Sunday, August 14, 2011

hatinya mahu bicara..

..seperti selalunya, tanpa suara. Pasti ada yang mengganggu. Sekurangnya memberi kesan. Terawihnya semalam bersama jemaah yg indah-indah belaka, yg hadirnya bawa teladan.. mungkin tak pernah terniat, tapi mereka telah mengganggu tumpuannya dgn keindahan yg segelintir mereka bawa ke masjid.

Khusyuknya tercalar seawal rakaat pertama. Dek telekung seorang nisa' dikanannya yg bercorak indah yg mampu saja menggamit hatinya yg rapuh kpd godaan keindahan minda golongan penghasil karya.. walau dalam solatpun, dia nyata mudah kalah ;(

Tapi dijalani juga sehingga lapan, bila akhirnya dia tamatkan jua ketidakkhusyukan jiwa menjalani ibadah..

Ke belakang dia, mengambil terjemahan.. untuk dia hayati dgn mencari kefahaman dari ayat-ayat cinta sang Pecinta yang dilagukan begitu merdu sekali..

Dalam mencari keindahan dalam ibadah seorang muslim.. dia banyak berkecil hati. Mungkin juga marah dan kecewa. Bila ibadah menjadi taruhan utk menampakkan diri 'sudah jauh lebih bagus dari yang lain'.. bila ada saja sekatan secara halus buat jiwa yang mula cintakan iktikaf.. oleh golongan yg berasa, 'diriku lebih Islam dari yg lainnya.. kerana aku sentiasa dilihat bercampur dgn orang surau'.. sesungguhnya hanya Allah, tiada yg lain Maha Tahu.. Iman dan Taqwa, ukurannya bukan dari mata manusia..

isb di dalam jiwa 10 tahun.. ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment

Press