Friday, April 13, 2012

tak mahu yang lain..

Bahagia tu juga rezeki kan.. bila ingatan dan penghargaan datangnya dari jauh.. bila harapan dari yang dekat nampaknya tiada tanda dilayan.. bukan diharap tapi kalau tak mampu memudahkan.. sekurangnya usahlah menyukarkan.. tapi hati.. kuatnya ia bukan dari siapa.. kerana hingga sekarang ia semakin kuat memperjuangkan..

maafkan mereka atas usaha menyukarkan.. kerana semakin mereka rasa telah berjaya membuat jalan tak berdosa itu sukar, semakin rezeki datang menyapa.. rezeki dari ALLAH.. Alhamdulillah.. mereka mungkin sahaja tak mampu mengerti.. buatlah bagaimanana pun.. selagi aku percaya.. kekuatan ini dari DIA.. aku akan terus berusaha.. hasilnya aku serahkan pada yang MAHA RENCANA.. harapan ini, sandaran hanya pada ALLAH.. 

Terima kasih Mummy,
Terima kasih Nia,
Terima kasih Dina..

Andai benar kasih ini akan kamu bawa ke liang lahad..
Saat ini aku tak mahu yang lain..

Biarkan mereka..
Biarkan yang lainnya penat..
Dan akhirnya kembali dapatkan qalamMU..
Untuk hidupkan kembali hati yang menuju mati..
Sebelum roh benar-benar pergi tinggalkan diri..

Ya Allah.. peliharalah aku di penghujung nyawaku..
dan insan-insan kesayanganku..
Amin..

Press