Friday, June 15, 2012

Tercipta Untuk Diuji

#istighfar

Hati semakin tak sihat. Terdesak keluar dari daerah ini. Dengan segera. Tidak mungkin dapat kubawa jasad. Baik lagi berpindahlah hati. Sandarkan kembali pada yang hak. Baiki semula silaturrahim. 

29 yang telah berlalu. Hidup bermakna dengan institusi yang Dia telah takdirkan. Dalam suka, mahupun duka. Kepercayaan masih teguh. Tapi kini dalam kondisi diri sedikit rapuh. Perlu sendiri mencari kekuatan. Kekuatan yang sama pernah Dia berikan. Dalam kembara solo jalani kehidupan. 

Bakal bertemu jutaan pemilik hati yang ikhlas menghulur. Bagi melepas lelah. Dan cukup balasannya hanya selirik senyum. Kerana yakin tiada satu pun yang kita punya.. Dalam kembara menuju Ilahi.. tiada satu umat pun yang mampu memuliakan diri.. tidak juga ada yang berhak menghinakan yang lain.. Hanya Dia.. Jadi, tenanglah wahai hati.. Bukankah terciptanya ia untuk diuji..?

Press