Tuesday, December 28, 2010

biar dicaci darah sendiri

#ayah pesan.. ;) eheh cam nk tweet trending lak..

ayah kata angah tak boleh ikut mereka.. mereka bertindak tanpa memikir banyak macam angah.. mereka punya tenaga fizikal lebih dari angah.. jadi kamu berbeza.. carilah alasan untuk tidak menurut kemahuan mereka.. mereka boleh jalani semua tu tapi bukan angah.. nak pulak nanti bila mula sekolah, banyak lagi perkara yg bakal terlahir dari fikiranmu.. 

senyum. :)

ayah,
tak perlu risau.. tuhan maha tahu risau ayah tu, Dia da beri mereka jawapan tanpa perlu angah beralasan.. tuhan beri tanggungjawab tu kepada orang lain untuk memberi hint kepada mereka.. dan beri masa angah bina kekuatan untuk memberi sebab.. tiada alasan :) dan situasi kali ini.. menang-menang.. alhamdulillah..

mak, terimakasih.. kerana faham.. marah ni, bukan tiada bersebab.. marah ni kerana risau akan natijah dari tindakan yang mereka tidak nampak.. 

heihei..! my life is not that bored, murung ok.. tapi itu yg sedang dijalani.. hidup penuh warna warni.. warna hidupku sekarang..? :)

nak menjauh bukanlah sukar
nak dilepas tak jua susah

tak mahu senang semudah itu
kasih bertaut hingga ke hujung
biar badai datang menerjah
biar dicaci darah sendiri

ihsan cik gugel..
kerana jasad ini masih bernyawa
kerana namaku masih isb

tak mahu dibilang pengecut
kerana tak bisa meluahkan
tak mahu juga dijulang tinggi
kerana aku masih hamba tak punya kuasa

Sunday, December 26, 2010

isolating myself.. again..?

people are buzy tweeting.. and all they tweet is the number of goals malaysia has scored so far.. thanks for the updates.. well, i am also updating myself by watching the game, live on tv (je..) ehhe..

despite the feeling to isolate part of me again.. (first time in this year..), i would still love to be a part of a history in the making.. and friends on the other social network.. if you feel like i have been (am) taking a distance, frankly speaking.. i am.. all i would (only) love to do for this moment is liking all the comments and the status posted, whether on my wall or others'..

reason being.. urm, i am sorry.. i was hurt bad enough, collectively.. and my misson is.. to find the broken pieces.. thanks for the support dear reader.. you guys are so much appreciated, we hardly meet, at times it feels like we are so close like we've known each other for years.. is true.. thank you..

the moment you come and say salam/ hi to isb.. i know i have more than a thousand of good reasons to smile.. :)

Thursday, December 16, 2010

Calling for Charity..!! | Jualan Amal Yayasan Salam @Tesco Rawang, 18-19 December 2010

ahha cam biase ar..
click to enlarge ;)
sharing with my beloved readers these inspirational quotes :) i love you.. 
While earning your daily bread, be sure you share a slice with those less fortunate. ~Quoted in P.S. I Love You, compiled by H. Jackson Brown, Jr.
We make a living by what we get, but we make a life by what we give. ~Winston Churchill
hi kawan-kawan..! meraih perhatian insan² terpilih..! cewahh.. eh betulla ni.. kamu semua adalah antara yang terpilih untuk terima khabar gembira ni.. 

urm.. nk bgtau.. ni kami nak jual saham.. tp tempoh matangnya di akhirat kelak :)

kpd kawan² yang punya masa and tergerak hati nak membantu, membeli, beramal.. mehla join kami.. haishh asik sibuk memikir diri saje.. apa kata for at least once.. kita fikirkan saudara²/kawan² kita yg kurang bernasib baik/memerlukan sedikit perhatian/masa dari kita..?? 
Al Hadiid 57:11. Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak.
sungguh, kami tak mampu nak balas atas apa jua yg anda sumbangkn.. semoga Yang Lebih Berhak memberikan balasannya nanti ye.. insyaallah..

**yg berminat, bleh la refer butirannya dlm mesej di bawah :) atau ke website atau facebook Yayasan Salam

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------- *

Salam untuk semua sukarelawan.

Yayasan Salam Malaysia (SALAM) melalui sukarelawan Special Interest Group Community (SIGC) akan menganjurkan jualan amal seperti berikut:

Tempat: Tesco Rawang
Tarikh: 18 Dec - 19 Dec 2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 9.00 a.m. - 9.00 p.m.

