13 tp bile call kamu, suare cam hampe gak.. aku pn hangin.. sbb aku penat.. tp, aku turun balik.. tak sempat keluarkn kunci pn.. sbb pikir klu dh masuk umh.. mmg sah aku terus lekat.. and mase tu dah nk kul5.. kul5!! time org berpusu² nk balik keje.. and aku??? ikutkan jugak kehendak kamu tu.. salah aku gak kot tak jelaskn situasi.. tp xpe, asal kamu tenang, kamu senang.. bisnes still kene jln kn? aku redah jugak ke teluk time tu jugak.. despite the pain, despite the bad.. very bad traffic.. and byk kali gak aku hilang sabar ng driver² yg kurang bijak, yg busuk hati tu.. tp sib baik hr ni auto.. thanks anyway..

mood hancur giler.. fikiran aku tgh serabut.. aku tak dgr pn 'terima kasih, ngah'.. dua bijik panadol aku telan td.. ikutkn hati nk tido.. rest!! meeting siang td.. not promising..! traffic jam dr subang-chowkit-pantai dalam-teluk.. so not being helpful..!! and this body temperature..!! argghhh..!! ikutkan nk je aku sambung perangai busuk aku td.. tp amarah penuh di dada.. ni hasilnya.. tearsss!! and being irrational enough, i blog about it..!! silly me!!! silly..!!!
semalam, aku sebak salam ayah ms nak balik teluk.. tak tau kenape, dlm kete, langsung aku telepon erni kat indon, tanye bile die nak balik sini lg?? .. 3:16 a.m. aku terjaga, hati tak sedap, ingat kat ayah lg.. kenape?? susah gak tido balik tp akhirnya aku terlelap gak.. bangun pg pn terus ingat kat ayah.. harap sgt amer jenguk bilik ayah sebelum gerak balik teluk.. just to make sure of..? lega.. jumpe ayah petang td.. and 5:55 p.m. sampai gak kt teluk.. selamat..
**kat luar tu, angin sepoi² bahasa, nk start hujan kot.. ya allah, lindungi kami.. kpd kamu yg mungkin terasa.. kamu pun paham aku.. tp aku tak tahula klu lepas ni kamu nk decide to stop understand me.. sungguh bukan kuasa, juga bukan kemahuan aku.. yg pasti sok mate ni confirm bengkak.. and anak murid aku akn start bertanye.. n cam bese, mereka bakal dibohongi.. tin kate akk demam stress kn..? mungkin gak.. after all that happened td.. hati pn ikut bengkak.. everything will be just fine.. akk da call person in charge psl menu and all.. kak yus br msg pasal dikir barat (as wished).. ni nk cari bahan tuk depa.. 

erk.. dah tak stress.. but still.. im gonna lock myself up in the room, mark paper budak².. smpi terasa lapar nnt.. subhanallah.. perasaan apekah..?

Wednesday, July 28, 2010

sedang menjaga emosi..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

sedang tenggelam dalam kesunyian yg dicipta sendiri
sedang menghindar dari lambakan emosi manusia yang sentiasa cuba menyapa
sedang cuba memikir yang tak sepatutnya difikir
sedang lari dari bondongan isu yang tak lelah mengejar
sedang cuba aman dalam dakapan resah
sedang mengeras dalam situasi remeh yang perlukan perhatian
sedang cuba berasa gembira dengan tawa yang mereka palsukan
sedang memujuk diri berasa ok dalam setinggi harapan yang disandar
sedang ketawa menabiri tangisan yang hanya hati dapat gambarkan,
sedang hanya Dia yang tahu
sedang menurut walau tiada daya agar terbias cahaya di wajah yang tersayang
sedang menelan pahit hempedu dengan rasa manisnya madu di ruang minda
sedang membenarkan apa yang sejelasnya kekok untuk dibenarkan
sedang berperang dengan kekusutan jiwa yang terlindung dek riak yang menenangkan
sedang melukakan sedangkan kau tak layak untuk dilukakan
hanya kerana proses ini..
merubah diri mengikut acuanMu..
sedang juga menjaga emosiku supaya emosimu tidak terganggu
dek suatu yang aku tidak mahu jangkakan..

Press