Thursday, October 13, 2011

Pesan

Seharusnya sudah ke alam mimpi sekarang tapi skrip hidup yang baru dilewati masih tergenggam rapi. Tak mahu pula perginya.

Malam tadi seorang lagi wanita berusia yang baru saja disapa memberi gambaran bahawa mereka akan mula bersahabat. Bertitik tolak dari perbualan tentang 'jeli kelapa'.. di salah satu lorong sibuk yang tak pernah sepi di pasar malam chowkit..

Wanita tua itu nampak seusia emak. Di pertemuan kali kedua.. dia mula rancak bercerita tentang keluarga yang jauh duduknya. Seperti sukar untuk akhiri, dia terpaksa jua berhenti sambil menitip pesan.. "Amalkan Tahajjud di malam hari nak.. Allah pasti akan beri setimpal dengan keperluanmu.."

Dia bahagia. Bukan kerana harapan yang diberi oleh wanita seusia emak itu, tapi kerana kemurahan hatinya menitip pesan. Dia berasa hatinya mula hidup kembali setiap kali. Pesan mereka yang sentiasa mahu dia bawa dirinya menghampiri Ilahi.

Teringat seorang rakan, yang rajin berpesan untuk sentiasa 'bertahajjud cinta'.. Tkasih ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments:

  1. "Amalkan Tahajjud di malam hari nak.. Allah pasti akan beri setimpal dengan keperluanmu.." <----pesanan yg penuh hikmah...teringin mahu sapaan sprti ini

    ReplyDelete
  2. .. dari siapa pun yang penting kita berlapang dada mendengar dan sedia terima saranan, nasihat, teguran membina.. insyaallah nikmat pasti terasa kan..? :)

    ReplyDelete
  3. dh dpt pesanan ni klu x dpt diamalkn pon sesekali jika ade kelapangan jgn lupe dilakukan ye.. ;)

    ReplyDelete

Press