Friday, August 28, 2009

learning another sweeeeet lesson ;p

Ramadhan Day 7

gonna be a quick and brief one. yesterday angah didnt go to work. sent makcu to the imi.gov to make herself a passport. and to try look for a solution to my case. ahha, kes bersangkutan dgn peminjam ptptn yg tegar tuk membayar balik pinjaman. im blacklisted and not proud bout it. now i hv learnt the lesson. angah has to start the 4-year plan tuk cleankn name. plan yg terpaksa angah buat utk tggung kesilapan lepas. uhhu. klu tak start dr skrg, tatau bile lg bleh setel. so the positive thing is, klu 4-year plan to accomplished, by the time umor 30, ptptn da langsai.. yeayyy..

but still unhappy gakla coz tpakse let makcu down. die da plan awal lg tuk gi ke kampung bambang ng angah and cik yani. 3 of us ni cam golongan wanita yg tertindas ng tanggungjawab masing². ingtkn leh la release tension sket time ke sana nnt. sblm bende ni jadi angah da tbayang² da suasana, makanan, kehidupan masyarakat kampung di pedalaman indonesia tu. kite even plan utk ke sana ng feri lg. gonna take us 4hours dlm feri. wah, da start sedih ni.

smlm ms gi pejabat imigresen ng ptptn, tuk tny dorg utk consider or buat rayuan psl blacklist ni, and to no avail, nmpak sgt muke makcu berubah. mine too makcu, tp mmg da takleh wat ape. but i promise to myself.. nnt lps setel semua ni, angah 'bayar' balik momen yg tak jadi kite spend together kali ni. bleh je kite gi balik ke sana 4thn lagi kn?? :D insyaallah..

so pasni angh will ask ika to accompany u. buatkn passport tuk die. hope u guys enjoy urself kat sana nnt. just abit worry because korg dua org je pi. pompuan plak. if gi dgn angah, xrisau sgt coz i kno how im gonna take care of u n myself.. ape pn, lets hope everythin gonna be super fine.. ;) just capture thousands of photos for me.. i will appreciate that. tears streaming down.

so, ths is it la. i am one of 300,000. padan muke.

Wednesday, August 26, 2009

uhmm..

Ramadhan Day 5

da start ngantuk nih tp plan xjalan lg.. adoiyaii.. back pain ni ntah bile nk menjauh.. sat lagi nk ke umah kak ngah lina lagi. pandai tul, smlm da pi.. file corrupt plak. ni nk gi amik balik. sok is my day off. amik leave tuk satu urusan rasmi. and to capture photo tuk my proposal. sian kat samantha. and sian gak pd badan angah ni.. tp mase tgk drama 'bukan bidadari' angah tertarik ng satu kata² 'what makes u happy, makes me happy :D'.. jom kite practice sama².. selagi mampu ok.

urghh.. kul 10. better off now. nk gi chow kit lg.. uhmm.. bleh x agak² dlm mase 2 jam setelkn dua tempat tu..? traffic, pls be kind to me.. pls..

Tuesday, August 25, 2009

sleepy

sleepy.. tahankan je. pasni nk take a nap. tetibe teringat before tido tak sedarkn diri kat atas sofa smlm. cousin-yaya amik port letak kepala atas riba angah yg mase tu malas berbaring. lepas bace msg balas dr seseorang yg sgt special tu, angah ingt nk reply msg dr apau. tgh pk ape nk balas kat si bongsu tu.. tetibe angh dengar cousin-atina jerit. "kak ngah! kak ngah! knp k ngah tido mase sms?" ahha. angah tertewas rupenye, tanpa sedar. saat itu jari jemari masih melekat di kekunci telefon ;) that was her last words lastnite yg bleh angah dgr.. lepas tu tatau ape jadi. bile dorg balik pn tatau. sedar² lebih kurang kul 02:00am angah tjage. lampu tak tutup lg, bancik ng cousin-kimi rancak melayan tv, at the same time goal.com. and.. angah tinggalkan dorang tuk sambung tido dlm bilik..

