Friday, November 8, 2013

Monday, September 16, 2013

Jawapan

Perasaan tu kembali. Dalam keadaan hati yang tak berapa baik prestasinya ;)
Jawapan dari doa yang ku pohon tadi ku temu di sini.. dari blog seorang sahabat..

"Bagi aku sedap atau tidak makanan itu datangnya dari hati kita, bahagia atau tidak hidup kita datang dari diri kita sendiri, gembira atau tidak dengan kehidupan yang dilalui juga datang dari hati kita sendiri, kita yang menentukan sesuatu itu mengembirakan atau membahagia kita.."
Cuma perlu teman untuk bicara. Bukan tentang apa yang menyerabuti fikiran. Cuba topik yang boleh buat aku lebih positif dan baiki graf kebajikan hati ini. Agar tak tersia memberi menang kepada syaitan yang teguh pendirian membawa aku mengekorinya ke ruang paling hina.

Aisha ada sudah lebih dari sekadar 1000 rahmat. Cuma tak mahu Umminya mensia-siakan masa memikirkan hal yang bukan kebajikan Aisha.
Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. Al-A'raf 199.

Wednesday, July 31, 2013

Aku Berprasangka..

Ampuni aku Ya Tuhan.. Aku berprasangka..
Ada manusia..
Yang bila bicara seolah tak pernah berdosa..
Sedangkan dari nilaian manusiawi..
Mereka ini tidaklah lebih baik dari yang lain..
Pernah juga berkali-kali tergelincir..
Pernah dengan jelas dan berani membelakangkan hukum..
Pernah dengan mata kepala sendiri menjadi saksi bahawa yang lain menyaksikan aib yang sendiri cipta..

Mungkin sudah lupa..?
Bahawa masa lampau itu perlu dihargai..
Kalau yang jelas hitam tak perlu diulang..
Atau..
Terlalu yakin, diri telah sufi..?
Pendosa yang lain akan terus berdosa..?

Yakin benar kamu bahawa mereka sebenar pendosa..?
Atau sekadar anggapanmu..?

Jadi..
Siapa yang lebih berdosa..?

Sunday, April 28, 2013

Prioritize

Almost 6, and I'm still on the bed. Static. Should look for quran now. So that with an A'uzubillahi minassyaitonirrajim.. will help the limbs back to their functions. Most importantly, the qalbu.. :)

Up up and away..! Repricing myself. Not for the eyes of human like me.. but for the only one who has all the rights.. HE IS THE ALMIGHTY..

Assalamualaikum..

Wednesday, March 27, 2013

Malaikat vs Syaitan

Nafsu dalam diri. Sifatnya seperti dua makhluk Allah tersebut. Pasti ada. Dalam memilih, salah satu pasti menang.

Sentiasalah mohon dari Pencipta keduanya agar dikurnia kekuatan berjuang. Sukar, kerana kita lemah. Tapi dengan percaya, pasti boleh. Insyaallah.

Pandang jauh ke depan. Lebih depan dari apa yang ada di depan mata. Yang jarang terjangkau.. :) Natijahnya pasti dapat diramal.

Dengan izin Allah. Godaan syaitan pasti mudah dikalahkan dan nikmatnya.. Subhanallah. Tiada kata dapat ungkapkan. Justeru, terima kasih Allah. Alhamdulillah.

Hati setiap kita ini, siapa yang pegang? Pilihlah untuk menggembirakan zat yang memegang. Dia pasti pulangkan. :)

Jom serahkan hati pada yang mempunyai hak ke atasnya <3 Ya Rahman.. dan percaya ;)

Assalamualaikum :)

Thursday, March 14, 2013

Cuba

Cuba. Sekali lagi.
Elakkan dari terus terkeliru.
Kali yang ke berapa sudah..

Lebih baik tahu dan membenarkan yang batil
Atau lebih baik tak tahu dan
biarkan mereka menyesatkan kebenaran..?

Jawabku.. Perhati kondisi.. Nyata sulit..

Yang nyata mudah..
Kita tidak tahu sedikitpun apa yang disebaliknya..
Melainkan Dia satu-satunya..

Yang nyata PASTI..
Semuanya dijanjikan hikmah.. :)

Istighfar. Tasbih. Tahlil. Takbir.

