Saturday, August 27, 2011

..is trying to tell.. 
..only hearts will hear.. ears won't..


..only du'as will help.. words won't..


Wednesday, August 24, 2011

getting somewhere..

mula dari mana? emosinya berkecamuk sekarang.. tapi yang cerah menguasai kegelapan hatinya.. dia cuba masukkan lagi yang baik-baik. bersyukur, dia diletak dan dipertemukan dengan pelbagai 'jenis' manusia.. supaya mahu dia belajar sepanjang hidup.. selagi diberi peluang.. InsyaAllah..

dia perlu lupakan dan sedang berusaha lari keluar dari lorong yang bising dengan gelak tawa, indahnya sekadar duniawi yang akhir destinasinya GELAP.. dan untuk terus berkata-kata tentang kegelapan itu tidak menjadikan dia lebih baik.. dia perlu lupakan semua bisikan hati yang cenderung negatif..

dan perasaan benci yang telah sang pencipta letakkan dalam hatinya terhadap KETERLAMPAUAN manusia.. menjadikan dia apa adanya.. perasaan benci yang indah.. perasaan benci yang menjadikan dia lebih positif.. ماشاءالله

tepat waktu imsak, dia dikejutkan.. bukan oleh siapa, bukan jua dengan siapa.. tapi dia terjaga oleh sepi yang menyegarkan hati dan mata.. terasa sungguh disayangi.. diberi peluang mengambil berkat bersahur dengan 3biji kurma dan beberapa gelas jus oren.. ;) الحمدلله

hari ni dia awal juga ke sekolah.. yang ini sedikit membanggakan.. ;) mungkin dengan berkat 3 ulas kurma subuh tadi jadual yang padat terasa sangat membantu emosi..

and hadirnya anak-anak di masjid siang tadi buat hatinya hidup.. dan mungkin akan bersedih seketika.. esok hari terakhir peluang mereka bersama dalam usaha membenih dan mencambahkan kalam allah dalam diri masing-masing..
semoga mereka terus membesar dan menjalani hidup dengan mencintai bukan saja kalamMu ya Allah.. lebih lagi mencintaiMu..
dia mahu ingat semua mereka.. qalam bukhari, adam zee, adriana, hani, farra, natasha, aleeya, ithqan khadijah, adniin, nafeesah.. semoga ramadhan kali ini bukan yang terakhir.. إن شاء الله

yang ni pulak 'mak limah junior' yang malu bergambar dan malas mengeja.. iman irdina ;)

cikgu curi-curi snap gambar dia masa dia leka buat kerja ;) --terpaksa curi..

Tuesday, August 23, 2011

tangguh bertangguh..

setiap perkara yang tertangguh, dia tahu alasan disebaliknya.. tiada kemahuan yang kuat untuk selesaikan isu tersebut sebelum masuk ke dalam kategori 'tertangguh' itu. sememangnya bukanlah sesuatu yang membanggakan dirinya sendiri. 

Manusia sekeliling biasa meletakkan dia dalam kategori 'tenang' apabila banyak (tidak semua) perkara ditangani tanpa pergerakan fizikal yang jelas. Dia biasa mendiamkan diri dan ambil tak endah keadaan sekeliling yang menekan.. mereka nyata tiada punya kelebihan menafsir emosi. Dia tak selalunya tenang, kerana biar dalam luaran yang tenang, jiwanya sedang berperang, sedang cuba menang atas situasi yang kebiasaannya tak mahu serah kalah.. dan dia biasa keletihan kerana itu.. mereka fikir dia lelah kerana gerak fizikal..

Di laman twitter dia berpaling, bila mana terdetik suara halus dari sisi lemahnya mahu didengari ruang sibuk yang sunyi itu.. Di sana dia bermonolog.. berpuas hati kerana kematangan kebanyakan tweeps dan lebih kebebasan dalam berkomitmen yang ditawarkan.. bebas seperti burung ;) 

Perjalanan ke hospital petang tadi mengingatkan lagi dirinya.. bahawa ingatannya tak sekuat dulu.. dan dia harus terus menulis dengan jujur.. supaya emosi dalam tulisan itu mampu dirasa walau dalam seribu tahun.. supaya apa yang bermain di jiwanya tak hilang ditelan masa.. kerana dia sangat faham, kebolehan ruang memori apa gajet pun ada hadnya.. dan dia tamak untuk memiliki memori sepanjang hayatnya.. dia tamak dan dia tak mampu.. jadi ini yang harus dia teruskan.. menulis..

dia sebenarnya terkilan kerana penangguhan itu.. kad raya dan kad ucapan khas dari Adriana, si comel yang dikenali belum pun cukup sepurnama.. penghargaannya harus berterusan dan ingin sangat dia kongsikan bersama rakan dari segenap rangkaian sosialnya.. tapi belum pun sempat dimuatnaik.. kedua-duanya tak dapat ditemui lagi.. entah ke mana perginya.. :( sedih dan ralat perasaannya..

apapun.. sekalung penghargaan buat teman blogger jauh di selatan sana, atas layangan kad ucapan syawal.. awal hadirnya..


