Thursday, September 30, 2010

jalan berliku itu.. arah ke mana aku?

salam.. dah agak lama terjeruk. cuma malam ni, tergerak hati nak menulis juga.. bukan niat menjelaskan, sekadar memberi sedikit kefahaman tentang jalan yang terpaksa aku lalu dari penghujung ramadhan sehingga saat ini. nampak belum ada sudahnya.. 

bunyi macam mengeluh?? tak juga.. cuma keberatan menjadikan semuanya alasan melepas diri dari kata dan janji yg ditabur sebelum segalanya bermula.. sungguh ini bukan alasan, bg semua yg terjejas.. maafkan..


9 ramadhan - pi jenguk uwan (nenek) kat umh mak lang.. uwan nmpk berisi, selera makan -kalah org sihat. malam tu singgah beli mi hailam atas permintaan org sakit. sodap :D katenye..

10 ramadhan - uwan mula masuk wad, lepas pengsan kat umah maklang.. -baru semalam tgk uwan ok jek. makan selera.. hari ni..?
lepas 4-5 hari kat spital, dalam masa tunggu result darah kuar, uwan jatuh dr kerusi.. retak pula tulang paha.. 
2 hr lepas tu uwan pindah ccu.. cuci darah.. buah pinggang tak mampu berfungsi baik..

30 ramadhan - aku and azri bermalam raya kat spital, tggu uwan. maknenye pagi raya aku and azri beraya di hospital (ppukm).. menggantikan yg lain yg lagi lama stay kat spital.

2 syawal - dgn niat menyambung kembali silaturrahim, aku ke kedah. bukan kampungku. tp tempat mereka yg banyak membantu dalam perjalanan aku mencari diri tak lama dulu. dr kepala batas ke kuala nerang.. jumpa jugak keluarga angkat ;)

4 syawal - seorang insan yg ku kira bakal menemani perjalanan hidup salah seorang adikku dijemput pulang. kemalangan motosikal. baru sekali aku dipertemukan tp entah kenapa berita pemergiannya begitu memberi kesan. dia yg istimewa itu namanya anuar. arwah anuar. kawan baik apit (shafiq). umur 16 tahun. semoga allah melimpahi rahmat ke atas rohnya. amin.. melihatkan apit tanpa kelibat teman rapatnya itu, buat aku sedih. apit mungkin lagi sedih, tp tidak terzahir. doa aku, semoga dia dipertemukan lagi dengan seorang sahabat yg punya kualiti seperti arwah, supaya aku juga tenang..

5 syawal - dikejutkan panggilan telefon sepupu kami, kimi menyampaikan berita bahawa abangnya kibal (arwah iqbal) pergi meninggalkan kami mengejut.. umur 20 tahun. semoga allah melimpahi rahmat ke atas rohnya. amin..

6 syawal - meneruskan plan, aku ke endau.. kenapa masih pergi? jawapannya biar aku simpan sendiri.

14 syawal - uwan boleh keluar hospital. bawak balik ke rumah mak lang.

15 syawal - uwan pengsan lagi! telefon ambulans.. berkampung lg kami di ppukm.. peluang 50-50 kata doktor. uwan bergantung kpd mesin untuk bantu dia bernafas. dan dia perlu dipindahkn dari kecemasan.

16 syawal - lebih kurang 1pagi. ambulans bawa uwan ke hospital di slim river, perak. paling dekat katenye. doktor kata, icu area kl, selangor, seremban yg ada required equipment da full.. tiada pilihan.

22 syawal - hari ni. semalam leher uwan ditebuk utk uwan cuba bernafas normal. doktor kata ok. cume sedang monitor perkembangan seterusnya..

dr 16 syawal smpi hr ni, mak kat hospital tunggu uwan. majlis tunang ika (my only sis) minggu depan jek. apa nk difikir lagi??

pembantu kemboja yg dua orang tu, lari pulak pagi semalam. ayah pening pikir majlis nk dekat, sape nk tolong masak sume.. allah maha mengetahui.. isnin lepas makcu jmpe pembantu ayah yg lama (ain) dlm tren.. masyaallah.. perancangan dia sangat sempurna :) rabu depan ain akan kujemput di kl sentral utk membantu majlis.. hal kemboja yg dua orang tu, biarkan mereka.. tak perlu ayah pening fikirkan mereka lg.. ada perkara yg lebih penting yg perlukan perhatian..

p/s: doakan spy uwan spy cepat sembuh, dan perjalanan majlis ika supaya lancar, kesihatan rohani dan jasmani utk keluarga kami, rahmat allah atas arwah anuar dan kibal.. 

sayang untuk semua :)
barakallah..