sepi

Ramadhan Day 4

2 hari yg sepi tanpa entry. masa kurang mengizinkan. diizinkannya dengan hal lain pula. weekend di rumah mak ng ayah. banyak hal perlu angah ambil tahu. adik²? macam biasa. semakin membesar. klu tidak diingatkn jumlah umur yg dorg bawak skrg, rasenye angah masih akan terus melayan mereka sama seperti dulu. seperti waktu mereka berada di sekolah rendah. seperti mereka membawa status kanak² yg belum 'mimpi basah' ;p ehhe.

dah besar rupenye adik² kesayangan. amer da tingkatan 5, syafiq di tingkatan 3. papau, si bongsu darjah 6. weekend lepas, selepas melayan jejak rasul kat tv3, angah melayan soalan² papau berkenaan 4 kitab² suci yg diturunkan kepada nabi² allah. kebetulan episod kali itu membawa kami ke tempat suci penganut kristian di jordan dan byk juga salasilah dan riwayat nabi dipersembahkan oleh hj mohd nor.

nasib baik angh ingt lg ilmu yg dituntut mase sekolah rendah tu, ada juga cerita yg boleh disampaikan. byk betul soalan apau petang tu. sehingga tersentuh gakla cerita kemunculan nabi isa a.s. dan dajjal di akhir zaman nnt (menyentuh kepentingan azan dan pilihan manusia utk ikut jalan yg betul atau yg nyata salah). soalan dipanjangkan smpai angah xberapa pasti untuk beri jawapan, maka angah cadangkan apau bertanyakan hal yg tersebut kepada ustazah atau ustaz di sekolah. atau mungkin dia sendiri perlu cari tahu sendiri daripada terjemahan al-quran. tp apa yg angah hargai petang tu, rasa ingin tahu yg ditunjukkan oleh apau. n sekurangnye bila angah beri jawapan, apau memberi reaksi yg sangat baik, iaitu, bertanya lebih banyak lagi soalan. dan angah sedar, pada waktu seperti inilah respons angah perlu betul untuk menjaga dan membetulkan persepsi kanak² tentang hidup mereka yg masih panjang. kita perlu pelajari sejarah supaya kita tak buat lebih banyak kesilapan.

sebab sekarang, banyak pihak pencetus kontroversi dan provokasi sebab mereka menterjemahkan fikiran tanpa rujukan pd sejarah. dan andai kata ada membuat rujukan dan kajian pun, mereka lebih berminat untuk lebih mementingkan keuntungan sendiri daripada memelihara keamanan.

perasan atau tidak, kadangkala kita (manusia) nampak bodoh bila berusaha keras menonjolkan kebijaksanaan.. bg angah kebijaksanaan tu perlu dibawa dan dipersembahkan seadanya. tak perlu berusaha lebih/terlampau utk memaksa org mengatakan yg kita ini bijak..

Saturday, August 22, 2009

menjelang puasa ;)

Ramadhan Day 1
salam,

hs always been great upon coming of ramadhan. selain status penghulu segala bulan, yg penuh dgn keberkatan ni, sbb lain ialah, angah punya banyak masa tuk diri sendiri pd bulan ni. bersahur da jadi wajib tuk angah. mereka yg dekat tau akibat kalau angah miss tuk sahur. atleast bad mood the whole morning. nasib baik bukan the whole day. and sekurangnye klu bgn sahur, subuh angah agak 'terjaga'. and agak biase jugak, klu da bgn sahur tu angah tak tido terus, dapat gakla buat macam². contohnye cam skrg, blogging ;p and bulan pose ni gak, aktiviti pagi angah ialah membuat duit (walau tak penah cukup) ;p ehhe..

