Friday, September 29, 2017

What A Day

Assalamualaikum.

It has been a while.
Tiba², Ummi rasa nak ke sini meluah.
Rindunya saat² bersendiri dulu.
Rindu je.

And mungkin tak lama lagi akan kembali.
Kembali ke sini ye.
Terlalu rindu.

Anak² makin membesar.
Ummi jenis mudah lupa.
And that feeling bila tiba² dapat luang masa baca post² lama, sangat mengujakan.
Oh, I've been there.
Oh, done that.
Oh, this and that.

Like today.
Apa yang badan and mental Ummi rasa sekarang.
Dah lama rasanya tak rasa.

Kali terakhir lalui rasa lenguh², flat habis macam ni was like few months ago.
Zaman terpaksa pagi petang redah trafik yang sangat menguji iman dan kesabaran.

Biasanya anak² bangun bila hari dah terang.
Hari ni seawal 5 pagi dah bangun bawa Sara mulakan hari.

Ke kantin HTAR ambil Cikka.
Balik siapkan Aisha and Muhammad.
Ikut Ummi jumpa client di The Mines.

Ummi park anak² di Kid's Paradise on 4th Floor dengan Cikka.
Ummi discuss paperwork dengan yg berkenaan kat San Francisco, by the river. Sangat 😂

Tak sedar dah pukul 1.
Minta excuse, and continue discussion over WhatsApp.

On the way balik, singgah office lama.
Ambil manuscript. Alhamdulillah. Job baru.
Ya Allah. Jaga aku. Berikan kesihatan dan kekuatan untuk terus berbakti buat keluarga.

Hantar Cikka balik. Sri Andalas.

Sampai rumah, elok² pukul 4.
Sara and Muhammad elok tidur all the way home.
Aisha je teman Ummi.
Si kakak memang payah sangat nak 😴

Petang jam 6, muncul kat timeline...
Econsave Jenjarom baru buka.
Promosi sayuran dan buahan, murah².

Off to the crime scene dgn Ayah dan Shafiq (mi hermano)
Grab a few groceries.

Balik. Allahu Akbar.
Super duper tired.

Played them their favorite movie – TROLLS
Bagi our Husnies makan. Elok semua makan hari ni.

Alhamdulillah
They are all sleeping now.
Ummi bakal follow.

Memang wajib 😴 now
Cuba bersama harapan jap lagi ada yg boleh kejut around 2am.

Ummi kena terpacak depan PC since ada job kena submit tomorrow.

Tak banyak dah. But still..

Good 🌃  dear
I hope esok ada sikit rajin nak bebel on you.

Do not forget to shine 😘

Sunday, August 27, 2017

3 Perkara

¹Sebagaimana usia tua tidak menjadi syarat utk mati.

Mati juga bukanlah syarat untuk kita merasakan kehilangan seseorang. Boleh jadi hijrah menjadi sebab. Mungkin juga hilang kewarasan boleh jadi sebab kita hilang diri insan yang pernah memberi makna dalam hidup.

²Sebagaimana adalah lebih baik gagal setelah mencuba. Daripada tidak tahu pencapaian diri.

Overcome the fear. Ada masa takut merasakan pahitnya kebenaran. Maka ada antara kita memilih untuk berasa selesa dengan hidup dalam ketidakpastian. Rugi. Rugi. Bila masa mahu belajar.

Bukankah hidup ini semata untuk diuji. Untuk dijadikan lebih kuat, lebih matang dari saat yang berlalu. Baik atau buruk, pasti terselit hikmah. Cuma perlu yakin. Dan bersedia.

Tak perlu juga sibukkan diri menyelidiki aib insan lain semata mahu rasa mulia. Kita semua pendosa. Bila² masa sahaja boleh dibogelkan. Hanya kalau Dia yang mahu.

³Be sure.

Yakin. Pastikan.

Pandang. Lihat. Dengan mata hati.

Kerana hati, Dia yang pegang.

Wednesday, July 12, 2017

Wanita Luar Biasa

Watak utama: Niena Baharun
Drama: Wanita Luar Biasa

Senyum meleret tonton sendirian drama inspirasi ni.
Kekuatan hanya dari Tuhan.

Biarlah kalau satu dunia menghambur nista, berniat jahat, berusaha membuat kamu kelihatan buruk.
Selagi segalanya milik Dia yang satu. Kamu pasti menang, dihujungnya.

Ruang dan waktu privasi mungkin banyak membantu. Biar sejuk, biar tenang, biar lapang dada untuk sedar, yang kamu telah pun punya segala yang kamu perlu.

Keep your circle small and most importantly.. CLEAN.

Love yourself. 

#bukansinopsis #moralofthestory #loveyourself #allahada ✍

Sunday, May 7, 2017

Tokmad, Susu dan Cuping

Uniknya dia pada tidurnya.
Kalau ngantuk, bukan bantal yg dicari.

Buatkan susu. Hulurkan cuping telinga, biasanya Sara jadi mangsa. Maka mudah dia belayar ke alam mimpi.

Sedikit tentang Tokmad.

Sekarang ni masa tidurnya. Sambil dia habiskan susu, Ummi belanja cuping kiri ni pada dia. Biar Ummi tuliskan entri ini, buatmu anak.

Besar nanti biar jadi kenangan manismu membesar dgn Ummi. Ditakdir sempat tua bersama kamu, ceritakan pada Ummi ye.

Si kakak masih liat tak mahu lelap. Dengan Awwal, berdansa depan TV.

Sara, kejap golek ke kiri, kejap ke kanan. Sama, masih berjaga. Masih mampu senyum bila dipanggil.

Ok. Ummi ngantuk. Jom tidur.

Assalamualaikum.

Wednesday, February 22, 2017

Aku? Pilih.

Hari ini, cerita tentang dua jenis manusia.

Satu, dalam suka atau duka, TETAP BERSAMA. Tiada persoalan tentang siapa salah. Lebih penting, KITA LALUI BERSAMA.

Dua, dalam suka ketawa bersama. Tiba saat sukar, SIAPA SALAH lebih dulu jadi soal utama. Perlu ada seorang yang perlu dipersalahkan untuk pihak lain berlepas diri.

Aku? Pilih.

Press