Wednesday, May 25, 2011

ilmu ladunni

LAMAN SOAL JAWAB AGAMA: ILMU LADUNI:

"Ilmu Ladunni akan membawa seseorang untuk lebih mengetahui tentang Allah, rahsia diri, hakikat penciptaan dan jalan-jalan taqarrub kepada Allah dan halangan-halangannya. Berkata Imam al-Munawi; ilmu Ladunni ialah anugerah dari Allah yang dengannya hamba akan mengetahui kehendak diri dan kehendak Allah, lalu ia meninggalkan kehendak dirinya untuk melaksanakan kehendak Allah. Sebahagian ulamak berkata; Ilmu Ladunni ialah ilham dari Allah kepada seorang hamba untuk lebih mengenali Allah, tipuan diri dan syaitan, tipu-daya dunia, perkara-perkara yang merosakkan amal (seperti riya’, ujub dan takbur), latihan jiwa dan asuhan terhadapnya, kesabaran berhadapan dengan qadha Allah, mensyukuri nikmatnya, keyakinan terhadap janji Allah, tawakal kepadaNya dan sanggup menghadapi kesakitan dari makhluk Allah."
thanks to (kakak) Yusniza Yusof kerana membukakan ini di saat tak terduga.. sesungguhnya walau hanya sms ringkas berbunyi "Ilmu laduni itu akan menghampiri kepada insan yg tiada cintanya kpd dunia & sering melangkah pergi dgn menyendiri utk mengenal diri bg mengenal Ilahi", ia sebetulnya telah menyentuh hati ini di ruang yang agak terkedalam ;) --bahasa apakah?? ehhe--

Sengaja namanya ku simpan dalam entri bermakna ini.. agar tersemat rapi andai tiba suatu masa nnt, ingatan dari insan istimewa bernama Yusniza Yusof ini.. telah banyak membantu aku menjalani hidup sebagai hambaNya dalam suasana Islam yg begitu indah.. utk tidak aku lupa akan ilmu yang disampaikan.. agar dapat aku terusan berterima kasih kepada Allah kerana didatangkan kpd aku seorang sahabat sepertinya yg sentiasa mengingatkan.. dan Ilmu Ladunni adalah vocab. baru dalam diari Islamku hari ini ;) wsalam.

2 comments:

  1. PNAH JUMPE URG YG TAHU ILMU INI...

    ReplyDelete
  2. Hanya yg terpilih shj yg perolehi ilmu ladunni,org yg belajar tinggi ilmu agama blm tentu terpilih oleh Allah utk perolehi Ilmu Laduni walau kitab2 mereka setinggi gunung krn mereka hanya ada kitab tp tidak ilmu Ladunni itu...

    ReplyDelete

Press