1st sahur tuk pose kali ni angah mgkin kesorangan klu cousin-kimi tak datang mlm td. kitorg round pantai dalam carik makan (dinner yg da lewat) and tapau tuk sahur. lepas usha sup tulang pakcik mail (yg nyata da abes waktu kitorg smpi) angah rempit ke pantai dalam, tapau yong taufu sup. then gi d'naim nasik kukus. persiapan rapi tuk sahur keesokan paginye.. ;)

adik² yg lain angah suh balik kg. dorg tak keje on sabtu. but angah masih kene lakukan tanggungjawab tu. bukan xleh cuti tp agak tak sedap gak la sbb smlm angah buat halfday jek. petang smlm angah gi klinik. back pain dekat seminggu dah. 2 malam lepas da tak leh blah. nk bangun tdo pn cam bangun ng batu besar tsangkut kat bahu. kepala dingdong. doc bg ubat makan, ubat sapu and angah mintak vitamin sbb i hv been feeling agak weak gak ths few days. uhh.. camne nk derma darah klu masih camni..


hanging on ths.. and another 2 from tabung darah HTAR (not in any photos)


yg ni pun ubat gaks ;p
**loneliness is also a disease. she puts that away.. ;p

chris da lame sepi. feelin a bit strange. tried calling her smlm. she didnt answer. she didnt even reply my text. ade news yg tak brp bagus, i heard. hope to hear from her today or soon.

smlm my workout ng samantha was a bit success la. klu angah buat sendiri, smpai skang pn ntah kat mane ntah stage ktorg. she has helped me a lot. never, had she give up on me.. so now i hv to help myself. seganla klu sll camni. dont wanna let her down, after all the efforts. so ths weekend, im gonna have to keep myself busy ng proposal tu. ya allah, pls..

and another thing.. bout my sign hr ni.. ehhe. cam kene jek. cam da dekat tu..
Bintang AI:
Feel as if you've been through an emotional ringer lately? Take heart -- you're due for a break now. Your great attitude has made everything go smoothly lately -- good for you! Tempers are cooling, fortunes are turning, and you are set for a traveling opportunity. You will be able to learn more about a different culture or cultural event you've always been curious about. Fill today with exploration and feed your curiosity. It will stimulate your mind.

Thursday, August 20, 2009

mode: letih + bahagia

salam menyambut ramadhan semua muslimin dan muslimat.. yg tersayang ;)

big thanks to my beloved sis, izza izzati iffah and also my beloved dinda, surian yg ingtkn angah (yg mereka kenal sebagai irnie) bhw sedikit perhatian perlu dicurah pd babyku ini..

rasa ini sukar diungkap. boleh kuterjemah sebagai 'saling berbalas perhatian'.. sistem barter yg biasa kita amalkan menggunakan material yg tak terlihat oleh mata, hanya terkesan dihati. dan yg sangat nyata, apa saja yg kita 'barter'kan sekarang akn kekal dalam ingatan sesama kita. ia kekal. harapan menggunung agar kita dapat teruskan amalan ni. dan lebih ramai lagi turut dapat merasakan apa yg kita rasa. bahagia dgn sedikit perhatian yg tidak dipaksa.



angah penat ni. dari kul 9 td lepas makan malam angah cuba lelapkan mata. paksa diri tuk tidur seketika cuma untuk hilangkan keletihan badan dan mata. smpai sekarang kegagalan temani usaha angah. patutnya paksaan sebegini dah tak perlu. sbb hr ni lepas balik keje kul5 td (smpi umh dekat kul6 jugakla sbb trafik tak seperti yg diharapkn), angah target nk lelapkn mata smpi kedengaran azan maghrib. angah fikir mungkin da cukup tuk hilangkan sket keletihan ni.