Oleh itu, kami memerlukan bantuan para sukarelawan untuk menjaga kaunter dan booth jualan amal tersebut mengikut shift seperti berikut:

Tugasan mengikut shift: 3 orang/shift
  1. Shift 1 : 9 a.m.-12 p.m.
  2. Shift 2 : 12 p.m.-3 p.m.
  3. Shift 3 : 3 p.m.-6 p.m.
  4. Shift 4 : 6 p.m.-9 p.m.
Sila hubungi Irnie (012-2965165) atau emel: irniesb@yahoo.com untuk membantu. Bantuan sukarelawan sangat diperlukan.

Para sukarelawan juga dijemput ke jualan amal ini untuk membeli sambil beramal. Kutipan dari jualan amal ini akan disalurkan untuk membantu keluarga-keluarga daif terutama di Kuantan, Pahang.

Tuesday, December 14, 2010

Aku | Sudah Melukakan

Aku..
sudah melukakan
mungkin juga sudah terwujud jurang
yang tidak terbina dalam sedar
yang tidak terbina dalam inginku

bagaimana mahu dilelapkan mata

bila hati hilang tenang
bila akal, faktanya berperang..
antara yang tersurat dan tersirat
bila yang senang tiada lagi senang..


masih berfungsikah diri
tiada ku tahu..
perlukah aku ambil tahu..
fikirku perlu..

kerana
kita berbeza..
bukan dari apa yang kau nampak
bukan jua dari yang aku nampak
bukan dari apa yang mereka nampak
bukan dari pandangan siapa pun

tapi kau pun tak bisa menafi
bahawa kita memang berbeza
kau dan aku
aku dan dia
dia dan kau

tapi pentingkah persamaan tanpa beza?
pentingkah perbezaan tanpa sama?

maafkan aku.. kerana berterus terang..
menzahirkan apa yang aku rasa

apa jua yang membezakan kita
status kita tetap sama
tanggungjawab tiada beza

lima satu lima enam
terciptanya kita bertujuan
dan kau lebih arif tentang itu
maafkan aku..

Sunday, December 12, 2010

Semuanya Dalam Satu | #2

#1
Natrah 2 | The Inspiration 


ahha.. paling murah punyer.. ;)
first time masuk panggung sari..
uhhu.. tingginye.. gayat...

Accomplished. At last. Smile on my face. What a satisfaction. Those out there who has never attended to this play, should not miss the opportunity to do so. Heard that they are going to extend the play until this tuesday. (erk.. ayat² ini dr draf, prepared over a week ago ;) Baru hari ni dapat publish.. 

What has Natrah made me?

Was there with Natrah and people who had, at their best stood up for her. I heart and pity Natrah at the same time. Wish she had the strength to finally choose.. Alfatihah. Wish I was there with her. But still I would posibbly lend none other than a helpless hand. --ehhe, keluar je dr panggung sari tu isb seperti biasa, mata membengkak, hidung tak kering.. ehhe.. kenape eh..?? erk.. ntah!!-- tak baik tau erma, mainkan emosi isb.. ;p

hati ni bagai disiat-siat dalam cubaan menjiwai natrah.. natrah..

Tentang Natrah

§ A must-watch play. A must-read story to live with §  Excellent actors §  Excellent direction §  Excellent chareography §  Excellent in every single aspects §  Perfect score!!

cuma ada isb ke blog² yg membuat entry tentang teater natrah ini, nyata mereka lebih banyak pengetahuan.. isb cuma ada minat dan sedikit sahaja pengetahuan tentang apa yang berlaku.. terima kasih isb kpd merekakoishie, hana ahmad

Me @isb | To have watched Natrah,

Mansor Adabi | isb ada satu isu yg tak selesai dgn kewujudan mansor adabi dalam hidup natrah.. kesal kenapa usahanya utk natrah terhenti setakat di situ.. mahukan lebih dari mansor.. tp isb hanya tahu sedikit tentang kisah mereka.. jadi biar kesal itu isb simpan sahaja..

Dance again..! | I feel like dancing again.. ;) Will be signing up for swatari once again! Ahha.. Last time tak habis lesson lg da sibuk nk bercenta :P --boo to isb.. Boo!-- hopefully I am not banned for having done what I did to them.. ;) So pakngah, pls let me in.. pls.. I sekarang dah free on Saturdays and Sundays untuk commit with the dancefloor.. :D

#2
Solek | by Kak Sham

Ahha, cam tajuk drama jek. Ye. Betul la tu. Solek. Bukan solex ye. Ntah knp Kak Sham, kerani di sekolah, asik dok ulang, "Ngah, make up la sket. Pakai eye shadow sket, oles sikit gencu (gincu ;) kat bibir tu, make up la.. Ni pucat lesi je akak tgk.." Hikhik. Senyum. Kak, akak nak suruh sy makeup? Makin serabut kepala ni nnt.. Ahha.. Gelak.. Dgn masanye, costing lg, with the double attention I would possibly get (woops.. terperasan plak ;) and the extra care I would have to give.. Udah le nk tgk cermin pn malas.. Inikan pule.. 

