¹Sebagaimana usia tua tidak menjadi syarat utk mati.
Mati juga bukanlah syarat untuk kita merasakan kehilangan seseorang. Boleh jadi hijrah menjadi sebab. Mungkin juga hilang kewarasan boleh jadi sebab kita hilang diri insan yang pernah memberi makna dalam hidup.
²Sebagaimana adalah lebih baik gagal setelah mencuba. Daripada tidak tahu pencapaian diri.
Overcome the fear. Ada masa takut merasakan pahitnya kebenaran. Maka ada antara kita memilih untuk berasa selesa dengan hidup dalam ketidakpastian. Rugi. Rugi. Bila masa mahu belajar.
Bukankah hidup ini semata untuk diuji. Untuk dijadikan lebih kuat, lebih matang dari saat yang berlalu. Baik atau buruk, pasti terselit hikmah. Cuma perlu yakin. Dan bersedia.
Tak perlu juga sibukkan diri menyelidiki aib insan lain semata mahu rasa mulia. Kita semua pendosa. Bila² masa sahaja boleh dibogelkan. Hanya kalau Dia yang mahu.
³Be sure.
Yakin. Pastikan.
Pandang. Lihat. Dengan mata hati.
Kerana hati, Dia yang pegang.