Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

ilmu ladunni

LAMAN SOAL JAWAB AGAMA: ILMU LADUNI:

"Ilmu Ladunni akan membawa seseorang untuk lebih mengetahui tentang Allah, rahsia diri, hakikat penciptaan dan jalan-jalan taqarrub kepada Allah dan halangan-halangannya. Berkata Imam al-Munawi; ilmu Ladunni ialah anugerah dari Allah yang dengannya hamba akan mengetahui kehendak diri dan kehendak Allah, lalu ia meninggalkan kehendak dirinya untuk melaksanakan kehendak Allah. Sebahagian ulamak berkata; Ilmu Ladunni ialah ilham dari Allah kepada seorang hamba untuk lebih mengenali Allah, tipuan diri dan syaitan, tipu-daya dunia, perkara-perkara yang merosakkan amal (seperti riya’, ujub dan takbur), latihan jiwa dan asuhan terhadapnya, kesabaran berhadapan dengan qadha Allah, mensyukuri nikmatnya, keyakinan terhadap janji Allah, tawakal kepadaNya dan sanggup menghadapi kesakitan dari makhluk Allah."
thanks to (kakak) Yusniza Yusof kerana membukakan ini di saat tak terduga.. sesungguhnya walau hanya sms ringkas berbunyi "Ilmu laduni itu akan menghampiri kepada insan yg tiada cintanya kpd dunia & sering melangkah pergi dgn menyendiri utk mengenal diri bg mengenal Ilahi", ia sebetulnya telah menyentuh hati ini di ruang yang agak terkedalam ;) --bahasa apakah?? ehhe--

Sengaja namanya ku simpan dalam entri bermakna ini.. agar tersemat rapi andai tiba suatu masa nnt, ingatan dari insan istimewa bernama Yusniza Yusof ini.. telah banyak membantu aku menjalani hidup sebagai hambaNya dalam suasana Islam yg begitu indah.. utk tidak aku lupa akan ilmu yang disampaikan.. agar dapat aku terusan berterima kasih kepada Allah kerana didatangkan kpd aku seorang sahabat sepertinya yg sentiasa mengingatkan.. dan Ilmu Ladunni adalah vocab. baru dalam diari Islamku hari ini ;) wsalam.

Monday, February 14, 2011

They have concrete reasons for doing what they have done..

And us? Perlu ke ikut skali ke? Rasenye kite perlu mula berterima kasih dan bersyukur dan optimis ;) we can't put off darkness (can we?) Just let some light in.. and hey, He will do the rest ;) #islam #peace
Published with Blogger-droid v1.6.7

Friday, February 11, 2011

Maher Zain - The Chosen One | ماهر زين - المختار


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
TransliterationLaqad kana lakum fee rasooli Allahi oswatun hasanatun liman kana yarjoo Allaha waalyawma alakhira wathakara Allaha katheeran
Abdullah Yusuf AliYe have indeed in the Messenger of Allah a beautiful pattern (of conduct) for any one whose hope is in Allah and the Final Day, and who engages much in the Praise of Allah.
Mufti Taqi UsmaniThere is indeed a good model for you in the Messenger of Allah - for the one who has hope in Allah and the Last Day, and remembers Allah profusely.
Muhammad Marmaduke PickthallVerily in the messenger of Allah ye have a good example for him who looketh unto Allah and the last Day, and remembereth Allah much.
Sahih InternationalThere has certainly been for you in the Messenger of Allah an excellent pattern for anyone whose hope is in Allah and the Last Day and [who] remembers Allah often.
FrenchEn effet, vous avez dans le Messager d'Allah un excellent modèle [à suivre], pour quiconque espère en Allah et au Jour dernier et invoque Allah fréquemment.
Japanese本当にアッラーの使徒は,アッラーと終末の日を熱望する宕,アッラーを多く唱念する者にとって,立派な模範であった。
RussianВ Посланнике Аллаха был прекрасный пример для вас, для тех, кто надеется на Аллаха и Последний день и премного поминает Аллаха.
PortugeseRealmente, tendes no Mensageiro de Deus um excelente exemplo para aqueles que esperam contemplar Deus, deparar-se com o Dia do Juízo Final, e invocam Deus freqüentemente.
GermanWahrlich, ihr habt an dem Gesandten Allahs ein schönes Vorbild für jeden, der auf Allah und den Letzten Tag hofft und Allahs häufig gedenkt.

Wednesday, November 3, 2010

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW � Dakwah Nabawiyyah

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW � Dakwah Nabawiyyah:

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.  Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

Teks penuh dari Dakwah Nabawiyyah ;)


Sunday, October 31, 2010

Kisah yg penuh pengajaran... | Explore the world at your fingertips

Kisah yg penuh pengajaran... | Explore the world at your fingertips

“Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.”


Saturday, October 30, 2010

Hukum Wanita Bersanggul Dan Baju Berwarna : Minda Tajdid

Hukum Wanita Bersanggul Dan Baju Berwarna : Minda Tajdid

Soalan:
Dr MAZA, sekarang ini menjadi trend wanita menyimpan sanggul tinggi. Begitu juga ramai wanita yang memakai pakaian yang menutup aurat tetapi berwarna. Tidakkah wanita hanya patut berwarna gelap? Apakah muka itu boleh jadi aurat? Apakah hukum dalam perkara-perkara seperti ini? Ada yang kata semua itu haram, tidak penuh syarat pakaian Islam dan ada pula yang kata boleh. Apakah pandangan Dr Asri dalam hal ini?
Ulasan Dr MAZA (klik saja ;) 

Thursday, July 29, 2010

runsing aku runsing..