Lalu, tercetus ini.. Layankan je la.. 32 saat je pun..

Sekadar hiburan.. :)
--mesej: kamu perlu terima sy seadanya--

#3
Volunteerism | all about ‘Jualan Amal’ 

kecik sangat eh..? tak nampak..? try klik pd imej :)

Fridge magnets

ehhe.. ni yang isb paint sendiri k..meh la join jualan amal nnt.. 
i will be there insyaallah..

Look at my first (batch) handmade fridge magnets! Ehhe.. Those lil cuties are going to be on sale this 18-19 December.. grab one for yourself or maybe the loved ones..?? ehhe.. macam la cantik sgt ;) but people.. listen.. ini serius.. those fridge magnets, were painted with care and lots of love (that makes them so special) ok.. you might fall in love with them at the first sight (or you might fall in love with the painters, ahha we never know ;). Ehhe.. trust me.. don’t trust! :D

A CARful of donations

Ehhe.. Nak gelak lg nih.. Rakyat Malaysia sememangnye sangat pemurah ok.. natijahnya, my baby savvy yg kecik molek tu is now full of clothes, toys etc.. Da macam store bergerak pun ade.. ;) 

Semua kerana kuasa yang Maha Rencana (meminjam kata² pemilik blog kehidupan selariku) barang² yang tersebut td rupanya dah seminggu berada di dalam kereta si penderma yg dirahmati Allah tersebut.. Tak tahu nak dihantar ke mana sehingga hatinya terdetik merujuk kpd cik google.. Akhirnya sampai jua barang² tu ke saluran yg satu ini.. Sejurus mendapat panggilan telefon tersebut.. Terus isb dan fatin ke Ampang utk merealisasikan hasrat penderma yg budiman itu.. 

Eh.. sesiapa yg masih berhasrat untuk menderma, silakan ye.. masih terbuka.. urmm.. kami sebenarnya menantikan lagi sumbangan kalian.. cuma lagi besar hati kami kalau ada yang nk sumbangkan barang mainan, barang antik/perhiasan... sebab bilangan kumpulan ini masih sedikit jika dibandingkan dengan pakaian.. --jenuh isb menyeterika baju² yg nk dijual nnt, itu pun belum habis operasinya--

#4
Wilson Lema | Spiritual Music 


Balik dari berurut tadi, makcu ajak pi Amcorp Mall.. makan mi kari.. sedap katenye.. sambil cik yani sedang menunggu kami di sana.. met this guy.. playing his instrument.. ape name instrument tu pun, isb kurang periksa.. sebab da letih sangat.. tp adela stop jap at listening to his music.. you...! ini serius.. i dah jatuh centa kot ng music die.. :D ehhe..

makcu suruh capture a video of him playing.. but makcu.. i was so not in the state of making a video on anything pn tau.. perut lapar.. keletihan melampau.. isb sempat amik sekeping je foto dia..

Wilson Lema's last day @Amcorp Mall :(

#5
Bagaikan Puteri | Dah Dapat..!

found! @downtown, cheras
RM17.00 sahaje.. :D

Thursday, December 2, 2010

Sebagai Manusia Aku Sayang Kepadamu | LS

Sebagai pembaca yang belum juga sempat membaca satu pun karya Ramlee Awang Mursyid, aku sudah pun jatuh hati kepada Laksamana Sunan ini. Pergilah ke mana blog pun dalam misi mencari pandangan blogger tentang karya RAM ini.. kebanyakan tak lepas dari highlight kata-kata azimat LS tu.. "sebagai manusia, aku sayang kepadamu".. 

semakin aku geram, semakin aku rindu.. wah belumpun sempat walau memegang sosok novel yang mengkisahkan empunya watak LS tersebut.. hati sudah jadi rindu.. jadi misi maya ini akan kubawa ke realiti..

ingin juga mendalami bagaimana hati Sang Ratu boleh tunduk kepada Sunan bersandarkan kata-kata tersebut..

pesanan kepada rakan-rakan yang mengambil berat. soal jodoh tak pernah aku ambil ringan. nasihat/kata-kata kalian semua benar dan aku sangat hargai semuanya. tapi ada satu perkara yang aku percaya, bahawa Allah Maha Tahu apa keperluanku. Dia hanya beri setakat yang aku perlu. =) Alhamdulillah.. dan aku sangat bersyukur dipertemukan dengan kalian dalam tawa, dalam tangis.. :D Terima kasih..!!

dan nak aku sampaikan pada semua.. meminjam kata-kata Sunan.. 

kamu tahu kebenaran itu kan..??

erm semalam ada seseorang minta aku beri perhatian kepada lagu ni.. ok jom kita layan sesama.. ahha.. memang layan.. thanks buddy.. :D and kepada seseorang tersebut.. :) thanks..


Press