Saturday, November 17, 2018

Impressive Kakak. Gracias.

Touched by an angel.

Jujur Ummi ni bab perkembangan anak² tak berapa nak prihatin sangat. All I know is layankan je perangai. Kalau ok layankan, nanti kalau dah go overboard mula la terpekik terlolong bergaduh dengan anak. Yes. Gaduh a lot. Dah macam orang hilang pedoman, maknye pun 😂

Tadi checkup kakak kat klinik. Nurse tanya perkembangan and suruh dia lukis orang. I was like.. being smashed hard on the face sebab seingat Ummi tak pernah ajar anak² melukis. Yang Ummi tau belikan pensel, pandaila korang nak buat apa. Cuma kadang kakak suruh Ummi lukis benda² yang kakak nak, Ummi lukis je. Tak pernah ajar.

So the moment nurse bagi kakak pen and kertas. Kakak pandang Ummi, Ummi pandang kakak. Senyum. Terus Ummi berpaling pada si abang. Don't know what to say nor what else to do. Ummi just redho apa pun the outcome.

Nurse was impressed. Katanya biasa budak umur 5 tahun dapat lukis 3 bahagian badan pun dah ok. But kakak, she managed to almost complete an orang. (maafkan campuran bahasa itu ya).

This is an achievement kakak. Thanks to the teachers and thanks to you for being you. Ummi sayang kakak. So much.

Pending post 02072018

My six-months-challenge starts now

Let's mark today as the very first day of the #sixmonthchallenge.

A mother of 3. Should find her way back to that someone she once was.

Positive. Hardworking. Ambítious. And the list goes on.
Anak dah tiga kot. Amanah tu. Berat bahu ni perlu jadi Ummi terbaik untuk anak². Pelindung. Pembimbing.

Most of them don't have a clue, the story Allah has written for this soul. Despite all, she lived. And the fire 🔥 inside her still burning. Flaming on so that her soldiers could see and be proud having to know her this close.

Abg Noi called. Asking for the proposal.

The oven. The laptop. The inspiring daughters and son around her are the factors.

To be continued...

Wednesday, September 12, 2018

Rinjani 2018

Cerita dari Lombok. Gempa Lombok 2018. Klik: Rinjani.

Ambil iktibar. Kerana tangan manusia jugalah yg melakukan kerosakan atas bumi. Aku percaya. Belajar dari kisah di sekeliling. Pernah berkali-kali dulu di zaman nabi, cara Allah memberi pengajaran juga sama.

Dari kisah tsunami dan banyak lagi kisah Allah terbalikkan sebahagian alam kerana perlu bersihkan bumi ini dari kotor sikap manusia. Berkali-kali lagi kita gagal terima pengajaran.

Kecilkan skop. Bersihkan apa yg 'kotor' yang menyalahi hak Yang Maha Kuasa dalam diri. Kemudian bersihkan apa yg 'kotor' yang menyalahi hak Yang Maha Kuasa dalam keluarga.

Yang di atas dulu. Paling tidak.
Kemudian bangsa. Kemudian negara. Kemudian dunia.

Semuanya akan baik². Insyaa Allah.

Sunday, September 9, 2018

Ujian malas

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Lately terasa sangat malas menguasai diri. Semangat jalani hidup tu hanya sekadar mengurus 3 ketul ni. Makan masih selera macam biasa.

Production jangan cakaplah. Slow. Nauzubillah. Beratnya tulang nak make some effort. This is totally not right.

Dulu masa kerja selalu jadikan alasan kalau tak boleh nak start business kecil² and consistent. Dah penat kerja 9 to 6 then balik rindu main dengan anak. End up, part time jadi terabai.

Now Allah dah bagi ruang. Alasan 9 to 6 dah takde. Banyak masa kot. Cuma ye lah. Anak rapat², kecil² lagi. Tenaga habis ke situ.

Tapi kalau nak compare, sebenarnya I could be more productive now. I know I can. Cuma something is blocking me from being better. Ya Allah jauhkan aku dari sikap malas ni.

The kids have been great. Growing up healthy and happy. Playful as always.

Monday, August 13, 2018

Benjolan bawah ketiak. Sara.

This is my first time.
Having to handle this kind of situation.

Three weeks back, early in the morning.
Lepas mandikan tiga ketul ni.
Terkejut Mak 😨

Terjojol kelihatan benjolan sebesar buah rambutan kat bawah ketiak Sara.
Terus refer kat Ayah, dengan selamba dia kata "Oh, kelenjar tu. Dulu masa kecik², budak² biasa kena."

Teringat kat Amer (my brother), seminggu sebelum tu, dia ambil antibiotik kat klinik untuk surutkan and hilangkan sakit. Melayang RM200. Swasta. Kes sama, katanya.

As for Sara, dalam rasa terkejut tu, Ummi terus bawa ke klinik. Tak tangguh dah. The doctor only look from a distance. And prescribed a bottle of antibiotic and pcm syrup.

Melihatkan tindakan doktor yang macam tu, Ummi pun lega jugala. Mungkin takde yg perlu dirisaukan sangat.

DAY 5. Benjolan tak surut, Bancik suruh bawa ke hospital. Risau. He came across articles on lymphoma.

So to HTAR I brought Sara.

To be continued..

Friday, June 8, 2018

A loaf of bread and a wokful of Maggi curry noodles

Lama tak menyapa. Cliche.

But it is true.
It has been about an hour this brain cannot stop pondering about blogging.

My favourite past time activity long ago.
Bila mana disapa loneliness.
Which I enjoyed very much.

I loved being lonely. Layan diri. Layan blogwalking.
Kenal orang luar yang tulisannya menangkap di jiwa.
Terasa dekat. Sangat dekat.

Polos. Ikhlas.
Bertukar cerita tanpa suara.
Terjatuh hati tanpa sengaja.
Tak kenal rupa.
Melekat di hati. Kuat teramat.
Bahagia.

Aku kembali.
Mark this day.

Dulu, hanya aku.
Kini tidak lagi #hanyaaku 💕

Sementara menunggu bread loaf dalam breadmaker tu selesai dibakar, dan maggi mi siap dimasak adik bongsu kesayangan.

Press