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

sy tertarik nk habiskan bacaan sy pd entri saudara Long Haffiz Long Hassan. Thanks for the entry, dan sy juga dah memberi sedikit komen, deep inside, sy komen dgn emosi juga, tp Alhamdulillah sy rasa, telah mendahulukan akal sebelum emosi :)

saya pula tak runsing sgt pasal orang melayu.. sbb by being a true melayu pn tak bawa kita dekat dengan Pencipta SELAGI tidak berusaha menjadi muslim yg sejati kn? InsyaAllah, demi AGAMA kita akan bersatu, tp melihatkan MELAYU sekarang, melayu yang macam mana ye yg boleh menyatukan kita? 

Urm kamu! ye, kamu yg sedang baca entri sy ni.. cube sekejap je, perhati sekeliling kamu.. kamu rasa akan selamat dalam dunia ISLAM yang bersandarkan Al-Quran dan Sunnah Rasul (sepenuhnya) atau dunia MELAYU yg berlandaskan.. ape ye..? sekarang??

erk.. ape pn sy masih melayu, dan saya harap saya membawa contoh/peribadi yang baik utk bangsa Melayu yang teguh dengan Islam. dan sebagai insan yang sgt normal, kelemahan, kekhilafan masih temani saya.. 

berharap sangat entri ini mencambahkan fikiran yang lebih baik antara kita, dan Allah Maha Mengetahui. Amiinnn.. 

Wednesday, July 21, 2010

Nyanyian dan Hiburan dalam Islam

بِسْمِ ٱللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

  1. Islam bukanlah satu agama yang mengharamkan segala bentuk kegembiraan dan hiburan dalam hidup manusia
  2. Tumpuan hidup insan bukan kepada hiburan, tetapi kepada mengabdikan diri kepada Allah
  3. Pandangan cetek tentang hiburan boleh menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam
  4. Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan
  5. Hiburan juga ada disiplin dan batasannya
  6. Seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun dia secara individu mungkin tidak menggemarinya. Hendaklah amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini.
  7. Di samping tidak wajar hidup ini disibukkan dengan hiburan sehingga melupai tujuan hidup yang sebenar. Hiburan hanya diambil dengan kadarnya sahaja, jangan dijadikan tumpuan hidup. Jika dijadikan tumpuan sehingga melupai tanggungjawab Islam, maka hiburan itu akan membawa kepada dosa dan maksiat kepada Allah.

Monday, January 18, 2010

antara haiti dan dubai



Bila dengar cerita dan tengok berita pasal earthquake that struck Haiti last Tuesday, I have this one question that hunger for an explanation. When I tweet, I could hardly find any tweets coming from any accounts that I follow or the followers tweet about any Islamic organization aid for haiti. Amazingly, so many helps are coming out from the churches and the jews etc, but so few from us. Even media kat Malaysia pun agak kurang sediakan saluran untuk kemudahan kita beri sumbangan. Atau angah sendiri kurang peka?

That disappointment led me to search on google about this. and I am sorry that I have to actually visited this site http://barenakedislam.wordpress.com and get disappointed of the truth of some facts. (Read: Where are the pledges of aid for Haiti from all the OIL-RICH ARAB Gulf nations?)

Kenape ye?? Honestly, angah tak boleh tengok burj khalifa tu or ape² projek mega dari dubai. Kinda hurt to see an Islamic country yang kaye camtu, tapi kekayaan agak gagal disalurkan ke tempat yang betul. Kalau kecik dulu, angah ingat lagi mase belajar agama tentang sifat mazmumah ‘kejam’. Membawa maksud ‘tidak adil’ atau ‘tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya’. Kalau tak silap macam tula sikit sebanyak definisinya. Dan bagi angah uae is one of the few. Reason being, angah pernah dengar kisah rakyatnya yg miskin, hidupnya sangatla miskin. Bukan je miskin, tapi hidup seperti pendatang asing di negara sendiri.

Bukan nak bersetuju 100%, even before jumpe site tersebut, persoalan tu dah pn ade dalam kotak fikiran ni. Ape nak dikata?



Maafla, entri ni ditulis dalam emosi yg tak berapa positif. Marah agaknya dengan sikap bongkak, sombong segelintir kita yang satu agama. Bukan nak kata pembangunan kat dubai tu langsung takde kebaikan, tapi cam agak kecewa la dengan situasi semasa. selagi ada yang tertindas, selagi itu angah takkan bersetuju dengan apa pun yang kamu katakan utk 'kebaikan' -kononnya.

Jangan lupa, kita menuju ke akhir zaman. benar, kita dituntut untuk terus berusaha/ bekerja seolah akan hidup untuk seribu tahun lagi. Jangan pula lupa, ibadat seolah tiada esok untuk kita. Setiap kebaikan beserta niat yang betul adalah ibadat. jadi angah turut menasihati diri untuk sentiasa perbetulkan niat. amin..

Untuk haiti, melihatkan kesannya, angah panjatkan kesyukuran dengan segala nikmat yg sedang angah nikmati dan simpati pada yg terkesan dek bencana alam tersebut.

Seringkas-ringkas doa juga merupakan sumbangan :)
Dunia ini hanya pinjaman, Akhirat itulah sebenar tujuan..

Press