adoiyai.. makhluk tu balik awal pulak hr ni. 1911hrs, angah dah dikejutkan ng soalan² yg agak menyakit hati. uhhh.. "ngah, nape ko balik awal hr ni?", "ngah, nape itu?" "ngah, nape ini?". uhm yg nyata soalan ni sengaja diaju untuk mengumpan amarah si angah. angah pn tanpa segan silu (agak bengang jugakla akibat dipancing dgn soalan² rutin oleh sirambut kerinting yg gaya rambut semacam nk menyerupai wolverine tu) memberi jawapan yg agak rutin jugak, "agak²nye ko ni rindu nk kene sepak (kick) kot". and lampu pn dipasang. arghhh!! "pissed-off level" meningkat mendadak. oh tidak!! kau perlu dihukum! "amik kaki aku ni, picit!" ehhe, sekurangnye letih kat bahagian kaki sedikit terawat :D sape suruh ganggu tidurku ;p

Bintang AI:
This is fine astrological weather to be you. The unpredictability you relish is everywhere. You're starting to seem almost 'normal.' Of course, once the times become so startling that you seem ordinary, it's clearly time to shake things up. So you'd better get busy. This obviously just won't do.

lima sekawan -si kecik penghibur lara


beni bunting.. yeayy! more kittens :D


melayan kebosanan di tepi longkang -saat menunggu mak di klinik..

tanggungjawab sesama..

satu hari ni, otak ni ligat berfikir tentang tanggungjawab. hampir lupa, atau mungkin tak terfikir, atau mungkin jugak tak pernah cuba berfikir tentang ini.

dari saat kita keluar dr perut mak, kita sudah punya tanggungjawab. walau belum punya akal, kita dah pun melaksanakan tanggungjawab utk memberi senyum/tangis bahagia kepada ibu dan ayah. alhamdulillah, bukan angah je, malah setiap dari kita telah lulus melaksana tanggungjawab sebesar itu, dengan jasad sebegitu kecil.

dan hidup seterusnya, tanggungjawab sebenarnya menjadi teman paling setia. di mana juga kaki ini terjejak, ia sentiasa disisi. seperti di kala ini, angah punya tanggungjawab (yang sepertinya agak berat utk digalas tp rasa 'bahagia pabila berjaya dilaksana' menjadi dorongan utama utk menjadikan angah kuat utk segalanya).
  1. tanggungjawab bersyukur kepada yg meminjamkan jasad dan nyawa ini (supaya tujuan hidup ini diertikan dengan sewajarnya)
  2. tanggungjawab utk terus menghantar post (memberitahu updates tentang apa yg angah fikir/lalui sehari-hari sebagai balasan atas keprihatinan yg dberi. moga sedikit sebanyak boleh memberi jalan kepada hidup yg lain).
  3. tanggungjawab utk menjadi seorang kawan/rakan/sahabat (yg sedia memberi perhatian kepada yg memerlukan supaya tiada yg terfikir menggunakan istilah 'i am alone', 'i am nobody', 'nobody wants me' dalam waktu suram mereka).
  4. tanggungjawab untuk bersangka baik (supaya hidup ini boleh ditafsir dengan lebih luas).
  5. tanggungjawab utk memudahkan urusan orang lain (dengan harapan urusan kita akn dipermudahkan)
  6. tanggungjawab menghargai/sayangi diri (supaya kita tahu hargai/sayangi yg lain, juga sebaliknya)
  7. tanggungjawab utk memberi komitmen pd kerja (agar RM/apa saja yg kita peroleh diiringi keberkatan)
  8. tanggungjawab untuk makan/minum yg betul utk kelangsungan hidup
  9. tanggungjawab untuk bermain utk kecergasan
  10. tanggungjawab untuk tidur utk memberi masa tubuh/minda berehat
  11. tanggungjawab untuk membaca/mencari ilmu yg betul
  12. tanggungjawab untuk mandi dengan betul
  13. tanggungjawab untuk mengeluarkan kata² dengan waras supaya tidak melukakan
  14. tanggungjawab untuk melihat yg sepatutnya supaya tidak tergoda
  15. tanggungjawab untuk menggunakan wang secara wise agar kita sedar akan keberuntungan diri
  16. tanggungjawab untuk bertanya khabar utk lakaran senyum di setiap wajah
  17. tanggungjawab untuk membuat pertimbangan supaya kurang membuat kesilapan
  18. and the list continues..
Nampak kn? hidup ni bukan utk suka². punya tanggungjawab ke atas setiap hembusan nafas. selagi bernyawa. yg paling penting, tanggungjawab MENJADI DIRI SENDIRI. hidup dengan bebas dan lebih kuat bila pamerkan diri sendiri yg sangat original.