Teladani Rasul. Sabar. Bersangka baik.

Sunday, March 10, 2013

Antara Yang Terindah

Akan kekal rahsia
Tapi takkan lama
Lambat laun pasti kamu jua akan dimaklum :)

Rahsia cuma di sini ;)
Di ruang maya yang satu lagi.. lebih terbuka tapi.. anonymous

Dua hari yang lepas.. antara yang pertama.. sukar diproses otak, kan? :) Ehhe.. biarlah rahsia.. Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Tidak dia hadirkan semua ini, tersia-sia..

Wednesday, February 6, 2013

Sejenak Di Persimpangan

Di persimpangan antara dua pilihan..

Ya bersangka baik
Tapi perlu ada sedikit perubahan pada tindakan.
Baru tadi baca.
Mahathir kata. Melayu perlu berani untuk merdeka.
Kita perlu berani.
Bukan Melayu sahaja. Sebagai manusia juga.
Muslim, apa lagi.  Beranilah untuk merdeka.
Maafkan aku, Ya Ghaffar.
Aku berkata menurut fikiranku saja.

Mereka mungkin salah anggap.
Usah dimarah.
Hati mereka rahsia mereka.
Hati kamu rahsia kamu.
Hati aku, peti rahsia antara aku dan tuhanku.
Siapa saja boleh bersangka.
Tapi tak siapa yang pasti.

Yang aku tahu.
Jalan hidup yang sedang dilalu ini tiada jaminan sentiasa kan lurus tanpa halangan.
Pilihan pasti perlu dibuat.
Dan ini bukan akhirnya.
Mungkin saja membuka peluang baru.
Siapa tahu? Hanya Dia.

Allahua'lam.

***Azan Maghrib. Let's answer His call :) Allahu Akbar..

Monday, February 4, 2013

Sangkaan baik kadang mengecewakan..

Sering pilih untuk bersangka baik. Walau selalu juga hati ni cenderung menurut bisikan yang sesat jalannya. Biasalah manusia. Tapi selagi diberi peluang bernafas menikmati hidup bertuhan, cepat juga tersentak. Istighfar. Inilah takdirnya.

Akhiran kepada sangkaan baik kita mungkin disalahtafsir manusia. Mungkin juga sendiri yang salah tafsir. Manusia.. Imannya berbolak balik. Hmm.. Iman atau hatinya..? Betulkah manusia juga yang menentukan akhirannya..? Hati ini meyakini.. "TIDAK"

Bukan manusia penentunya.. Kita mungkin salah, selalu juga terperasan betul.. Tapi yakinkah apa yang betul atau salah yang dicatit oleh malaikat di kiri kanan ini seiring dengan betul atau salah sangkaan kita..? Allahu a'lam..

Aku cuma bertindak. Berusaha. Hati ini Allah yang pegang. Gerak hati ini Allah jua yang tentukan. Kamu buat aku gusar, aku buat kamu gusar.. Allah juga yang izinkan.. Jangan perasan sendiri.. Ini ujian, buat aku dan kamu. Tak usah berkira siapa betul, siapa salah. Yang menghakimi cuma Dia. Kita sama-sama hamba. Sama-sama punya dosa.

Jadi pesanan untuk diri terutamanya.. Berusahalah.. Allah will do the rest.

Saturday, February 2, 2013

Dia ayahku..

Kasih ayah tiada banding
Tapi nyata tidak melebihi kasih AlRahman pada hambaNya
Namun kasih ayah dariNya juga kan
Memberi tanpa perlu diminta
Mendengar tanpa bicara
Sentiasa tahu bila diperlu
Terbukti satu persatu
Allah, pelihara dia.. Aku mohon

Sebak
Menuju senja, mungkin tingkahku lain dari biasa. Disogok masakan yang enak-enak pun tak laku. "Angah naik dulu, penat hari ni. Nak tidur jap. Malam nanti Angah turun balik." Sampai sudah, aku tak turun. Lena.

10:30pm marah bila lampu bilik dipasang. Amir kejut suruh makan. Ayah kirimkan nasi goreng. Panas lagi, beserta teh o ais limau..

Dia ayahku..

Press