Showing posts with label outdoor. Show all posts
Showing posts with label outdoor. Show all posts

Wednesday, June 3, 2009

ThinkOut Candat di Pulau Kapas 2009

alhamdulillah.... selesai.

tak tau nk describe cam mane, dari awal tahun lg, kebanyakan peristiwa yg terjadi seakan berpihak kepada aku. dari hal ku cancel percutian bersama chris ke pulau perhentian, maka tercipta kenangan sangat indah bersama teman baru di pulau kapas.

may 28-31, 2009 [photo]
berbanyak terima kasih dan rasa syukur kepada yg maha mencipta segala. banyak perkara membuka minda, semakin aku merasa diri ini kerdil. banyak perkara membuat aku merasa diri ini semakin 'tidak tahu'. kini aku merasa perlu lebih 'cari tahu' ;)

mekti tells her story..

...and ths is mine,

perjalanan menuju ke temerloh pd malam 28/05/09 dalam gelap, disajikan satu kemalangan. rasenye bukan kemalangan maut tp aku bpeluang melihat mangsa sedang diampu oleh seorang yg lain. keadaan ms tu sgt gelap dan aku agak risau akan keselamatan mereka selanjutnya... moge saja semua ok.

perjalanan waktu malam dgn menaiki bas ke terengganu menggamit kenangan lalu... ;) 3 thn di mengabang telipot... banyak yg indah untuk dikenang...

keesokkan pagi, tiba di jeti marang... berkumpul untuk taklimat program. setelah jelas dgn apa yg dirancang, bot membawa kami ke destinasi -pulau kapas.

(consider) 1st-day, sarapan di tepi pantai, rehat, makan tgh hari, bersedia untuk candat pd mlmnya... kul 6, lebih kurang, kami dibahagi kpd 4 kumpulan utk aktiviti candat. dibawa menaiki 4buah bot, ke tengah laut. aku jatuh cinta dengan laut yg gelora manja gitu -ehhe. terasa nk aje aku berbaring di atas hamparan laut yg kelihatan seperti sutera dialun sang bayu... alangkah...

...betapa gagahnye die meredah gelora

malam tu, sepasang sotong jantan dan betina tewas di tgnku ehhe... pertama kali berpeluang melalui pengalaman mencandat... teruja, walaupun sedikit kesabaran teruji... semakin aku menghargai para nelayan... selepas itu, biar saja foto ini bercerita...

....sampai bot bawaku pulang

2nd-day, snorkeling... buat ketiga kalinya selepas di redang dan pangkor, masih lagi tak mampu atasi isi laut di perairan redang... bukan saja aku berpeluang menikmati keindahan hidupan di dasar laut, tapi yg penting aku mampu mengatasi rasa risau dan takut dalam diri. setiap kali. kerana telah kuserahkan segalanya kepada yg maha berkuasa, pemilik nyawa ini :)

sukaneka bertukar bola tampar pantai. enjoy sangat, maklum da lame sangat² tak pegang bola and alami pengalaman sebegitu... saat tu aku merasai 'freedom'. kali terakhir aku terjebak, mase skola menengah dlu (if im not mistaken ehhe)...

i had a time... soooo true!

malam, weeehuuu bbq sotong yg tertewas... hahahah. post tuk amik gambar je, pastu let the experts did their job.. tau² da siap. tinggal mencekik jek...

oopss... camne nk cover perot tu ek??

Thursday, May 28, 2009

Akhirnya...

Alhamdulillah...

akhirnya, hampir nyata. malam ni berangkat kami seramai lebih kurg 35org ahli ke terengganu bagi merealisasikan apa yg telah dirancangkan sejak 2-3 bulan yg lepas. thanks to wan and j, ajk 'thinkout candat ke pulau kapas' atas segala usaha. harap kita semua selamat pergi n selamat dalam perjalanan pulang..

my beloved dinda, yan (oops ter'expose' suda ;) hampir saja membatalkan niat bila mana terdengarkan berita ada kumpulan geng candat disambar petir di tgh laut sana. tp dindaku ini punya hati yg kuat seiring dgn tubuh,minda juga kereta yg dimiliki, kan dinda?? (mohon maaf terkasar bhs ;p) lagi plak xkan nk kalah ng kanda kot?


2hari lepas ms hantar borg cuti plak, my bos (komunikasi ng die tak berapa bagus lately...) mmberi reaksi yg sungguh menyenangkan (dan diluar sangkaan) bile sambil menandatangani borg cuti, turut boleh berkongsi cerita ttg pengalaman dia bercandat sedikit masa dulu. dan turut sama memberi ingatan dan berkongsi kerisauan... thanks boss, despite the hard time i've given to u... sshhhhh.

aku kini mengharapkan doa yg ikhlas dari kalian...amiiinnnn...

Press