Bintang AI:
Being there for other people when they need you -- no matter how inconvenient that happens to be -- affords those who do so with certain benefits. First off, the good feelings that go along with helping someone for absolutely no personal gain. It's also nice to know that others trust you enough to ask -- kind of makes you feel good about just being you. Well, a coworker is about to say 'thank you' -- another perk, but one you'd never even considered.
This is fine astrological weather to be you. The unpredictability you relish is everywhere. You're starting to seem almost 'normal.' Of course, once the times become so startling that you seem ordinary, it's clearly time to shake things up. So you'd better get busy. This obviously just won't do.

Wednesday, August 12, 2009

terima kasih syaaban

uhmm..
emosi tak menentu skang nih. bukan ke arah negatif, tp lebih ke arah 'ketaktentuan'. sampai angah terpaksa tukar template lagi tuk clearkn sket otak nih. makin ligat perkara² yang angah dengar/nampak skrg ni perlu diproses oleh otak yg sedia serabut ni. sampaikan tak tau yg mane satu perlu pikir dlu.

dan sebenarnye, bila mata ni disajikan dengan latar baru berwarna putih blog angah ni, redalah sedikit trafik data yg menderu² kebelakangan ini. sucinye :D ehehh, bersihnye blog angah ni. bila pulak nk hias dgn header baru ye? uhm.. perlukan waktu utk itu.. soon.

minggu ni angah tersangatlah sibuk. terasa amat sibuk. mungkin jugak buat² sibuk, atau sengaja men'sibuk'kan diri. sekarang, bila syaaban datang memberi salam, angah punya aktiviti baru, iaitu 'mengenal diri'. haisshh, umur dah 26 pn masih lg berusaha mengenal diri?? yep, angah mmg macam tu, hingga hujung nyawa pn akn sentiasa cuba 'lebih' mengenal diri..

kenapa? hidup ini kan sangat luas. banyak ruang/peluang untuk apa saja kemungkinan. angah enggan hidup statik, kerana ia membosankn. jadi angah sentiasa ingin mengenal diri agar dapat berkenalan dengan potensi diri yg terpendam. nak bagi peluang ia meloloskan diri dr belenggu yg angah tak nampak (atau mungkin buat² tak nampak)


Bintang AI:
Clearly, you adore your family. And your friends are very, very special to you, too. They're always there for you, and vice versa -- and you undoubtedly share an awful lot of memories. It's all about these kindred spirits for you today, as you try to make them happy any way you possibly can. That could include saying what you think they want to hear. You might want to reconsider that part.

Thursday, August 6, 2009

Kelebihan Syaaban

SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."

Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.

Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.

Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.

Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.

Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.

"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.

Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.

Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.

Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.

Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."

Sumber: Harian Metro, Khamis, 6 Ogos 2009.

Wednesday, August 5, 2009

tak sedap

da dua hari camni.. asal da nk sampai time balik jek (from work) hati da start rase tak sedap bagai. smlm, camnila rasenye.. resah, hati tu rasenye cam daging merah yg da sangat tak sihat, da nk busuk. pastu cam ditusuk bende tumpul. sakit tol. setiap degup jantung tu menyeksakan (ibarat camtu la)

smlm abis semua org angah call. just to make sure that dorg baik² jek. semua yg angh call alhamdulillah ok. cume sorg tu jek, call xdijawab. upenye bz entertain cousin, hp plak tggl kat bilik. sib baik alasan bleh diterima. tiap kali mengadu pd pemilik nyawa ni pn, angah mintak supaya dipermudah segala urusan, dan ketenangan hati yg tak keruan nih.