--ini juga entri tertangguh.. lagi ;) semalam dia habiskan marathon tahajjud cinta di http://www.tonton.com.my/. citra is awesome.. dia sangat sukakan citra..!

Sunday, August 14, 2011

hatinya mahu bicara..

..seperti selalunya, tanpa suara. Pasti ada yang mengganggu. Sekurangnya memberi kesan. Terawihnya semalam bersama jemaah yg indah-indah belaka, yg hadirnya bawa teladan.. mungkin tak pernah terniat, tapi mereka telah mengganggu tumpuannya dgn keindahan yg segelintir mereka bawa ke masjid.

Khusyuknya tercalar seawal rakaat pertama. Dek telekung seorang nisa' dikanannya yg bercorak indah yg mampu saja menggamit hatinya yg rapuh kpd godaan keindahan minda golongan penghasil karya.. walau dalam solatpun, dia nyata mudah kalah ;(

Tapi dijalani juga sehingga lapan, bila akhirnya dia tamatkan jua ketidakkhusyukan jiwa menjalani ibadah..

Ke belakang dia, mengambil terjemahan.. untuk dia hayati dgn mencari kefahaman dari ayat-ayat cinta sang Pecinta yang dilagukan begitu merdu sekali..

Dalam mencari keindahan dalam ibadah seorang muslim.. dia banyak berkecil hati. Mungkin juga marah dan kecewa. Bila ibadah menjadi taruhan utk menampakkan diri 'sudah jauh lebih bagus dari yang lain'.. bila ada saja sekatan secara halus buat jiwa yang mula cintakan iktikaf.. oleh golongan yg berasa, 'diriku lebih Islam dari yg lainnya.. kerana aku sentiasa dilihat bercampur dgn orang surau'.. sesungguhnya hanya Allah, tiada yg lain Maha Tahu.. Iman dan Taqwa, ukurannya bukan dari mata manusia..

isb di dalam jiwa 10 tahun.. ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 6, 2011

Fakta Al-Quran: Matahari & Bulan beredar #36:38-40

Agak menarik kenyataan ini..

Fakta Al-Quran: Matahari & Bulan beredar

Kesimpulan 1: Matahari & Bulan keliling bumi, bumi tidak beredar

Kesimpulan 2: Bumi keliling matahari (beredar), bulan keliling bumi (beredar), matahahari turut beredar (Ilmu Astronomi)

Kedua-dua kesimpulan di atas masih selaras dengan Al-Quran, tapi yang mana lebih betul?

Wallahua'lam

Secara relatif, Gerhana Matahari & Bulan berlaku kerana:

Gerhana Bulan: Bila bayang bumi lindung bulan (bumi berkedudukan di antara matahari dan bulan)

Gerhana Matahari: Bila bulan lindung matahari (bulan berkedudukan antara matahari dan bumi)

Samada matahari keliling bumi atau bumi keliling matahari, masih gerhana bulan & matahari boleh berlaku!

Masih lagi belum cukup kuat untuk kita menafikan Ilmu Astronomi yang diguna-pakai harini. Yang menariknya, dengan perkiraan bumi keliling matahari dan bulan keliling bumi, maka ahli astronomi dapat membuat perkiraan gerhana-gerhana yang seterusnya.. dan membuktikannya masa dan tempat berlakunya gerhana itu dengan tepat/betul!

Wallahua'lam

#quote
"Allah yang Maha Luas, Maha Mengetahui.."
**berterima kasih kepada seorang rakan ustaz.. kerana sekurangnya dengan persoalan yang dibangkitkan.. telah berupaya membuka minda isb ;) #terimakasih Allah.. kerana diberi peluang memikirkan ini.. :)

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 3, 2011

alone and thinking

Ntah apa yang difikir, tak jelas.. Tapi ada beberapa perkara yang dia mahu.. yang itu pun tak mungkin jelas bagi manusia yang lainnya.. hati, kehendaknya sedang berbagi.. hatinya satu.. hasratnya tak pula mahu bersatu..

Kelihatan dia sudah cukup runsing.. dia sedar dirinya semakin lemah tanpa ayat yang ternyata berkesan memberi kekuatan.. suatu ketika, tak lama dulu.. semakin dalam dibenarkan benaknya menjalankan aktiviti.. dia sepatutnya sudah penat, letih langsung mengeluh..

Siapa juga mahu dengar? Yang bersungguh mahu dengar dan membina kembali.. yang mampu berkata benar walaupun pahit.. yang mahu memberi ubat dari manisan.. akhirnya nanti persoalan yang tak perlu dizahirkan jawapan.. "Siapa yang untung?" Simpan saja, kerana jawapan bersifat OBJEKTIF.. Paling tidak digemarinya.. Manusia seperti dia perlukan teman bicara yang tak perlu banyak bicara, tak perlu juga lantang suaranya.. cukup dengan suara kecil yang impaknya besar! Dia sedang sendiri menikmati keletihan yang bersifat mendidik..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Press