Monday, September 27, 2010

surut sudah amarah, kesal berpanjangan..

manusia biasa, kerap tersilap, kerap jua terkhilaf, itulah aku.. masih mencari kekuatan.. masih cuba berhikmah dalam bicara.. tapi sabarku terlalu tipis. kerap sekali terkoyak, kerap itu juga berusaha kujahit koyaknya. bila agaknya proses itu dapat aku noktahkan. kesal lagi.

tatkala amarah itu terpaksa aku lampiaskan. banyak hati yg mahu mendengar, pasti terguris. bukan itu yang aku mahu. yang ku mahu supaya kau membeli sedikit nasihat dalam kesalku dengan masa yang maha pencipta pinjamkan kepadamu. dan anggap saja ia sebagai sedekah kamu kepada diri jika tak mampu niatkan kpd makhluk selainmu.

aku. aku tak mampu memikirkan kemungkinan itu. tak mahu jika rasa kesal dalam kemungkinan itu benar² berlaku.

sungguh, jangan kau redha air mata ini menitis dek rasa kesal kerana memikirkan betapa kau tidak berusaha membawa bekal yg secukupnya menemui tuhanmu nanti. betapa kau tidak berusaha meyakinkan bahawa kau seorang yg mentauhidkan pencipta seumur hidupmu. betapa aku gagal membuat kau faham bahawa kita ini hamba. dan peranan seorang hamba.. tak pernahkah kau maknainya?

berikan aku peluang menangisi pemergianmu kerana redhaku atas usahamu untuk dekat kepada dia.. bahawa sesungguhnya kau pergi bersama syafaat atas perkara baik yg telah kau perbuat semasa hayatmu. bahawa kau telah sampaikan ilmu yg membawa manfaat kepada insan yang telah mengisi ruang hidupmu.

namun, satu perkara yang aku yakin.. kau atau aku tak mungkin tahu mana satukah antara dua itu, destinasi kita selepas hayat ini.. bukan aku atau kamu yang tentukan.. pintaku cuma satu, agar kita sama berusaha..

"selagi kita berpegang kepada keduanya"

Wednesday, September 8, 2010

Kisah Teladan untuk memandu hati..

Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Uthal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w. Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: “Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?”

Jawabnya: “Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu”.

Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya. Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?”.

Jawabnya: “Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih”.

Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?”.

Jawabnya: “Seperti yang aku katakan kepadamu”.

Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: “Bebaskan Thumamah”.

Lalu Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.

Beliau juga berkata: “Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi. Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..”.

Kupetik dari Minda Tajdid Dr.Maza

Tuesday, September 7, 2010

semuanya akan kembali kepada KAMI..

Salam pagi Selasa yang indah, :)

Ingin aku sampaikan beberapa potong ayat.. 
Mengajak saudara/i dan rakan² kembali kepada fitrah.. 
Sempena Aidilfitri :)

Sempena hari kemenangan kita..  
Apa agaknya tafsiran kemenangan bagi setiap dr kita ye..?
Mungkin masih berbeza
Aku dgn tafsiranku
Kamu dgn tafsiranmu..

Aku berdoa pada yang Maha Kuasa
Semoga sempat sampai di hari itu..
Hati kita memberi tafsiran yg SATU

Sekadar pesanan untuk kamu, dan utk diri sendiri..

Sunday, September 5, 2010

terusik..

12:20 pm.. three of us but lonely.. sweet loneliness tho'. dua lagi still in dreamland.. heaven ;) baru balik dr kelas. such a group of wonderful boys.. hope you guys are gonna make it through.. amiinn.. 

dah noon, tp redup je pemandangan, seredup hati yg terkenang wajah insan tersayang.. beza sikit rasenye tahun. atas alasan apa, kau akan faham andai kau punya hati, fikiran seperti aku ;)

ramadhan dah nk ke penghujung.. hati ni sayu jek.. tak macam tahun² lepas. dah lame gak tak rasa sentap bile mendengar lagu raya yang evergreen berkumandang.. sekadar alternatif kpd kesunyian.. tp tahun ni segalanya semacam je.. syahdu.. rasa cam lebih bermakna je atas semua yg berlaku tu.. lebih hidup rasenye..

pagi lagi hari ni, alang da membebel.. katenye apau da sibuk menuntut.. maklum je raya da makin dekat, persiapan tuk dorg belum aku uruskan lagi.. tp korang ni cam ta tau jek.. kite kan last minute spender.. ape nk risau.. ;p kita kan cool.. 

yang penting kita bersama tahun ni, ayah kate nk bakar lemang lagi.. sebelum uwan sakit hari tu, aku ade jenguk uwan, n da maklumkan pd uwan hasrat ayah tu, uwan quite bangga la menantu die nk teruskan tradisi tu.. n sempat gak uwan ingatkn sukatan yg betul tuk buat lemang tu.. keesokkan harinya, uwan da tak berdaya.. ape pun uwan lekas sembuh.. raye kt umah kitorg tahun ni ye..

mi primo [dayah] y la abuela [uwan rasuna]

y mis queridos hermanos, angah will come home.. maybe today.. as alang da start membising, and cuti skolah pn da mule.. so da takde alasan. 

Press