dan smpi pg td, syukur takde berita yg tak diingini. ya allah, mintak dijauhkan.. amiinnn..
and sekarang angah tpakse laluinya sekali lagi..

early riser i am, today

woke up early hr ni. sangat early ok. angah jadi gile kejap dek kekasih hati yg satu orang itu. ehhe semalam die tak tau yg angah tdo dgn air mate yg berlinangan atas sebab yg angah sendiri susah nk jauhkan dr dlu lg... ahha. angah.. angah.. life is hard (yet beautiful), make it simple lah!

hr ni angah ade lnch date ng chris. hmm satu rahsia (will not be a rahsia dah lps ni ;p) nk gtau ni, si chris ni.. dlm 2 keadaan ni je die akan stick with angah.
  1. mase die single and happy..
  2. mase die da ade bf but unhappy..
uhmm klu die tgh syok bcinte, phne call je la yg die bg skali sekala. klu dlm 2 keadaan kat atas tu, jap² "hello lovely sister! wanna go out for lunch?" or "amoi! what time r u goin back? want a tea together?".. uhhu. script tu da biase dilayangkan. nasib baikla angah ni masih single (but not available ;p) lg.. ehhe bolehla kuturutkan..

samantha came into life ng kebetulan yg melampau ;) ehhe more into positive one. sebelum die datang ng idea tu, 2-3 hari sebelum tu angah da pernah berniat utk buat bende tu. so kebetulan ni angah anggap as a sign (mgkin allah smpaikn dengan cara ini). angah will try proceed ng hal ni selagi.. masih dlm kemampuan.

Bintang AI:
Get out and about. Your social energy is at an all-time high, and you need only the company of other people to shine. It doesn't matter what the setting is -- you're no snob -- but you might just make a connection that will lead to a lifelong relationship or a professional connection that could lead to something big. It's also a great time on the romantic front as well. If you're attached, there's no harm in reminding your sweetie you can still turn heads.

Monday, August 3, 2009

menjadi yg lebih baik..

potongan ayat yg tak pernah lekang dari fikiran angah. dari dlu (sejak boleh mula berfikir) tp kerap juga tergelincir. tp angah bangun balik. sakit memang terasa, tp da namenye kite ni bernyawa. hidup untuk merasai segala yang mungkin. gembira, sedih, sakit hati, marah, senyum, hilang arah (lost), segala macam emosi lg.. but time heals almost everything.. bukak sikit jek pintu peluang tu. yg penting semua yg jadi tu punya pengajaran, punya hikmah.

hikmah terbesar: kita boleh jadi seorang yg lebih baik daripada semalam (walau sedikit saje). bukan ke ade pepatah, sikit² lama² jadi bukit. itupn bergantung bgaimana kita terima apa yg berlaku. jika masih mahu aura yg negatif itu terus menemani, maka kita belajar untuk terima segala sifat mazmumah memenuhi jiwa. tp kita kn makhluk tuhan yg dikurnia akal, kenapa perlu lalui semuanya tanpa ingin mengambil sedikit pengajaran dari apa yg berlaku?

hmm yela.. angah ni banyak sgt yg dipikir. smpai benda yg kecik² pn leh dijadikan isu.. tp selalunya yg kecil² itu yg angah anggap boleh mendatangkan kesan yg besar. cuma tak ramai yg mahu ambil tahu.. biarla org yg semacam angah saja yg melayan si kecil itu.. ;p

Bintang AI:
You come off as freewheeling and risk-loving, but when it comes right down to it, you're as bound to duty and responsibility as any of your famously diligent friends. You don't advertise it for precisely the reason you won't be happy about letting it show now: because there's always someone who wants to put you in a position of authority. At the moment, though, you won't be upset about that position. Honestly? You may even enjoy it.

Press