Sunday, February 28, 2010

were born free

hidup ni, setiap dari kita dilahirkan merdeka. merdeka/bebas buat pilihan. kecilkan skop sket, tentang pilihan utk bagaimana kita jalani hidup.

maaf. seorang rakan, mungkin sedang mencari diri. baru tadi, lagi sekali dia mengeluh. kerja, rakan bersilih ganti. dengan dia angah sangat takut klu dia berputus harap dgn hidup yg dia ada (sebab dia pernah menyerah kalah). 

selalu bersyukur dengan kewarasan yg allah bagi, sekurangnya dapat berfikir dengan baik (biasanya), and setiap kali pn dalam ape jua keadaan, angah katakan pada diri, kita hidup dengan pilihan. 

angah pilih ikut kata hati dari kata org lain. bukan degil, langsung tak dgr pendapat/nasihat org lain. yang baik sentiasa angah ingat, jadikan panduan. tapi kalau kata org tak bantu kita utk terus ke depan, nape nak ikut? baik lagi cakap dgn diri sendiri selagi kata hati tu mampu bagi semangat teruskan hidup. and sentiasa ingtla, we r never alone. allah tu sentiasa ada kn.

dan manusia ni ade pelbagai sifatnya jua. 1-pemberi semangat, 2-peluntur semangat. siapakah pilihan kita?? angah pilih keduanya. kerana mereka tetap manusia, doakan yg terbaik utk semua. kalau tak terluka, kita takkan faham bagaimana rasanya sakit. sakit pn boleh dirawat kn? :) isn't allah the greatest? dia takkan uji kita dgn hal² yg diluar kemampuan kita.
2:286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." 

kalau sedih, angah ada ubat. ni die :)

sempurnakah hidup?? jangan harap. tp penting utk kita berikan yg terbaik. kadang tu ada jugak tersalah pilihan. and ade satu bahagian dalam hidup ni angah rase kesilapan dalam membuat pilihan yg dulu, buat angah sedar, kadang allah beri kita peluang kedua untuk buat pilihan sekali lagi, dan betulkan apa yg tak betul pada kali pertama. jadi sangatla perlu untuk kita bersyukur dgn ape je, nikmat or dugaan.

1 comment:

  1. eh...dia pakai baju kelab taekwondo Koryo kan tu??It's my taekwondo Club along time ago...since i was 12years old...^^'

    ReplyDelete

Press