Friday, December 30, 2016

Umpan Mak²

54 seconds. Short one for emping belinjo/belinjau.

📞 Ngah, nanti kau singgah kedai Acheh tempat biasa Mak beli dotdot dulu. Belikan Mak emping belinjau sekilo. Mak nak goreng, nak makan.
📞 Ok
That was all. 54 seconds ⏲.

Mak memang macam tu. Atau, Mak² memang macam tu.

📞 Ngah, nanti kau balik sini lagi, belikan Mak🍋. Panas² nanti Mak nak buat air, minum.
📞 Ngah, nanti balik bawakan gam arab kat tingkat 13

Bukan dengan si Angah je macam tu. Dengan anak² yang lain pun taktik mungkin sama - cara Mak umpan anak² balik ke kampung, belikan Mak itu, bawakan Mak ini.

As if, kat kampung macam tak wujud barang² yang dikirim. Itulah Mak. Tak mustahil tua nanti aku pulak yang akan buat panggilan singkat kepada anak², minta bawakan itu ini kerana rindu pada anak cucu.

Eh. Aku bukanlah anak yang paling disayang. Ada 9 beradik 💖, kami semua kesayangan Mak Ayah.

Ignorant, I am, sometimes. Or maybe, most of the time? 😢

Tapi setiap kali,
📞 Ngah, Mak Ayah tanya minggu ni kau balik tak?
📞 Kakak! Bila nak balik tengok Atok ni?

😭😭😭
Maka nikmat tuhanMu yang manakah yang kau dustakan?

... intai² my Insta ;)

Press